Bab 31

578 35 0
                                    

HATI gadis itu tidak menentu saat ini, sekejap duduk sekejap berdiri, duduk lagi, berdiri lagi dan terus berjalan mundar-mandir.

"Arghh! Serabutnya.." badan terus dihempaskan atas katil, mujur saja badannya tidak berat, kalau tak mahu patah katil itu nanti.

"Bos dah gila agaknya, ada ke patut cakap aku ni akan jadi isteri dia. Malu weh! Nasib baik orang tak ada kat situ. Mujur juga esok cuti, tak adalah aku nak hadap muka dia. Haih! Kalau angah tahu, mati aku kena sakat. Argghh.. Stress! "

Tok! Tok!

"Amni, kenapa tu? Okay ke? " kedengaran suara Hajah Miza diluar pintu.

Sebaik saja mendengar suara Hajah Miza, Amni menepuk dahi.

"Itu lah kau Am, meraung bagai orang kena histeria tu pasal. Ish.. " monolognya sendiri.

"Err, tak ada apa Umi, Am okay je. " cepat-cepat dia menutup muka dengan bantal, takut bersinnya kedengaran.

"Erm, cepat turun makan. Abah dah tunggu kat bawah tu. " pesan Hajah Miza sebelum berlalu.

Nafas lega sempat ditarik sebelum melangkah ke cermin hias untuk mengikat rambutnya.

"Tapi.. kalau betul macam mana? Argh! Tak nak aku! Fullstop. Dah Am, don't overthinking. He just kidding with his words. Hm, betul tu. Okay, aku nak makan, lapar. " senyumnya pada diri sendiri dihadapan cermin sebelum berlalu keluar.

******
Bunyi muzik yang rancak membingitkan telinga. Ramai yang terkinja-kinja menari dilantai tari. Di sudut lain, Dhia rakus meneguk air haram itu ditemani oleh Sara.

"Enough lah tu babe. You dah banyak sangat minum ni. " tegur Sara yang masih lagi segar. Cuma, Dhia yang sudah layu.

"No Sara! I can't accept this. I can't! " Bentak Dhia lalu meneguk lagi air itu.

"Kan I dah cakap dengan you dari awal. You saja yang degil. " tukas Sara lagi.

"You know Sara, I still love him. I know, dulu I buat kesilapan besar and now, I nak tebus balik kesilapan I tu but.. No! I can't let it happened. Never! "

Sara mengeluh berat.

"Perangai you still tak berubah Dhia. Suka hati you lah. Dah, jom I hantar you balik. Teruk sangat you ni mabuk. "

Dhia menggeleng.

"No, I taknak balik. Nanti my mum and dad bising. " bantah Dhia lagi.

"So, you nak pergi mana?"

"Why not, malam ni I tidur rumah you. Nanti I call mama I. "

"Hmm, suka hati you lah. Dah, jom balik. "

Gadis itu menggeleng lagi.

"Chill lah babe. Still early okay. You wait here, I wanna dance! Yeah! "

Tanpa dapat ditegah, Dhia terus bangun lalu melangkah ke lantai tari. Sara hanya mampu menggeleng kepala melihat perangai sahabatnya itu.

******
"Kenapa kau perlu muncul balik? " Terkebil-kebil matanya memandang siling. Keluhan berat dilepaskan.

Dia sendiri sukar untuk percaya apa yang berlaku hari ini. Terasa bagaikan mimpi. Andai itu mimpi, moga setakat itu sahaja kerana dia sukar untuk menerimanya. Namun, andai ia realiti, moga kejadian silam tidak terulang lagi.

Muka diraup beberapa kali sebelum kaki dilangkah ke hadapan cermin. Tiba-tiba, bicara dia bersama gadis itu terulang kembali, seakan-akan satu putaran filem kini berulang lagi.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now