Bab 41

535 28 3
                                    

USAI saja majlis perkahwinan itu, masing-masing mula sibuk berkerja semula. Elyas dan Haura petang nanti akan berpindah ke rumah sendiri. Arin dan Diana sudah balik ke universiti pagi tadi. Manakala, Emir dan Amni pula sudah masuk kerja seperti biasa.

Rumah kediaman Haji Hamsyar dan Hajah Miza sunyi seperti selalu. Hajah Miza yang sedang leka mengemas dapur dihampiri.

"Umi buat apa tu? " Haura yang baru saja menjadi menantunya menegur.

Hajah Miza berpaling lalu tersenyum.

"Tak ada apa.. kemas dapur sikit ni. Haura dah kemas barang? " soalnya pada menantunya itu seraya melabuhkan duduk.

"Dah umi tapi belum kemas semua. Kejap lagi lah Haura kemaskan. Abah mana umi? "

"Biasalah abah kamu tu, pagi-pagi macam ni padang golf lah tempatnya sejak Emir ambik alih syarikat dia tu. Kejap lagi balik lah tu. "

"Ooh.. ada apa-apa yang Haura boleh bantu ke? "

Tak elok juga rasanya kalau hanya tengok saja ibu mentua mengemas sendiri. Lagipun, dia baru saja jadi ahli baru dalam rumah itu,rasa kekok ada lagi meskipun dia sudah agak rapat dengan keluarga mentua sepanjang pertunangannya dengan suami dulu.

"Eh, tak apa.. Umi dah siap kemas dah pun. Tak apa tak apa. Ni Liyas mana? " Hajah Miza menolak dengan lembut.

Bukannya apa, sudah tiada lagi kerja yang perlu anak menantunya itu tolong. Tadi pun, dia hanya lap dapur sikit-sikit saja.

"Oh, abang ada dekat atas. Balik saja dari hantar Arin dengan Diana tadi, dia sambung tidur balik. "

"Allah budak bertuah ni. Elok sangat lah tu. Dah jadi suami orang pun masih buat perangai. Baik Haura kejutkan, nanti tak sempat pulak nak keluar beli barang. " kan dah membebel Hajah Miza dibuatnya.

Mana taknya, jam sudah menginjak ke 8.30 pagi. Anak sulungnya itu masih sempat sambung tidur waktu macam ni.

Haura hanya tersenyum.

"Baik lah umi.. Haura naik atas kejutkan abang. Umi, pergilah rehat. Nanti makan tengahari Haura tolong masakkan ye. " lembut saja kata-kata gadis itu sesuai dengan orangnya yang berperwatakkan sopan.

Hajah Miza mengangguk.

"Iya lah. Umi masuk bilik dulu. Jangan tak dikejutkan pula Liyas tu. Nanti terlajak pulak. "

"Baik umi.. "

Hajah Miza mulai mengorak langkah untuk ke biliknya. Begitu juga dengan Haura.

******
Atas bawah atas bawah lelaki itu memandang gadis berbaju kurung cotton warna nude yang berdiri dihadapannya.

"Bos pandang apa ni? Cocok mata tu kang baru tau. " tidak selesa dipandang begitu, Amni mulai bersuara.

"Eleh, perasan! Aku mana ada pandang kau. Aku pandang dinding belakang kau tu. "

Amni mencebik.

"Iyalah tu.. banyak-banyak dinding dalam bilik ni, dinding belakang saya ni jugak bos nak tengok. Buang tebiat ke apa naga ni? " ayat yang terakhir itu sengaja diperlahankan agar tidak didengar oleh Syameel.

Namun, sangkaan Amni meleset kerana telinga Syameel lebih cepat menangkap bicaranya terutama ayat yang terakhir itu.

"Kau cakap apa tadi? Naga? Siapa naga? Aku? " bertalu-talu soalan diajukan sambil tangan menunjuk pada diri sendiri.

Amni terpempan. Ah! Sudah!

"Err... " gadis itu hilang kosa kata. Mahu menipu nanti dia bersin. Sudahnya, gelengan diberikan sebagai jawapan selamat.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now