Bab 32

369 19 7
                                    




"Kau cakap rumah kau ada majlis makan?" Soal Thiya tidak puas hati.

"Betul lah tu, rumah aku memang ada buat makan" Balas Yara Evelynn malas.

"Tapi kau tak cakap ini majlis pertunangan kau dengan Ian Zafran, wahai Yara Evelynn.." Sampuk Ayla dengan geram. Mana tak nya Yara Evelynn hanya memberitahu mereka supaya datang untuk makan, nasib kesemua mereka memakai pakaian yang solan. Kalau tak mahunya malu tujuh keturanan.

"Buat apa nak cakap benda tak penting, bukan aku nak pun semua benda ni" Balas Yara Evelynn. Yelah, bertunang dengan paksa celah mana nya nak rasa penting even Ian Zafran sendiri telah menjadi tunangannya.

Mereka mengeluh kecil, tahu lah dia bahawa Yara Evelynn sememangnya tidak punya hati akan pertunangan ini.

"Love"

Dengar saja suara tersebut, Yara Evelynn terus mengangkat punggung dan berlalu pergi meninggalkan Ian Zafran bersam kawan kawanya.

"Kau ni betul betul suka Yara Evelynn ke? Atau sekadar nak mainkan hati dia lagi?" Soal Thiya dengan dingin, walaupun lelaki tersebut sahabat baik kepada tunangnya Alex namun ia bukan alasan untuk mereka berbaik.

"Korang tahu kan aku hanya cintakan Yara Evelynn" Balas Ian Zafran yang sedang berdiri dihadapan ketiga perempuan tersebut. Dibelakangnya terdapat Alex, Noah serta Kyle.

"Cinta sampai sanggup buat dia macam tu? Kau tak tahu apa yang jadi pada dia dulu Zafran lepas kau tinggalkan dia. Kau tak tahu betapa teruk nya keadaan dia dulu untuk dia bangkit menjadi seperti sekarang. Kau tak tahu dan tak pernah ambil tahu Ian Zafran. Yang kau tahu hanya lah taburkan janji palsu yang langsung tak pernah kau kotakan"  Ujar Ayla dengan mata yang mencerlung tajam pada Ian Zafran.

Melihat Ian Zafran hanya diam membuatkan mereka yakin akan telahan mereka sendiri.

"Yelah geng, mana nak ingat janji dia yang sebelum ni sebab dah sedap dengan sepupu sendiri, ye tak?" Sini Mikayla berkata. Semua yang terjadi mereka tahu, malah mereka terlebih dahulu tahu apa yang berlaku sebelum Yara Evelynn tahu.

"Kayla.." Tegur Noah dengan lembut. "Shut up, doktor tak tahu apa yang dah kawan baik doktor ni lakukan pada Yara Evelynn. Awak semua tak tahu, saya dan yang lain saksi kejatuhan Yara Evelynn dulu." Cantas Mikayla pula. Geram apabila kesemua lelaki tersebut mahu membela Ian Zafran tanpa semua tahu apa yang telah terjadi.

"Aku bagi amaran eah Tengku Ian Zafran, sekali lagi kau cuba nak sakitkkan hati Yara Evelynn. Aku tak akan teragak agak bawak dia lari jauh dari kau. Masatu aku akan pastikan kau takkan dapat jejak dia walupun hanya dengan bayang bayang. Marks my words Tengku Ian Zafran!" Keras nada Ayla berkata, sekaligus berlalu pergi dari situ.

Makin lama mereka melihat wajah Ian Zafran makin muak rasanya. Macam mana lah si Yara Evelynn tu boleh hadap muka lelaki tak guna tu setiap hari.

Melihat ketiga perempuan tersebut menjauh membuatkan Ian Zafran mengeluh kecil. "Salah ke apa yang aku buat sekarang ni? Aku just nak tebus balik apa yang aku pernah buat pada dia dulu. Mana mungkin aku sanggup buat dia macam tu kalau hati aku terlalu cintakan dia"

Bahu tegap itu ditepuk perlahan oleh Alex. "Kalau kau rasa ini yang terbaik untuk hubungan kau dengan Yara Evelynn, teruskan. Kitorang akan sokong kau dari belakang. Pasal diorang tu kau tak payah fikirkan sangat. Mungkin mereka masih belum percaya yang kau boleh jaga Evelynn macam dulu."

"Aku ok je tau kau nak tinggalkan Yara Evelynn sebab nak sambung study. Tapi aku tak ok cara kau tinggalkan dia. Kau kejam Zaf, malukan dia depan semua orang. Buat pulak perangai bodoh pergi cium sepupu sediri dalam kawasan kolej. Sumpah aku tak faham apa yang kau tengah fikir masa tu. Menyesal aku tak bagi penumbuk dekat kau dulu" Dengus Kyle tak suka. Dah lama dia nak meluahkan tapi tak kesampaian,

𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵Where stories live. Discover now