Bab 59

94 5 0
                                    

MAJLIS yang diadakan disebuah rumah agam itu berlangsung dengan meriah. Ramai tetamu VVIP dijemput untuk memeriahkan lagi majlis pada malam itu.

"Abang .. Amni seganlah.." kelihatan gusar diwajah isterinya.

Kedua-dua tangan isterinya digenggam erat bagi menyalurkan kekuatan.

"Abang kan ada ni, nak segan apanya sayang.. kita bukannya nak attend meeting besar pun, nak sambut anniversary aunty dengan uncle aje pun. Anggap aje kita wakil mama dan papa sebab diorang tak dapat hadir." Mungkin slow talk itu boleh menenangkan isterinya.

Amni mengangguk. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Bukan apa, walaupun majlis biasa tetapi tetamu yang hadir bukan calang-calang orang tau. Semuanya orang-orang berpangkat besar. Mahu tak nervous! Lagipun Amni bukannya pernah attend majlis macam tu. Ini kali pertama seumur hidup.

"Okay.. jom.." ajak Amni setelah yakin dengan diri sendiri. Mahu tak mahu, dia harus ikut demi menjaga air muka suaminya. Nanti apa kata Iqbal kalau Syameel tak jadi pergi gara-gara dia tidak ikut sekali.

"Good wife ! Okay .. jom sayang .."

Amni angguk lalu melangkah dengan lafaz bismillah keluar dari perut kereta.

******
Handphone yang dicharge bergetar menandakan ada satu pesanan diterima. Arin yang sedang ralit membuat assignment hanya membiarkan sahaja. Namun, handphone bergetar lagi. Mahu tidak mahu, dia membuka juga message yang diterima.

Kening dikerutkan. Mujur saja kini dia sedang berada dibilik sendiri. Minggu ini dia balik ke rumah memandangkan sudah lama dia tidak balik. Kalau di asrama, sudah tentu banyak soalan yang diajukan Diana padanya.

+0145674193 : Assalamualaikum awak ☺️

+0145674193 : awk sihat tak?

"Siapa pulak ni ? Dah kenapa tanya aku sihat ke tak ? Ni kes nak menggatal lah ni kan, ishh .. macam-macam lah.." omel Arin sendirian tanpa membalas Whatsapp tersebut.

Dia kembali menyambung kerjanya. Namun, sekali lagi message berbunyi.

Arin menampar dahi.

"Aci tak kalau aku block nombor kau ni, hish.."

+0145674193 : awk jgn block saya, sya nk kwn dgn awk la.

"Aik, macam tahu aje aku nak block dia.. " pipi yang tidak gatal digaru. Otak sedang memikirkan sesuatu.

Arin : Awk ni siapa ? Nak apa dr sya ni ?😒

Arin : Mana dpt nombor ni ?

Arin : Saya kenal awk ke? 🤨🙄

"Ambik kau, nak sangat aku reply kan.."

+0145674193 : amboi, bnyk nya soalan 😅 sorry, sya stalk fb awk

+0145674193 : dpt nombor awk dr sna

Arin : okay, lps tu ? Awk siapa ?

Bluetick.

"Haih, bluetick aje ? Haish, menyesal aku reply tadi. Baik aku habiskan assignment aku. Malas layan.."

Handphone kembali dicharge. Data internet dioffkan. Arin kini kembali fokus pada kerjanya.

******
Amni duduk seorang diri di meja. Syameel tidak tahu pergi kemana bersama Iqbal dan dua kawannya tadi. Mulanya Syameel memberitahu hanya pergi sekejap saja, tapi sampai kini batang hidung pun tidak nampak. Hampeh laa !

Sedang membelek handphone ditangan, deheman seseorang membuatnya mengangkat kepala.

"Oh Cik Dhia.."

Dhia menghadiahkan senyuman sinis. Kerusi kosong disebelah Amni ditarik lalu duduk dilabuhkan.

"Well, you still remember I .." ujar Dhia dengan angkuhnya.

Mujur saja tetamu ramai yang sudah balik. Kini hanya beberapa orang saja yang tinggal.

"Eh, tentulah ingat Cik Dhia.."

"Heh, suami you mana ?" Soal Dhia sekadar basa basi sebelum dia ke agenda sebenarnya. Peluang didepan mata jangan dilepaskan.

"Err, entahlah.. ni saya tengah tunggu dia lah ni. Tadi kata pergi kejap aje, ni belum nampak lagi.." tanpa mengesyak sesuatu, Amni menjawab dengan sopan.

"Well.. hmm, ni I nak tanya you.. you tak syak apa-apa ke dengan suami you tu?"

Amni mengerutkan dahi tanda tidak faham maksud gadis itu.

"Syak ? Maksud Cik Dhia ni apa ?"

"Hahaha, so.. you memang tak tahu apa-apa lah ni. Amni right?"

Amni mengangguk tanda menjawab. Hatinya tidak tenang. Rasa ada sesuatu yang berlaku.

"Pity you lah Amni. Terlalu percayakan suami you tu. So, you kawin dengan dia without you know about him ? Really hahaha kesian.."

"Apa maksud Cik Dhia ye?" tahap kesabaran masih dipupuk.

"Untuk pengetahuan you, I dengan suami you..."

"Sayang !"

Ayat Dhia termati disitu apabila suara Syameel memanggil isterinya. Wajah Syameel berubah tatkala melihat Dhia turut berada disitu.

"You buat apa disini ?" Wajah kelat ditayangkan.

"Saja temankan isteri you .. kesian isteri you kena tinggal sorang-sorang, kan Amni kan?"

"Hmm.. ye" acuh tak acuh Amni menjawab. Otaknya masih memikirkan ayat Dhia yang tergantung tadi. Seperti ada sesuatu yang cuba disampaikan gadis itu.

"Dah, jom balik sayang .." ajak Syameel lalu menarik tangan isterinya tanpa menghiraukan Dhia.

Dhia tersenyum sinis dan puas hati sehingga kelibat keduanya menghilang.

"Puas hati I !" ujar nya lalu meneguk jus oren di dalam gelas.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now