UDARA yang segar dihirup perlahan. Bunyi kicauan burung mendamaikan pendengaran. Arin melepaskan penat di bangku yang memang disediakan untuk pelajar yang datang berjoging ke taman tersebut. Memang menjadi rutin hariannya berjoging pada waktu cuti.
Air mineral ditangan diteguk perlahan. Pandangan dihala ke hadapan. Ramai juga pelajar yang datang untuk berjoging pada pagi itu.
"Fuhh, penatnya.." nafas dihembus perlahan. Peluh yang menitik didahi dilap perlahan. Mata dipejamkan seketika untuk menghilangkan penat. Namun...
"Ehem.."
Suara deheman seseorang memaksa gadis itu membuka kembali matanya. Terpampang wajah seorang lelaki dihadapannya. Lelaki yang tidak asing lagi pada gadis itu meskipun hanya beberapa kali bersua.
"Ye ?" soal Arin, pelik sebenarnya.
"Err, dah habis joging ke ?"
Berkerut kening Arin mendengar soalan itu.
'Dah tak ada modal nak borak ke bang' gumam Arin dalam hati.
"Eh, tak lah.. nak buat second round ni. Why?"
"Oh, ye ke ? Nothing, just asking." Ujar lelaki itu pula dengan senyuman.
Melihat dari wajahnya yang basah dan kepenatan itu, nampak gayanya lelaki itu juga baru habis berjoging.
"Oh, okay got to go.." acuh tak acuh saja balasan Arin. Bukan dia sombong tapi entah lah, motif lelaki itu datang situ pun dia tidak pasti.
"Eh wait.."
"Yes ? anything else ?"
"Err.. can I have your number?"
"Pardon me ?"
"Ehehe, saya nak nombor phone awak boleh tak ?" Jujur lelaki itu berkata.
Arin panggung kepala.
"Nak buat apa eh ? Saya tak kenal awak pun.."
"Tak ada apa, saja nak save.."
"Hmm, beginilah err .. awak siapa nama eh ?"
"Just called me Affan.. "
"Alright, then beginilah Encik Affan .. saya ni bukannya sombong but nombor phone saya privacy saya, so saya taknak suka suki aje bagi kat orang yang saya tak kenal. Lebih-lebih lagi student lelaki. Maaf ye, saya pergi dulu.. " Hanya sekali nafas saja ayat dilontarkan. Arin terus beredar dari situ tanpa menunggu lagi.
'Tak sia-sia aku jadi adik Amni Syadiqah.. hahaha' bisik hatinya sendiri.
Affan termangu sendiri. Tak terasa pun dengan kata-kata gadis itu malah hatinya semakin membuak ingin mendekati gadis kecil molek tersebut. Entah kenapa hatinya tertarik pada saat wajah itu terpampang dimatanya buat pertama kali. Nak kata dia cantik, memang dia cantik tetapi lebih ramai lagi gadis yang lebih cantik darinya di universiti tersebut. Tidak dinafikan perkara itu.
Tangan mengurut dada. Nafas dihembus perlahan.
"Rileks Affan.. kau masih ada masa untuk dekati budak tu. Menarik !" monolognya sendiri sebelum beredar dari tempat itu dengan senyuman lebar.
******
Datin Afiqah menghembus nafas berat sebelum melangkah keluar dari perut kereta."Dah jom.. " Dato Ibrahim bersuara.
Datin Afiqah mengangguk lalu keluar dari kereta sebelum menyaingi langkah kaki suaminya di hadapan.
"Abang rasa dia setuju tak ?" soal Datin Afiqah dengan gusar.
YOU ARE READING
I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]
Romance[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amni atau lebih mesra dipanggil Am merupakan seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia tidak boleh berbohong, namun nakal dan garang. And...