SUDAH dua hari peristiwa malang itu berlaku. Namun, Amni tidak pernah lupa akan raut wajah lelaki yang telah menjatuhkan maruahnya dikhayalak ramai itu. Meskipun samar-samar, namun raut dingin itu segar kelihatan di ruang matanya.
Laptop diatas meja ditatap lama. Usai saja menghantar Nana pergi sekolah tadi, dia terus balik rumah. Malas untuk pergi ke mana-mana. Arin pun sudah balik semula ke universiti kerana ada hal yang perlu diuruskan begitu juga dengan alongnya, Elyas. Kini, hanya dia dan uminya saja dirumah. Haji Hamsyar dan Emir sudah pergi ke pejabat pagi tadi. Abahnya saja ingin menjenguk keadaan syarikat yang dia telah dirikan dengan hasil titik peluh sendiri. Rindu katanya.
Sesekali Amni menghela nafas berat.
"Hm, mana nak cari kerja ni ya.." gumamnya perlahan.
Laman facebook dibuka. Mana tahu ada rezeki hari ini. Dia menscroll wall facebook dari atas sampai bawah.
Tiba-tiba, jarinya terhenti pada satu iklan yang dipaparkan. Terkumat kamit mulutnya membaca tajuk iklan tersebut.
"Temuduga terbuka. Jawatan, personal assistant. Syarat kelayakan bla bla blaa..."
'Hm, menarik ' detik hati Amni.
Dia membaca lagi segala butiran yang diiklankan. Nampaknya dia berminat dengan jawatan tersebut. Senyuman terukir dibibir.
"Aku mesti cuba ni, mana tahu rezeki aku. Syarat kelayakan pun sesuai dengan apa yang aku ada sekarang. InshaaAllah. Aku nak try nanti.." gumamnya perlahan.
"Nak try apa ni Amni ?" Hajah Miza menyoal dengan tiba-tiba membuat Amni terperanjat.
"Eh, umi ni.. terkejut Am tau." jedanya seketika sambil mengurut dada.
"Tak umi, ni ada interview untuk jawatan personal assistant.." sambungnya pula.
"Oh iya ? kat mana tu ?" soal Hajah Miza berminat untuk tahu.
"Tak jauh dari KLCC tu, Am tahu tempat ni.."
"Erm, bila interview tu mula ?"
"Lusa umi. Boleh kan kalau Am nak cuba ? mana lah tahu kot rezeki Am kat sini.." pandangan dikalihkan pada Hajah Miza.
Hajah Miza membalas pandangan tersebut lalu tersenyum manis.
"Boleh.. Amni cuba lah, mana tahu rezeki Amni. Tak lah tanam anggur kat rumah ni lama sangat. Kalau tak dapat pun, Amni kerja ajalah dengan angah ya.."
Amni terseringai sambil tersengih.
"Hehe.. inshaaAllah, umi doakan Am ya."
Hajah Miza mengangguk.
"InshaaAllah, yang penting niat tu kena betul. Baru Allah permudahkan.."
"Iya umi. Thanks.." seraya itu tubuh Hajah Miza dipeluknya dari sisi.
"Dah lah tu. Jom tolong umi kat dapur. Nanti dah kahwin nanti senang kalau dah pandai masak.."
"Alaa umi.."
"Apa alaa, alaa.. betullah kan ? Amni ni bukannya muda lagi. Dah 24 tahun dah tau.."
"Bagilah angah dulu kahwin. Am tak nak lah kahwin dulu, belum puas lagi nak enjoy.."
"Hmm.. kamu ni Amni, dah lah jom. Abah kamu nak balik kejap lagi.."
Mahu tak mahu, Amni akur juga. Laptop ditutupnya buat seketika. Dia bingkas bangun lalu membuntuti langkah uminya ke dapur.
******
Dengan megahnya kereta Mercedes-Benz warna merah itu masuk ke perkarangan Villa Suria. Kereta mewah itu betul-betul berhenti di hadapan vila tersebut.

YOU ARE READING
I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]
Romance[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amni atau lebih mesra dipanggil Am merupakan seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia tidak boleh berbohong, namun nakal dan garang. And...