"Seriously Azfar?""Kenapa bos? bos kenal ke dengan supplier baru kita ni?" soal Azfar hairan apabila melihat wajah majikan yang merah seakan menahan dari marah.
"Cancel yang ini, cari supplier lain" Arah Yara Evelynn
"Tapi bos dah berpuluh yang i call semalam mostly mereka tolak tak berani nak ambil risiko last minit. Ini aje lah yang ada pun" terang Azfar dengan perlahan, namun masih lagi boleh didengari oleh kedua sosok tersebut.
"Takpa i bagi you seminggu untuk cari supplier baru yang pasti i tak nak yang ini" arah Yara Evelynn lagi.
"Boleh tu boleh bos tapi takut terjejas dekat kita punya hotel pulak, lagipun Tuan Ezra kan dah pesan kalau boleh dia nak hotel tu siap lebih awal dari tempoh yang dia bagi" terang Azfar lagi berusaha untuk memujuk.
Yelah semalam selama 3 jam dia menghadap telefon memanggil kesemua pihak menawarkan kerjasama dari pihak mereka, namun rata rata menolak kerana tidak mahu mengambil risiko. Kebiasaan ia akan mengambil masa dua atau tiga bulan sebelum aktiviti pembinaan dijalankan.
Yara Evelynn mendengus tak puas hati. "Tak apa nanti i bagitahu papa"
"Err maaf boleh saya tahu kenapa Miss menolak untuk bekerjasama dengan pihak kami? sedangkan Miss tak ada pilihan lain selain kami" tanya Khalaf ingin tahu.
"Lagipun kami dah sampai walaupun agak lambat, dan kami mintak maaf untuk itu. Tapi rasanya tak adil apabila Miss menolak kami secara terus begini tanpa kami tahu alasan nya" sambung Khalaf lagi.
Yara Evelynn mengalihkan pandangan nya pada lelaki yang berani bertanyakan hal tersebut. "Apa pun alasan, i tak nak bekerjasama dengan pihak you. Jom Azfar"
Tak sempat Yara Evelynn melintasi lelaki itu, lengan nya ditahan "Love, boleh tak kita bincang secara professional? Ini untuk kebaikan hotel baru you jugak"
Mata Khalaf serta Azfar membesar, apabila mendengar panggilan Ian Zafran pada gadis itu. Patut lah tiba tiba menyinga rupanya ada kisah disebalik pertemuan ini.
Yara Evelynn menepis kasar tangan besar yang memegang lengannya. "Professional? You rasa panggilan yang you guna tu menunjukkan yang you ni tersangat 'professional' ke?"
"Ok sorry, tapi mana ada company yang nak ambil projek last minit macam ni. Hanya company i je yang masih sudi bekerjasama dengan you. Lagipun takkan you nak hampakan permintaan papa you supaya siap sebelum tempoh yang ditetapkan" pujuk Ian Zafran dengan lembut.
Sekali lagi Khalaf melongo apabila mendengar, first time dia melihat sisi majikan nya yang berlembut dengan kaum hawa. Dengan sepupunya Zarina pun, bos nya hanya melayan acuh tak acuh.
"Betul kata Tengku tu bos, kita terima jela eah? lagipun kita memang tak ada pilihan lain pun" ujar Azfar lagi, berharap agar ladyboss nya bersetuju.
Yara Evelynn dengan geram melabuhkan kembali punggung nya pada kerusi tadi. "Bak contract"
Khalaf serta Azfar selaku PA mengeluarkan contract masing masing lalu diberikan kepada Ian Zafran serta Yara Evelynn. "Miss tak nak baca dulu? mungkin ada yang Miss nak kami betulkan" soal Khalaf apabila melihat Yara Evelynn terus menanda tangan tanpa membaca isi contract tersebut.
Yara Evelynn tersentak, macam mana dia boleh lupa nak baca sebelum sign. "Kalau macam tu boleh i pinjam? nanti i hantar balik lepas i dah baca semua"
"Boleh Miss tak ada masalah" balas Khalaf apabila mendapat riaksi setuju dari majikan nya Ian Zafran.
Keempat mereka bangun dari duduk, Ian Zafran menghulurkan tanganya pada Yara Evelynn untuk berjabat tangan. Cara biasa yang dilakukan setelah mendapat kata sepakat dari kedua pihak.
YOU ARE READING
𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵
Romance✿ 2nd story ✿ ____________ Ian Zafran. Jejaka yang dulu seorang periang bertukar menjadi dingin disebabkan kesalahan yang dia sendiri lakukan. Pertemuan semula dengan gadis itu membuatkan dia nekad untuk mendapatkan balik haknya, hak yang pernah...