Bab 49

356 27 6
                                    




"Love, you dah sedar.." Tegur Ian Zafran setelah melihat Yara Evelynn elok bersandar pada kepala katil. Punggung dilabuhkan disisi katil, dekat dengan si isteri. Air kosong dituang ke dalam gelas dan dihulurkan kepada Yara Evelynn.

Yara Evelynn mengambil tanpa sebarang kata, dia yang sememangnya sangat dahaga kan air. "You ingat apa yang jadi love?" Soal Ian Zafran dengan perlahan.

"Ntah, rasanya i tengah mandi tadi. Tapi kenapa sekarang i ada dekat atas katil?" Pelik bin ajaib.

"You tertidur dalam bathtub sampai tenggelam love. Please jangan buat macam tu lagi. Dengan i sekali rasa tak cukup nafas tadi bila tengok you macam tu" Sisi kepala Yara Evelynn diusap lembut.

Haihh lah, muka bangun tidur pun cantik. Macam mana lah dia tak jatuh cinta lagi dan lagi dengan isteri sendiri.

Yara Evelynn hanya diam tidak membalas, badannya terasa lemah sekali ketika ini. Perlahan lahan badan diturunkan. Ingin kembali berehat, atau lebih tepat ingin menyambung tidur.

Puncak kepala isterinya dikucup sekilas, lalu duvet tebal itu ditarik sedikit untuk menyelimuti Yara Evelynn yang sudah terlena. Kaki diatur keluar dari bilik, ingin memberi ruang buat Yara Evelynn untuk berehat.


•••

Sudah tiga hari Ian Zafran mengambil cuti untuk menjaga Yara Evelynn, memastikan isteri betul betul sembuh baru lah tenang hati ingin melalukan kerja di office.

Sepanjang tiga hari itu juga lah Khalaf yang keluar masuk kedalam rumahnya. Menghantar segala dokumen penting yang perlu disemak atau ditanda tangan dengan kadar segera.

"Love" Panggilan yang tidak bersahut itu membuatkan Ian Zafran tersenyum kelat. Begitulah keadaan Yara Evelynn terhadapnya selepas mengetahui hal yang sebenar pada tempoh hari.

"Love, jom i bawak you ke klinik. Kita pergi chek up"

"Sekarang you nak cakap i gila ke apa?" Jawab Yara Evelynn dengan pantas sambil merenung tajam ke arah Ian Zafran.

"Bukan itu maksud i love. I risau dengan keadaan you. You nampak makin kurus, makan pun dah tak banyak macam dulu. I risau love"

"Kenapa nak risau pula? Patut you bersyukur i dah kurang makan jadi makanan dekat rumah you ni lambat habis. You cakap i kurus so dulu i gemok lah yer sebab kuat makan, macam tu ke maksud you?"

Ian Zafran cuba untuk bersabar dengan perubahan Yara Evelynn. Dia salah jadi dia patut terima bila Yara Evelynn bersikap sedemikian.

"Tak apa lah kalau macam tu, i kena keluar kejab tau. Ada meeting penting dengan Dato' fardi. Habis meeting nanti i terus balik, ok love?" Ian Zafran mengalah, tak mahu bergaduh hanya disebabkan pekara kecil.

Kalau bukan disebabkan meeting dengan klien penting, dia tak akan sesekali tinggalkan Yara Evelynn seorang diri di rumah, walaupun didalam rumah ini mempunyai pembantu rumah serta pengawal. Namun dia tetap merasa ralat kerana terpaksa meninggalkan isterinya.

Yara Evelynn hanya menjeling, malas melayan.



•••


Terjaga dari tidur, mata mengerling jam tangan berjenama royalmine. 11:20 a.m. Boleh tahan juga dia terlelap tadi. Merasakan suasana sunyi membuatkan di teringat yang Ian Zafran keluar atas urusan kerja.

Kaki melangkah keluar dari bilik seraya turun ke bawah, ingin minum air. Tekaknya terasa inginkan air yang manis pada ketika ini. Agak pelik sebab dia bukan jenis yang minum manis, namun diendahkan saja.

𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵Where stories live. Discover now