MALAM itu hujan turun dengan lebat sama seperti hati Amni yang menangis hebat tatkala itu. Terbayang kembali gambar mesra suaminya diruangan mata. Mujur saja Eryna tidak perasan akan matanya yang bengkak sedikit akibat banyak menangis hari ini.
Jam diatas meja tidur dikerling. 9:00 malam. Namun, suaminya itu masih belum balik lagi dari pagi tadi. Ketukan pintu mematikan lamunan Amni.
"Kak Ngah.." panggil Eryna lembut.
Amni menuju ke pintu. Tersengih Eryna saat wajahnya tersembul disebalik pintu.
"Hehehe.. sorry kacau Kak Ngah tau. Ryn nak tanya, angah dah balik ke ?"
"Belum lagi Ryn, kenapa ?"
"Oh.. tak ada.. Ryn dari pagi tadi lagi belum jumpa angah.. tak kan busy sangat kot sampai tak ingat nak balik.." bebel Eryna.
Amni menyembunyikan perasaan dengan menyimpulkan senyuman.
"Kejap lagi balik lah tu .."
"Angah memang selalu balik lewat macam ni ke Kak Ngah? " soal Eryna tidak puas hati.
"Dah, jom duduk kat sofa dulu.. lagipun, mata ni terlalu awal nak tidur.."
Eryna mengangguk lalu membantu kakak iparnya itu menuruni tangga untuk ke tingkat bawah. Jam masih awal untuk tidur.
"Tak selalu jugak angah Ryn tu balik lewat, mungkin masih ada kerja kot kat luar.."
Biarlah masalah rumah tangga mereka saja yang tahu.
"Hari minggu macam ni pun busy, workaholic sangat. Tak ingat anak bini kat rumah.."
Tergelak Amni dibuatnya. Persis seperti mama mentuanya, suka membebel kalau ada yang tak dipuas hatinya. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi.
"Kadang Kak Ngah tengok, Ryn ni dah macam kakak angah Ryn pulak ya. Hahaha.."
Eryna menyengih.
"Betul apa Kak Ngah.. saat-saat macam ni lah suami harus disisi isteri. Kak Ngah dah lah sarat mengandung anak dia. Angah boleh lagi tak ingat nak balik rumah macam ni. Patutlah suruh Ryn tidur sini buat temankan Kak Ngah.. ish, geram pulak Ryn ! Ni kalau balik nanti, siaplah.." kembang kempis hidung Eryna membebel abangnya itu. Nampak sangat geram dengan perangai abang nan satu itu.
******
Tok ! Tok !Pintu bilik diketuk.
Dhia yang sedang berbual dengan seseorang ditelefon memandang pintu.
"Okay, anything I will call you . Remember what I told you tadi. Okay, got to go.. bye !"
Sebaik panggilan ditamatkan, kaki terus dibawa melangkah ke pintu. Buka saja daun pintu, wajah Datin Afiqah tersenyum memandangnya.
"Yes mummy?"
"Dhia busy ke ?" soal Datin Afiqah.
"No.. Dhia tak busy pun, tadi tengah on the phone dengan kawan.. mummy masuk lah .." pintu bilik dibuka bagi membenarkan Datin Afiqah masuk ke biliknya.
"So, macam mana check up hari ni ? Doktor cakap apa ?" Datin Afiqah menyoal ingin tahu perkembangan anaknya itu. Sudah sebulan itu, dia tengok anaknya semakin membaik. Tiada lagi gadis itu mencederakan diri. Emosi Dhia juga semakin stabil.
Dhia menelan air liur. Ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan mereka. Hanya dia dan doktor itu saja yang tahu. Sementelah, doktor itu juga sudah dia uruskan.
"Alhamdulillah, doktor cakap Dhia semakin membaik. Tapi perlu kerapkan buat check up."
"Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu. Lega hati mummy mendengarnya. Cafe dia macam mana?"
"Cafe macam biasa mummy.. banyak benda yang Dhia kena restock lagi ."
Datin Afiqah diam seketika. Ada sesuatu yang ingin dia luahkan sebenarnya. Dhia yang melihat mummynya diam mengerutkan dahi.
"Why mummy? Ada apa-apa ke nak cakap kat Dhia ?"
