Bab 29

368 23 0
                                    





"Betul ke kamu ni Ceo? Tak baik menipu Allah marah tau nak"

"Lahh betul lah tu dia Ceo Hotel, aku kenal keluarga dia. Dari mama papa sampai ke grandpa dia kami kenal Siah. Grandpa dia tu keturunan Thailand, kawan rapat suami aku. Hotel tu pulak Papa dia Tan sri Ezra yang bagi memandang hanya Yara Evelynn sorang je anak yang dia ada. Jadi tak pelik pun kalau dia jadi Ceo" Terang Puan Alina dengan panjang lebar. Tak suka orang meremehkan bakal menantu nya.

Mungkin ini lah yang Yara Evelynn rasa apabila orang lain menghakimi nya melalui pakaian.

"Oh yeke, maaf lah auntie bukan apa risau sebab sekarang kan ramai anak muda yang menipu cakap kerja bagus tapi hakikatnya tak" Dalih Puan Asiah dengan wajah yang dimaniskan.


"Eah tak apa auntie. I dah biasa, selalu juga jumpa yang lebih kurang macam ni. Belakang kemain mengata last last dengan kita juga dia mintak tolong, lagipun manusia sekarang kan pandang harta dan kekayaan saja. Tak kisah lah bukan harta dia sekalipun, Kadang tu ada yang paksa anak jadi perampas laki orang semata nak hidup senang, kan mama" Balas Yara Evelynn pula dengan sarcasm.

Puan Alina hanya mengangguk mengiakan. Tak sangka yang cucu Charisan ni boleh tahan jugak mulutnya. Memang patut jadi menantu kalau macam ni. Lagipun dia sukakkan perempuan yang tidak lemah, yang boleh pertahankan diri tanpa bantuan orang lain.

Riak wajah Aisyah sudah berubah, tengah menahan marah mungkin. Mungkin terasa dengan apa yang dikatakan oleh Yara Evelynn tadi.

"Itu lah kan, auntie ada dengar banyak juga kes tentang perampas laki orang ni. Allah mintak jauh lah yer. Ni Evalin, Eah Evolin kan?" Apa ke susah sangat nak menyebutnya.

"Evelynn auntie" Perbetul Yara Evelynn, Haishh nama cantik dia kemain senang nak sebut.

"Haa Evelynn, ni auntie nak tanya lah kan. Bila lagi yang kamu berdua ni ada hubungan? Sebab setahu auntie lah, anak bongsu si Alina ni beku orangnya, itu yang tertanya tanya. Lagipun ini auntie dengar dari jiran jiran" Balas Puan Asiah.

Dia baru saja nak kenen kan si Aisyah dengan lelaki itu, eah alih alih dah ada girlfriend pulak. Tapi tak apa nampak macam ada peluang lagi ni. Kan?

"Haah Zaf, mama pun nak tahu juga siapa yang mengorat siapa dulu." Sampuk Puan Alina,

"Perlu ke mama?" Ujar Ian Zafran. Malas pula dia mahu bercerita, memandangkan terdapat Puan Asiah serta Aisyah pada ketika ini.

"Eah perlu lah, mama nak tahu. Kamu ke Elynn yang start mengorat dulu" Sebab seingat dia, anak bongsu nya ini seorang yang nerd ketika di zaman kolej.

Yara Evelynn tersenyum sendirian, teringat pula ketika dia mengusik Ian Zafran dulu. Yer, dia lah yang start mengorat dulu. "Kalau mama nak tahu, Elynn yang start mengorat Ian dulu. Mama tahu kan Ian macam mana dulu time study, dipendekkan cerita hari hari Elynn kacau dia tengah study. Mula mula tu naik rimas juga Ian dengan Elynn. Tapi Elynn tak kisah, still kauacu dia sampailah kitorang jadi rapat and in relay sebab masing masing dah suka"

"Kalau ingat balik, Ian comel kan mama dengan buku buku tu semua. Nampak budak baik sangat, kan bie" Usik Yara Evelynn.

"Love.." Jatuh air muka beku dia depan semua orang. Haishh si Yara Evelynn ni kan.

"Ohhh, patut lah mama ingat, ada sekali tu time dia balik class muka dia happy semacam. Dia punya happy macam baru kena no ekor tau, rupanya tengah in love dengan perempuan cantik." Usik Puan Alina pula, Tergelak kecil apabila melihat wajah cemberut Ian Zafran.

𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵Where stories live. Discover now