FLASHBACK
"Bahh!"
Terangkat kedua bahu Ian Zafran apabila disergah sebegitu, dia hanya menjeling bila melihat gadis itu sedang ketawa. Tahu lah dia bahawa gadis itulah yang punya angkara.
"Alaa you merajuk je biy, sowyyy biy galah powmishh tak buat dah kalau i buat nanti i powmish lagi tau tau" Ujar sambil menghulurkan jari kelinking.
Ian Zafran merenung sekilas jari gadis itu lalu mencantumkan dengan jari kelingking nya. Layan jela kang merajok pulak si pendek nih.
"You dah habis class kan love?" tanya dia kepada gadis itu. "Haah dah habis, tapi i ingat nak singgah library kejab nak siapkan lagi sikit assignment Prof Razak" balas gadis itu.
"Alright kalau macam tu i temankan you lah alang alang boleh spentime" ujarnya.
"Yara Evelynn!"
Mereka berdua terus panggung kepala ke arah pememanggil tersebut. Dapat dilihat Ayla, Thiya dan Mikayla sedang berlari anak menuju ke arah mereka.
"Korang dah kenape berlari berkejaran seindah bunga ditaman pulak panas panas nih" Ujarnya kehairanan setelah melihat sahabatnya termengah mengah mengambil nafas.
"Kemain lama ambik oxygen nye pun korang nih, kalau tak cukup aku tolong cpr kan" sampuk Kyle yang baru saja tiba bersama dengan Alex dan Noah.
"Haah, aku pun boleh tolong baru je tadi belajar cara cara membuat cpr dengan betholl, kan mika" ujar Noah sambil mengenyitkan mata kearah Mikayla.
"Siapa mika? aku tak kenal and aku tak undi dia" balas mikayla sambil menjeling.
Naik menyampah dia bila si Noah tu tak habis mahu cari pasal, ada je benda yang nak dikacaunya. Boleh pulak acah acah bodoh dalam class, tah pape betol padahal mamat tu budak score kot untuk course medic.
"Udahh lerr korang ni, ada yang aku kawinkan kejab lagi. Yang korang dah kenapa berlari bagai?" tanya Yara Evelynn kembali. Ayla menepuk perlahan dahinya, "lamakk lupa funlak apa benda eah tadi?"
"Aku tanya kau, kau tanya aku balik? taik kucing betul dasar maling kundang" ujar Yara Evelynn. Ayla hanya mengaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil tersengih.
Memang ada benda yang dia nak bagitahu sahabatnya itu, tapi bila ternampak yang Ian Zafran juga turut berada disitu jadi dia berpura pura lupa. Gila kau nak cakap depan mamat tu ni soal hidup dan mati kot.
☁️☁️☁️
Ian zafran termenung sendirian di balkoni biliknya. Fikiran dia betul betul tengah serabut sekarang nih, dengan mama dia lagi mahu dia melanjutkan pelajarannya di amsterdam.
Dengan gadis kesayangan dia lagi, tak tahu macam mane nak explain!. Dahla ahli keluarganya tidak tahu akan hubungan dia dengan Yara Evelynn. Dia risau mamanya tidak suka akan gadis itu disebabkan gadis itu agak terdedah dari segi pemakaiannya.
Tok! Tok! Tok!
"Masuk lah mama, Ian tak kunci pun" jerit nya, Puan Alina melangkah masuk mendekati anak bujangnya itu. "macam mane dah buat keputusan belum? alahhh setuju jelah lagipun dekat sane ada kakak kamu dengan husband dia kan apa nak risau" ujar Puan Alina.
Memang dekat sane dia tak risau, yang dia risau sekarang adalah yang dekat sini. murung gue kalo gini terusan.
"Maa can i ask you something?" ujarnya, "Apa dia tanyalah" jawab Puan Alina, tak pernah pernah mintak izin ni tiber pulak budak ni. "kalau Ian ada girlfriend mama ok tak?" tanya dia dengan nada risau.
"No. i meant not for now Ian, mama tak nak nanti kamu tercicir pelajaran kamu. Mama tak nak kamu tak focus dekat sana nanti. Cari cinta bila kamu dah berjaya, bila kamu dah ada segala aset dengan hasil titik peluh kamu sendiri, kamu faham kan maksud mama?" ujarnya dengan berhatihati berharap agar anak bujangnya itu faham akan maksudnya.
