Bab 45

707 39 3
                                    





"Where are we going?" Soal Yara Evelynn setelah melihat kereta yang dipandu oleh Ian Zafran melepasi jalan untuk pulang ke rumahnya.

"You akan tahu nanti love" Tangan kecil Yara Evelynn diambil dan diletakkan diatas pahanya. Digenggam erat tangan kecil halus tersebut. Sekali sekala tangan tunangnya itu dibawa pada bibir, mencium dengan penuh rasa sayang.

"Kenapa datang sini?, you jelah pergi sorang. I penat" Ujar Yara Evelynn malas.

"Please love? I ada something nak tunjuk dekat you" Pujuk Ian Zafran sambil menarik tangan Yara Evelynn untuk mengikutnya.

Yara Evelynn mengeluh perlahan, tanpa memberi jawapan kakinya diatur mendekati lelaki tersebut. Senyuman manis Ian Zafran berikan apabila melihat Yara Evelynn mengikutinya.

Tak sampai lima minit perjalanan, mereka tiba dihadapan tasik yang luas, dihadapannya juga terdapat tikar yang sudah terbentang dengan beberapa makanan yang turut tersedia.

"Come love. Have a seat" Pelawa Ian Zafran, badannya ditunduk mencangkung dihadapan Yara Evelynn. Ingin membuka clip pada heels milik Yara Evelynn.

Yara Evelynn hanya diam tidak membantah akan perbuatan serta layanan yang Ian zafran berikan padanya yang sememangnya itu lah perangai Ian Zafran yang paling dia suka. Dari dulu lelaki tersebut sangat memanjakan dirinya.

Sebab itu dia sangat kecewa apabila Ian Zafran memutuskan hubungan mereka suatu ketika dahulu. Dia terlalu sayangkan Ian Zafran melebihi segalanya. Sampai satu tahap, dia berdendam setelah melihat adegan jijik lelaki tersebut dihadapan matanya sendiri.

Walaupun ia sekadar 'ciuman' namun bagi Yara Evelynn, Ian Zafran adalah jantan paling bangsat pernah dia jumpa. Siapa sangka pelajar nerd mampu membuat dia jatuh cinta dan yang paling terkesan pelajar nerd tersebut lah yang membuatkan dia rasa dipermainkan.

Sekarang ni pun dia masih lagi dalam fasa keliru mahu menerima Ian Zafran ataupun tidak. Hatinya masih lagi sakit dengan segala kelakuan Ian Zafran terhadapannya. Dengan menerima si Esah tu bekerja walhal terang lagi bersuluh lelaki itu mengatakan 'tidak' dihadapnya, untuk mengambil betina tersebut untuk masuk kedalam syarikat.

Dengan mengabaikannya selama seminggu kerana asyik berkepit dengan si Esah. Ya, dia berdendam. Sangat mudah berdendam apabila berkaitan Ian Zafran. Mulut katakan cinta tapi hakikatnya kelain pergi perangainya.

"Love.. sebelum kita kahwin, i nak you dengar penjelasan i dulu. I taknak lepas kita kahwin keadaan hubungan kita still dingin macam ni. I nak hidup bahagia dengan orang yang i sayang, dengan orang yang i cinta." Ujar Ian Zafran dengan lembut. Dengan tangan yang mengelus kedua tangan kecil milik Yara Evelynn.

"You nak jelaskan apa lagi? Tak cukup ke you mainkan i selama ni Ian? You tahu tak, lepas pertunangan tu.. i ingat nak terima you balik, tapi bila dapat tahu you terima si gila tu kerja. I tak boleh Ian, lagi teruk you abaikan i seminggu.. Seminggu Ian, sebab apa? Sebab sibuk berkepit dengan betina tak guna tu. I ni memang tak penting kan bagi you? Lepas dapat terus abaikan. Tu baru bertunang, belum lagi kahwin"

"Agaknya you suka kan tengok i macam ni. Suka permainkan hati dan perasaan i. Tak cukup dengan tu you culik i, kurung dekat rumah you. You ingat apa yang jadi lepastu? Y-you hampir rogol i Ian.." Sedaya upaya dia menahan diri agar tidak menangis dihadapan lelaki tersebut.

"Then i ingat yang i dah terlepas dari you.. Rupanya i silap.."

"Tergamak kan you bagi i makan pil tu? You memang lelaki yang kejam kan Ian? Sanggup nodai i dengan cara menjijikkan macam tu.. Sumpah. I. Benci. You. Ian. Zafran" Tak dapat ditahan, kedua tapak tangan naik menekup wajah melepaskan tangisan kekecewaan terhadap Ian Zafran.

𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵Where stories live. Discover now