Bab 13

444 21 0
                                    



"Boy!"

Mereka berdua terus berpaling ke arah suara tersebut, dan tidak semena Ian Zafran tergamam, Dia menilik dari atas dan kebawah memastikan adakan itu orang yang dia rindukan, atau seseorang yang menyerupainya sahaja.

"papa"
"zafril"

Panggil mereka dengan serentak manakala Yara Evelynn hanya diam tidak faham akan situasi sekarang.

Lelaki berkaca mata tersebut terus menarik tangan anaknya untuk berlalu pergi.

"Sampai bila kau nak lari" ujaran dari Ian Zafran membuatkan langkah lelaki itu terhenti.

"Sampai bila kau nak menyorok ril, dah 5 tahun dah pun. kau tak rindu mama papa ke?" ujar Ian lagi sambil menahan sebak.

Sungguh dia rindukan abangnya itu, dulu mereka boleh dikatakan seperti kembar yang selalu bersama tidak pernah berenggang bahkan tiada rahsia diantara mereka sakit si abang maka sakitlah si adik.

Tapi semuanya hancur akibat Puan Alina sendiri yang memaksa abang nya untuk berkahwin, wanita yang disangka kan baik dan polos hanya lah topeng semata.


☁️☁️☁️


"Aku tahu dia selalu keluar masuk club dengan jantan lain,   tapi tu lah aku tak boleh nak buat apa sebab depan mama papa dia pandai berlakon. Time tu aku bodoh tak boleh nak buat apa selain dari berdiam diri"

"Aku ni suami yang dayus kan zaf, istri buat dosa aku just buat tak tahu. Siang malam dia tengking aku macam dia pulak yang kena paksa kahwin dengan aku padahal dia sendiri yang nak" Ujar lelaki itu panjang lebar

"so budak tu?" soal Ian zafran inginkan kepastian.

Lelaki itu hanya tersenyum sambil melihat anaknya yang sedang bermain dengan seorang gadis, "dia anak aku, aku tahu apa yang kau nak cakap. Tapi ak dah buat DNA test dan yup budak tu memang anak kandung aku"

"Tengku Ian Zayden bin Tengku Ian Zafril" sambung lelaki itu lagi

"so sekarang betina tu dekat mana?" soal Ian mengubah topik, tak mahu abangnya itu terus merasa sedih dengan apa yang telah terjadi.

"Aku dah ceraikan dia, kau tak nak tanya ke aku ceraikan dia talak berapa?" soalanya sinis.

Terus dia tergelak apabila melihat muka Ian zafran sebegitu, "Yer weh, aku bagi dia talak 3 terus.! dah kau nak  sangat kan memang aku bagi lah"

Mendengarkan itu Ian zafran terus ikut tergelak, abangnya ini seorang yang soft spoken. Sangat menurut perintah, itu yang tidak membantah bila dipaksa kahwin.

Tapi itu lah dalam diam hanya dia saja yang tahu bagaimana cara lelaki itu bekerja dengan pekerjaan mereka yang 'lagi satu' itu.

"So itu ke perempuan yang kau bagitahu aku haritu? perempuan mix chinese dengan taiwan eah ? ke termerloh?" soalnya sambil mata tersebut tidak lepas dari memandang anaknya.

Ian Zafran berdecit mula dah perangai sakai abangnya itu. "Thailand laa bongok, kejadah pulak sampai taiwan perginya."

"Cantik gile sia dah lah seksi. Bagi aku jela eah zaf, lagipun aku lagi hensem dari kau and kau jangan risau aku akan jaga dia elok elok sayang ketat ketat lagipun anak buah kau tu still perlukan kasih sayang seorang mak, aku rasa ok laa kot kan" ujarnya

Ian Zafran hanya menjeling dan menepuk kuat kepala zafril lalu dia bangun berdiri melangkah menghampiri dua orang manusia yang sedang makan aiskrim di sebuah pondok.

𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵Where stories live. Discover now