SEPERTI biasa, setiap pagi Amni akan pergi ke bilik pejabat Syameel untuk memaklumkan segala tugas dan sebarang mesyuarat yang perlu dihadiri oleh lelaki itu.
Dengan lafaz bismillah, pintu bilik pejabat lelaki itu diketuk.
Tok! Tok!
Dan kedengaran arahan masuk dari dalam. Kaki perlahan melangkah ke bilik tersebut. Dari hadapan pintu, Amni dapat melihat Bosnya sedang sibuk menulis sesuatu dibuku kerjanya.
"Err, Assalamualaikum bos.. " salam diberikan terlebih dahulu agar lelaki itu tidak menegurnya seperti sebelum ini. Malu weh!
"Hmm, Waalaikumussalam.. " jawab lelaki itu tanpa mengangkat kepalanya.
Amni menggaru kepala yang tidak gatal.
'Dah kenapa naga ni? Lain macam aje, selalu tak macam ni pun. Err, mood swing ke ni ' detik hati gadis itu.
"Kau nak apa datang sini? Kalau tak ada hal, baik kau buat kerja kau sekarang. " lantang lelaki itu bersuara apabila menyedari tiada kata-kata dari gadis itu.
"Err, ada bos.. Ada.. "
"Cepat sikit.. "
"Jap.. " lantas buku catatan ditangan dibuka.
"Okay, hari ni Bos ada meeting dengan client kita dari Jepun, pukul 9.30 pagi. Then, ermm.. Bos ada lunch date dengan seseorang." kata-kata Amni habis disitu.
"Lunch date dengan seseorang? Who? Dah tak ada nama ke? And siapa yang atur lunch ni? " tajam pandangan lelaki itu memandangnya.
Amni serba salah.
"Tell me now!"
"Err.. Err.. Dia cakap kawan bos masa kat UK dulu. "
"Who? " berkerut dahi lelaki itu.
"Err, dia pesan nanti Bos akan tahu jugak. Bos pergi ke tak? " soal Amni ragu-ragu.
Syameel diam seketika. Amni setia menunggu jawapan lelaki itu.
"Dekat mana? "
"Err, jap.. Haa, dekat DD's Cafe bos. "
"DD's Cafe? Dekat mana tu? "
"Err, tadi dia ada bagi alamat. Nah, ni alamatnya bos. "
Satu keping kertas yang bercatatkan alamat tempat tersebut dihulurkan pada Syameel.
"Hmm, new cafe? "
"Saya rasa lah bos. "
"Okay, but kau mesti ikut aku tengahari ni nanti. "
"Tapi bos... "
"No tapi, you must sebab kau yang memandai iyakan lunch date ni kan, so kau wajib ikut. Aku ulang WAJIB. " tegas suara Syameel bermakna gadis itu sudah tiada pilihan lain. Dia terpaksa juga ikut.
Nafas berat dilepaskan.
"Hmm, baiklah bos. Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu. "
"Okay, don't forget. " sempat lelaki itu berpesan sebelum Amni melangkah keluar.
******
DENGAN langkah yang lemah, Amni mengheret kakinya menuju ke arah kereta lelaki itu. Plan untuk keluar lunch dengan Zya terpaksa ditangguhkan lagi."Cepatlah sikit. Terhegeh-hegeh. " tegur Syameel sekali memerli. Dari raut wajah gadis itu, dia tahu Amni terpaksa mengikutinya lunch hari ni. Siapa suruh memandai iyakan macam tu saja, padan muka!
YOU ARE READING
I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]
Romansa[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amni atau lebih mesra dipanggil Am merupakan seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia tidak boleh berbohong, namun nakal dan garang. And...