Bab 52

530 29 4
                                    

SEAWAL subuh tadi gadis itu sudah pun berperang di dapur. Matanya tidak mahu pejam usai saja bangun subuh tadi, tidak pada suaminya, Syameel yang kembali lelap sejam selepas subuh. Mungkin penat semalam belum hilang lagi. Dia biarkan sahaja.

"Eh, awal bangun Amni? " Hajah Miza datang menerjahnya diruangan dapur.

"Eh umi.. Tak adalah, macam tak biasa tengok Am bangun awal. " tersengih Amni dibuatnya.

"Iyalah tu Amni, selalunya Umi yang bangun dulu dari kamu. " senyum Hajah Miza.

Amni tersengih. Memang pun, selalunya Hajah Miza yang terlebih dulu bangun awal darinya. Tapi, tidak pagi ini selepas kejadian yang tak disengajakan berlaku.

"Buat apa ni? Suami kamu mana? " soal Hajah Miza setelah Amni berdiam diri.

"Am buat bihun goreng dengan nasi goreng cina jer umi. Hmm, dia sambung tidur, penat sangat agaknya. "

Hajah Miza mengangguk.

"Iyalah, umi naik atas dulu. Dah siap nanti, panggil suami kamu turun sarapan sekali. "

"Baiklah umi.. "

******
"Arin, kau balik ke minggu ni? " soal Reen pada Arin yang sedang mengemas buku di atas meja.

"Hmm, tengok keadaan lah Reen. Kenapa? "

"Tak ada lah, aku balik kampung minggu ni. "

"Oh, assignment yang Puan Harlida bagi minggu lepas kau dah settle ke? " soal Arin pula.

"Belum, sikit lagi. Kau? "

"Sama lah. Hahaha.. Aku nak pergi library kejap lagi. Nak cari bahan. Kau ikut tak? "

"Kau tak ada kelas ke? "

"Kelas aku pukul 10.30 pagi nanti, sebelum tu aku nak lepak library dulu. "

"Hmm, okaylah kalau macam tu. Kelas aku start pukul 10 pagi. Join kau dulu lah. "

Arin tersenyum.

"Okay.. "

******
Melirik jam diatas meja menunjukkan pukul 7.30 pagi. Mata dilirikkan pada katil bersaiz King Size itu, terdapat sekujur tubuh masih berselimut tebal. Nafas ditarik dalam sebelum dilepas perlahan. Kaki dihampiri ke tepi katil, tak semena-mena kejadian tadi terimbas diruangan mata.

Mata terasa berat untuk dibuka, namun digagahkan juga untuk menunaikan perintah Allah swt. Waktu solat Subuh sudah pun masuk. Penat bersanding semalam masih terasa. Perlahan-lahan Amni membuka matanya yang berat dan saat itu juga matanya terbeliak dan terbuka luas saat wajah Syameel yang lena tidur betul-betul dekat dengan wajahnya. Terkebil-kebil mata gadis itu. Dan paling tidak disangka tangannya memeluk tubuh sasa lelaki itu dan dia juga dalam pelukan lelaki tersebut. Bagaimana bisa??

Hujung bibir digigit, mata yang berat tadi hilang begitu saja.

'Macam mana aku nak bebas dari pelukan ni, adoii.. ' bisik hati Amni. Jantungnya kini terasa nak tercampak keluar.

Dengan perlahan, tangan lelaki itu dialihkan.

'Fuh, dapat pun.' nafas lega dihembus perlahan. Dia dapat loloskan diri dari pelukan lelaki itu.

Hujung bibir digigit lagi. Dan kali ini, tangan diawang-awangkan di wajah suaminya, untuk memastikan lelaki itu tidur. Tiada respon.

"Nasib baik dia tidak sedar. Hmm, macam mana aku boleh terpeluk dia. " malas untuk memikirkan hal itu, kaki terus digerak ke arah penyidai tuala. Dia ingin mandi sebelum menunaikan solat Subuh dan mengejutkan suaminya nanti.

Imbasan kejadian pagi tadi terbang serta merta saat ada tangan memegang tangannya, Amni tersentak. Matanya tunduk memandang katil.

"Kau menungkan apa tu? Hmm? " soal suaminya dengan suara serak.

"Er.. Er.. Tak.. " gagap Amni menjawab sambil berusaha meleraikan genggaman lelaki itu.

Syameel sembunyikan senyum. Dia bangun lalu duduk bersimpuh di atas katil.

"Er.. Er.. Awak nak mandi lagi ke? Er.. sarapan dah siap. " entah kenapa berhadapan dengan lelaki itu setelah bergelar suami, jantungnya selalu memainkan peranan.

"Ehem.. Okay, aku nak mandi lagi. Kejap lagi aku turun bawah. " senyum dilemparkan.

"Okay.. Saya turun dulu lah. " belum sempat kaki melangkah, Syameel bersuara lagi.

"Tunggu.. " terus kaki dilangkah ke arah Amni.

"Apa? " soal Amni pelik.

Wajah Syameel ditundukkan sedikit memandangkan Amni itu pendek paras bahunya.

"Sedap kau peluk aku malam tadi eh? "

Ayat yang keluar dari mulut suaminya itu benar-benar membuatkan jantungnya jatuh bergolek.

"Er.. Er.. apa awak cakap ni. Ma.. mana.. ada.. "

Syameel tersenyum puas. Nampak sangat isterinya itu malu.

"Hahaha, iyalah tu.. Mana mahu mengaku kan? "

"Er.. saya turun dulu lah. "

Tanpa sempat membalas, kelibat isterinya sudah menghilangkan diri.

"Hahaha.. tahu malu. "

Dia sendiri terkejut dengan tindakan isterinya malam tadi. Tangan gadis itu memeluknya dengan erat. Patung Adudu pun entah kenapa hilangnya. Dia apa lagi, ambil kesempatan lah. Hehehe.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now