"Hmm, macam ni sayang.. mummy dan daddy dah fikir, apa kata kalau check up seterusnya nanti biar kami aje yang temankan sayang. Tak payah kacau Syam lagi. Dia dah sudi teman Dhia selama sebulan ni pun dah cukup. Bagi dia masa dengan keluarganya pula. Kadang mummy kesian juga dengan Syam tu. Dengan isteri dia tengah sarat sekarang ni.." terluah jua apa yang terbuku dalam hati.
Hati Dhia mengongoi geram. Mana tak sakit kalau ibubapa sendiri tak bagi sokongan pada anaknya.
"So, mummy dengan daddy nak cakap yang Dhia ni mempergunakan Syam lah ya ?" nada suara masih cuba dikawal.
"Eh tak.. mana ada mummy dengan daddy cakap Dhia mempergunakan Syam. Tak.. maksud mummy, biar Syam luangkan masa dengan isteri dia. Dhia kan dah okay sekarang ni kan. Biar mummy yang temankan Dhia nanti. Kita tak payah kacau masa Syam lagi."
Dhia menahan rasa. Nafas ditarik. Cuba mengawal emosinya agar tidak mengamuk. Baginya itu saja peluang yang dia ada untuk mendekati Syameel. Jadi, dia tidak boleh sia-sia begitu sahaja.
"Nanti lah Dhia fikirkan lagi. Mummy keluar dulu. Dhia nak tidur ni .."
Datin Afiqah akur.
"Baiklah.. Dhia tidurlah, good night sayang.." ucapnya sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut.
Dhia menggapai handphone diatas tilam. Nombor seseorang didail.
"Stick to the plan !"
"Are you sure ?" suara seseorang menyoal untuk kepastian.
"Yes ! I don't want to waste my time. Dah terlalu banyak masa yang I bazirkan. Biar I settlekan semuanya sebelum terlambat.." ujar Dhia dengan nada yang cukup geram.
"Alright !"
Klik !
Panggilan ditamatkan. Dhia tersenyum puas. Sedikit masa lagi impiannya akan tercapai.
******
"Abang.. Amni nak tanya sikit boleh ?"Suaminya yang menyandar pada katil menoleh ke sisi. Sungguh dia rindu akan wajah itu.
"Hmm.. nak tanya apa?"
Amni mencapai handphone di atas meja sisi. Applikasi whatsapp dibuka dan handphone tadi dihulurkan pada suaminya.
Syameel menyambut huluran itu dengan rasa hairan. Namun, setelah melihat apa yang terpapar pada skrin handphone Amni, hatinya mengongoi geram.
"Mana dapat gambar ni?" soalnya sedaya upaya mengawal suara takut Eryna mendengar.
"Entah.. nombor tu yang bagi.."
Syameel menghela nafas berat. Istighfar dalam hati.
"Betul ke semua tu bang ? Sampai hati abang buat Amni macam ni .. Abang dah tak sayang Amni lagi ke ?"
Dan dan itu juga airmata yang ditahan jatuh. Untuk pertama kalinya dia menangis dihadapan Syameel. Selama ini dia menahan untuk tidak menangis dihadapan suaminya tetapi biarlah malam ini dia luahkan segalanya. Sakit ! Pedih ! Marah ! Geram ! semua menjadi satu.
Melihat isterinya menangis sebegitu, Syameel diserbu rasa bersalah. Namun, rasa marah dan geram dengan Dhia lebih menguasainya. Dia harus beri perhitungan dengan gadis itu. Sungguh licik !
"Kalau sayang tak nak percaya pada abang terpulang lah, tapi satu yang sayang harus tahu. Perasaan kasih sayang dan cinta abang pada sayang tak pernah pudar walau sesaat pun. Sayang tidurlah, abang tidur bilik lain.. "
Tiada apa yang perlu dia terangkan saat ini. Dia perlukan bukti untuk ditunjukkan pada isterinya. Beri penjelasan sekarang pun tidak berguna kerana dia tahu isterinya pasti tidak percaya kerana bukti gambar itu lebih kukuh lagi dari penjelasannya. Jadi, dia harus cari dulu 'bukti lain' untuk menyedarkan isterinya.
Malam itu, Amni tidur dalam sedu sedan. Manakala, Syameel pula masih cuba menenangkan perasaan yang bercampur baur itu. Tidak sabar rasanya untuk bertemu empat mata dengan gadis tersebut.

YOU ARE READING
I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]
Romansa[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amni atau lebih mesra dipanggil Am merupakan seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia tidak boleh berbohong, namun nakal dan garang. And...