Bab 77

167 6 0
                                    

DUA TAHUN kemudian..

"Bagaimana dengan keadaan dia sekarang doktor ?" Kak Dee menyoal doktor yang bertag nama Salma itu.

"Hmm, masih sama Cik Dee.. malah makin teruk saya rasa.. "

Kak Dee mengangguk faham.

"Mari saya tunjukkan bilik dia.." ujar Doktor Salma itu lagi.

Sampai saja dihadapan bilik gadis itu, Kak Dee dapat melihat sesosok tubuh yang amat dia kenali melalui cermin kecil dibahagian tengah pintu.

Jatuh kasihan melihat keadaan gadis itu. Gadis itu tengah bercakap seorang diri dan selepas itu ketawa.

"Macam tu lah Cik Dhia Dhawana setiap hari. Namun, bila mood dia tak okey dia akan mengamuk dan bertindak agresif.." jelas Doktor Salma lagi.

Dhia Dhawana. Ya ! Gadis empunya nama itu sudah dua tahun berada di Hospital Bahagia. Kesihatan mental gadis itu menjadi lebih teruk selepas kejadian hitam setahun yang lalu. Hanya sesekali Kak Dee akan menjenguk Dhia Dhawana untuk mengetahui perkembangan kesihatan gadis itu. Namun, hampa tiada tanda-tanda yang gadis itu akan sembuh dalam jangka masa terdekat ini.

"Memang tiada perkembangan yang baik langsung ke doktor ?" soal Kak Dee lagi.

Doktor Salma menggeleng kepala.

"Kami dah sedaya upaya cari ubat yang terbaik untuk Cik Dhia namun tiada perkembangan langsung. Malah, ada satu hari tu dia cuba untuk bunuh nurse kami kat sini sebab nak bagi dia makan ubat. Mujur saja, staff lelaki datang untuk tenangkan dia.."

Kak Dee mengangguk mendengar penjelasan Doktor Salma. Sesekali mata dia memandang tingkah Dhia Dhawana. Bercakap seorang diri, lepas tu ketawa dan menangis dan ketawa lagi. Menari yang Kak Dee sendiri pun tak tahu tarian apa. Sungguh kasihan.

******
"Bu..." terkedek-kedek anak kecil itu berjalan mendapatkan kedua orang tuanya yang baru saja balik dari melawat kubur si kembar. Si kecil dijaga oleh Bibik Nah, orang gaji dari Indonesia yang diupahnya. Sudah 2 tahun ini, Bibik Nah menjaga Akira dengan baik.

"Hai sayang ibu.." Amni terus mendapatkan si anak. Pipi anaknya digomel habis.

"Yah.." tangan si anak pula terawang-awang meminta Syameel untuk mengambilnya. Kini, Akira bertukar tangan pula dengan si ayah. Terdengar ketawa si anak bila Syameel menggosok janggutnya pada pipi Akira.

"Dah lah tu.. nanti terlambat pula sampai ke kampung Zya.." tutur Amni untuk menyedarkan dua beranak itu.

"Haa aiyooo, ibu dah marah tu Akira.." usik Syameel pada si anak.

Akira masih lagi dengan sisa tawanya.

"Abangg... sudah lah usik anak tu. Bersiaplah, nanti lambat sampai kampung.." sempat pinggang suaminya dicubit tanda geram.

"Adudududuu.. sakit sayang .. iya iya, abang bersiap lah ni, hehehe sorry.."

Muncung Amni dibuatnya.

"Bikk.. ambil Akira ni, siapkan dia.. kitorang nak naik atas dulu, tukar pakaian.." kata Amni pada Bibik Nah.

"Baik puan.. jom Akira, ikut bibik.." Akira tersengih lalu berada dalam dukungan Bibik Nah.

"Dah jom abang.."

Syameel mengangguk tanpa banyak soal. Kang dia kena sepit ketam lagi nanti. Perih woh !

******
Jodoh itu rahsia Allah. Siapa sangka sahabatnya kini, Zya Mikayla bertemu jodoh dengan orang sekampung, Aidil Noah. Senang untuk membuat majlis persandingan.

Syameel dan Amni tiba di kampung Zya petang semalam. Itupun, orang kampung sudah ramai bergotong-royong dihadapan rumah orang tua Zya. Itu yang bestnya kalau kahwin di kampung. Orang kampung pasti akan bekerjasama bagi menjayakan majlis sehingga ke akhirnya.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now