MINGGU berganti minggu, hari pun berganti hari. Bak kata orang, rumah tangga mana yang tak dilanda ombak. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Hubungan Syameel dan Amni masih belum pulih. Luaran nampak biasa, namun di dalam hati kedua-duanya menahan derita.
Eryna menuruni tangga untuk mendapatkan kakak iparnya di dapur. Dari atas tadi dia mendengar bunyi di dapur.
"Kak Ngah.. sorry, Ryn lambat bangun .. hehehe, ingatkan nak tolong Kak Ngah masak , tup tup tertidur lepas subuh tadi.." tersengih Ryn pada Amni yang sedang mengacau sambal di dalam kuali. Serba salah pula rasanya.
Amni menerbitkan senyuman. Ikhlas.
"Tak apa, Kak Ngah okay aje lah.. lagipun, semua ni pun dah masak.. tinggal nak dihidangkan saja lagi.."
"Biar Ryn yang tolong hidangkan.. angah mana? dah bangun ke ?"
Jam dinding yang berada di dapur dikerling. 6:30 pagi.
"Entah la.. tadi lepas subuh tidur balik. Kak Ngah belum jenguk lagi dalam bilik tu.."
"Apa kata Kak Ngah pergi kejutkan angah, kang lambat pulak pergi kerja nanti.. tahulah bos tapi attitude tu kena jaga jugak. Disiplin penting."
"Amboii dia ni.. hahaha, baiklah adik iparku sayang.. Ryn tolong hidangkan ya, Kak Ngah naik atas kejap.."
"Beres madam ! Hati-hati naik tangga tu.." sempat Eryna berpesan pada kakak iparnya yang memboyot itu.
Amni mengangguk dengan sengihan. Mujur saja ada Eryna yang menemaninya di dalam rumah itu. Tidaklah kesunyian sangat. Ada juga teman borak.
******
Hajah Miza yang sedang menyiram bunga dihalaman rumahnya menoleh ke arah suara yang memberi salam. Senyuman terukir saat melihat kedatangan Emir sekeluarga."Waalaikumussalam.. kenapa datang tak bagitau umi dulu ?"
Emir menghulurkan tangan lalu menyalami Hajah Miza diikuti Yuni, isterinya.
"Salahkan abang ni umi, semalam Yuni nak call umi bagitau, abang cakap tak payah.." Emir yang tersengih disisinya dijeling.
"Nak bagi surprise umi dengan abah sikit.. hehehe.." Emir membela diri sendiri.
"Hmm iyalah tu, anak kamu mana ?"
"Ada.. tidur dalam kereta.."
"Dah, jom masuk.. ambil budak Fea tu bawa masuk.."
Tanpa banyak soal, sepasang suami isteri itu terus ke kereta untuk mengambil anak mereka yang tidur di seat budak belakang kereta.
******
"Okay.. setakat ni ada apa-apa soalan atau cadangan yang anda semua nak usulkan ?" tanya Syameel kepada semua ketua bahagian yang berada di dalam bilik meeting tersebut."Saya bos !"
"Ya Encik Yazid ? silakan .."
Encik Yazid merupakan management sebuah hotel di Selangor.
"Bos, saya nak usulkan cadangan untuk tambahkan lagi chef dekat Golden Hotel, Selangor bos."
"Okay, your reason Encik Yazid?"
"Untuk pengetahuan bos, kami kekurangan chef untuk memasak di hotel tersebut. Apatah lagi, hotel kita di sana sentiasa menjadi tarikan pelancong dari negara luar bos. Jadi, chef yang bekerja disana tidak menang kaki tangan untuk sediakan makanan. Bahkan, menu makanan yang ada pelbagai jenis yang perlu dihidangkan. Jadi, kami perlukan dalam dua orang chef lagi untuk ringankan beban kami disana bos.. " ujar Encik Yazid lalu menghulurkan fail hitam kepada Syameel.
YOU ARE READING
I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]
Romance[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amni atau lebih mesra dipanggil Am merupakan seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia tidak boleh berbohong, namun nakal dan garang. And...