"Yara nak kahwin dengan Roslan""What? Jangan nak bergurau Yara Evelynn. Haishh kamu ni" Ucap Tan sri Ezra Singmai sambil menggeleng kecil.
"Apa papa ni, Yara tak bergurau lah. Memang Yara nak kahwin dengan Roslan" Ucap Yara Evelynn bersungguh. Roslan hanya pasrah akan nasibnya nanti. Dia pun tak tahu yang Yara Evelynn mahu mengatakan sedemikian dihadapan kedua orang tuanya.
"Jangan nak mengarut, perkahwinan kamu dengan anak Tengku Ian Zamri minggu depan tu macam mana?"
"Dah siapa pulak nak kahwin dengan anak Tengku tu? Yara dah putuskan hubungan dengan anak dia dua minggu lepas, cincin pun dah pulangkan balik" Balas Yara Evelynn. Tolong lah jangan nak kuban kuban!
"Kalau betul dah putus kenapa Tengku Ian Zamri tu still nak teruskan majlis?" Soal Puan Sri Elvina pula. Sakit kepala fikirkan hal seketul Yara Evelynn ni. Nasib anak ada sorang je.
"Mana lah i tahu, anak dia lah tu tak inform mak ayah dia. Yang penting sekarang i memang dah tak ada apa apa hubungan dengan anak dia. So sekarang tak akan ada majlis untuk minggu depan" Balas Yara Evelynn dengan perlahan.
Agak kesal dengan perngai Ian Zafran yang tidak memberitahu hal yang sebenar kepada keluarganya.
Melihat kedua orang tua nya berdiam membuatkan Yara Evelynn mengeluh kecil "Kenapa mama dengan papa diam? Jangan cakap ni semua sebab grandpa?"
"Grandpa buat untuk kebaikan you sayang" Pujuk Puan Sri Elvina.
"Please ma, this is my life. Lagipun grandpa dah tahu dari awal yang I dah putus dengan anak Tengku tu, kenapa grandpa still nak teruskan majlis ni?" Makin serabut dia rasakan dengan campur tangan grandpanya sendiri.
"Buat lah kalau betul grandpa nak sangat majlis tu berlangsung, tapi jangan harap i akan datang" Ujar Yara Evelynn kecewa lalu menarik lengan Roslan untuk keluar dari rumah tersebut.
Kecewa apabila grandpa nya yang lebih memilih untuk pertahankan hubungan persahabatan dari perasaan cucu sendiri.
"You nak pergi mana? i tolong hantarkan" Pelawa Roslan apabila melihat wajah serabut dari Yara Evelynn. Risau juga dia kalau biarkan gadis itu memandu seorang diri dalam keadaan yang tidak stabil macam ni.
"I nak balik condo" Pinta Yara Evelynn sambil mengelus sisi kepala
"Ok kalau macam tu i hantarkan you"
☁️☁️☁️
"Alright thank you Ros hantarkan i" Ucap Yara Evelynn beserta senyuman paksa. Sedaya upaya cuba menahan sakit kepala.
"Most well, nak i hantarkan sampai rumah tak?" Pelawa Roslan,
"It's ok" Balas Yara Evelynn seraya membuka pintu kereta lalu keluar dari perut kereta milik Roslan.
Melihat keadaan Yara Evelynn yang berjalan dengan tangan berada dikepala itu membuatkan Roslan mengambil keputusan untuk mematikan enjin kereta.
"Let's me help you" Bahu gadis itu dipegang, risau juga dia kalau Yara Evelynn tiba tiba pengsan tengah jalan ke apa. Mahu dibunuh dia nanti.
Sampai sahaja dihadapan pintu rumah milik Yara Evelynn, Roslan menawarkan diri untuk membuka pintu lalu mempersilakan gadis itu masuk terlebih dahulu.
"You duduk kejab i pergi ambilkan air" Tanpa disuruh dia bergerak ke arah dapur ingin mengambil air kosong buat Yara Evelynn.
Beberapa minit kemudian dia dengan memegang segelas air putih. "You ok tak? Nah minum air ni dulu"
YOU ARE READING
𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵
Romance✿ 2nd story ✿ ____________ Ian Zafran. Jejaka yang dulu seorang periang bertukar menjadi dingin disebabkan kesalahan yang dia sendiri lakukan. Pertemuan semula dengan gadis itu membuatkan dia nekad untuk mendapatkan balik haknya, hak yang pernah...