Bab 35

456 20 3
                                    




Jam di dinding terus berdetak, tapi mengapa tak ku lepaskan tatapan ku dari dirimu.

Pusingnya jantung ini terasa akan terhenti,

Readers baca ke nyanyi?

ok ini yang betul


☁️☁️☁️



Jam dipergelangan tangan dilihat sekilas, pukol 8:00 pagi. Baju kurung moden yang berwarna biru lembut itu dipakai oleh Yara Evelynn, beserta selendang berwarna off white dililit kemas pada kepala. Hari ni dia mahu melawat kubur arwah grandma.

Kaki menapak menuruni tangga dengan perlahan, ditangan nya terdapat sling bag yang senada dengan selendang. Tidak dilupakan mini 'Yassin' yang turut dibawa untuk bacaan buat grandma nanti.

"Selamat pagi Cik Evelynn, Cik Ani dah siapkan sarapan. Jom makan sekali dengan Encik Zafran" Tegur Cik Ani apabila melihat Yara Evelynn yang sangat cantik dengan berbaju kurung.

"Tak apa lah Cik Ani, saya tak ada selera sangat pagi ni. Saya pergi dulu" Sempat dia menjeling figura yang sedang menatap nya dari meja makan tersebut. Cukup lah semalam dia dah hadap untuk makan bersama,


 Cukup lah semalam dia dah hadap untuk makan bersama,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Chathira Bt Adam Ningsoori

Diusap perlahan nama yang terukir pada batu nisan tersebut. Rindu yang tiada henti pada orang yang sudah tiada. Segala kenangan bersama arwah tak akan pernah dia lupakan. Kalau pada mata kasar Encik Charisan terlihat sangat memanjakan Yara Evelynn, tapi parcayalah. Grandma nya Chantira dua kali ganda lebih manjakan dirinya melebihi kedua ibu bapanya sendiri.

Hatta jika Tan sri Ezra Singmai menegur akan kesalahan yang dilakukan oleh Yara Evelynn pun turut dimarah oleh grandma. Terkadang tangan tua itu turut memukul anaknya kerana memarahi cucu perempuan kesayangan .

Air mata yang mengalir pada pipi itu diusap perlahan bersama senyuman nipis. "Nanti sebelum balik Yara datang melawat grandma lagi tau"



☁️☁️☁️



Gerai usang yang terletak dibahu jalan itu dipandang lama oleh Yara Evelynn. Satu kenangan ke satu kenangan terus bermain difikiran, gerai kesukaan grandma. Kerusi plastik berwarna hitam ditarik perlahan lalu dilabuhkan punggung padanya.

"Nok make gapo?" Soal wanita lewat 40an, wajah yang masih lagi terlihat cantik bagi Yara Evelynn.

"Nasi berlauk ayam, tokse isi deh. Pahtu nasi lebih. Air kosong jelah"

Wanita itu mengangguk kecil sambil ditangan nya menulis menu yang dipesan oleh Yara Evelynn.

Kepala melilau melihat keadaan gerai tersebut. Semakin usang sesuai dengan usia, yelah dia pun dah lebih 10 tahun tak jejak kan kaki kesini. Kalau balik pun sekadar melawat kubur grandma dan terus pulang ke kuala lumpur.

𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵Where stories live. Discover now