"Faham maa" jawabnya dengan nada yang perlahan. Puan Alina tersenyum dan mengusap sedikit rambut anaknya lalu melangkah keluar dari situ memberi ruang untuk anaknya berfikir.
Maka benar lah sangkaannya bahawa mama nya itu tidak gemar jika dia bercinta ketika dia masih belajar, dan dia
"Sorry love i terpaksa kejar cita cita i dulu. Kalau one day i dah berjaya i akan cari you balik, even you dah ada someone sekalipun still i akan dapatkan you balik. No matter what" gumamnya perlahan.
☁️☁️☁️
Sedang mereka berjalan menuju ke kelas, dia melilau keadaan sekeliling habit yang dilakukan ketika berjalan. Dari jauh Yara Evelynn terlihat susuk tubuh yang seakan dia kenali, lalu dia mengecilkan matanya bagi mengesahkan samada sangkaannya itu betul atau salah.
Yara Evelynn berhenti mengejut bila melihat adegan mesra itu dihadapan mukanya. Ayla, Thiya dan Mikayla menekup mulutnya tanda terkejut, serius lahhh?!
Tidak semena air mata Yara Evelynn menitis, sambil matanya tidak lepas dari dua manusia itu. Sumpah tak sangka Ian Zafran seorang manusia yang menjaga batas sedang bercium dengan seorang gadis?!
No bukan gadis tapi seorang budak sebab boleh lihat dengan jelas dari segi pakaian seragam sekolah yang berkain biru laut itu. Apa kejadah nak bercium dalam kawasan kolej? dengan budak sekolah pulak tu?!
Dengan langkah yang laju dia menuju ke arah kedua manusia itu "Ia-Ian" panggil nya perlahan dengan air mata yang masih tersisa. Lelaki itu terus berpaling lalu memandang wajah Yara Evelynn yang sudah lencun dengan air mata.
"Apa benda?" tanya Ian Zafran dengan nada seakan tidak bersalah. "Seriously you tanya i apa benda Ian?" ujar Yara Evelynn dengan nada yang tertahan.
Dapat dilihat sudah ramai mata yang memandang ke arah mereka, mana tidaknya satu kolej bahkan semua lecturer tahu yang mereka berpasangan.
"Sorry tapi aku dah tak suka kau, so aku harap kau dapat lupakan aku dan mulakan hidup baru kau tanpa aku" ujarnya yang tidak memandang ke arah gadis tersebut. Tidak sanggup melihat air mata gadis itu dari terus mengalir.
Yara Evelynn tergelak kecil, semudah itu sahajakah lelaki tersebut melupakan dirinya? "Tch, semudah tu je? wahh congrats Ian congrats. Anda memang jantan takguna" sambik bertepuk tangan
"And You lagi pilih budak ni dari i? ok then as you wish" katanya sambil mengesat kasar air mata itu.
"semoga berbahagia dengan 'budak' kau tu, eahh lupa memang dah bahagia pun kan dapat kissing bagai. And kau budak kecik kecik dah jadi fucking bitch, kesian" Ujarnya lalu berlalu pergi dari situ.
Tidak dihiraukan mata mata yang semakin ramai melihat drama mereka tadi.
'Kesah pulak aku, kau yang buat hal memang nama kau
lah yang busuk. Dasar jantan sakai! dahla bodoh!' jerit hatinya.END FLASHBACK
Terpejam kedua matanya lalu tangan naik meraup muka bila teringatkan kisah silam itu. Dia kena betulkan balik dengan apa yang telah dia lakukan terhadap gadis itu.
Selama 5 tahun ini hidup nya terasa sangat kosong tanpa gadis itu, gadis yang mengisi ruang hatinya dan tak akan pernah ada perempuan lain yang selain gadis itu.
Dia nekad mahukan gadis itu, cukup lah selama ini dia kehilangan gadis itu di atas kesalahan bodohnya di masa lalu.
Wait for me love,
tbc.
YOU ARE READING
𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵
Romance✿ 2nd story ✿ ____________ Ian Zafran. Jejaka yang dulu seorang periang bertukar menjadi dingin disebabkan kesalahan yang dia sendiri lakukan. Pertemuan semula dengan gadis itu membuatkan dia nekad untuk mendapatkan balik haknya, hak yang pernah...