Bab 37

747 37 0
                                    




Kepala yang terasa sakit dipicit perlahan dengan mata yang masih terpejam. Haruman bilik membuatkan keningnya berkerut. Sejak bila bilik dia mengunakan wangian lavender?

Buka saja mata, pandangannya disapa dengan pandangan yang gelab. Seluruh ruang bilik tersebut berwarna hitam. Terdapat lampu led berwarna merah pada setiap penjuru bilik. Macam bilik tahanan pulak dia rasakan.

Jab,

Seketika baru dia teringat akan kejadian ketika di lot parking hotelnya. Sekarang ni dia kena culik ke apa? Dengan kalut kaki melangkah ke arah tingkap, baru saja kaki ingin melompat namun tak jadi apabila melihat ketinggian ketika ini.

Gila kau nak lompat dari tingkat 6. Ini paling kurang terus mati katak. Manusia siel mana yang berani menculiknya?

Kejab kejab, tapi kan macam ada bagusnya jugak kalau dia diculik. Lagipun dia sendiri tidak tahu mahu kemana setelah mengambil cuti selama seminggu. Jadi alang alang dah diculik tu, enjoy jelah kan?

Bukan selalu dapat pengalaman kena culik kan?


Klak!

Serentak itu kepala Yara Evelynn berpaling ke belakang, terlihat seorang lelaki berambut perang memasuki bilik tersebut. Dari segi rupa, dia boleh agak yang lelaki ini mungkin ada keturunan mix. Memandangkan rupa mat saleh terserlah indah tapi masih terdapat wajah asian.

"You siapa? Kenapa you culik i?" Melihat lelaki itu hanya diam membuatkan Yara Evelyn menggulingkan bola matanya. Acah buat muka innocent pulak dia.

"Lupakan. Sekarang ni i nak mandi sebab badan i melekit. Kalau yer pun nak culik, boleh bagitahu awal awal kot senang i nak packing baju" Ujar Yara Evelynn dengan wajah yang jengkel.

Sekarang ni macam mana dia nak salin baju?

"Pardon?"

"Ya elah, buset ini orang" Keluh Yara Evelynn perlahan apabila lelaki itu seperti tidak memahami apa yang dia katakan sebentar tadi.

"Ohh baju, sorry. Dalam almari tu ada baju yang dah disediakan oleh Tuan untuk Puan" Balas lelaki berambut perang tersebut.

"Hak alah nak kena carut dulu ke baru nak faham. Chop! You bukan orang yang nak culik i ke?" Soal Yara Evelyn serius.

Lelaki tersebut hanya menggelengkan kepala bagi jawapan Yara Evelynn.

"Tak apa lah mana mana pun, janji kena culik"

Jawapan dari Yara Evelynn itu membuatkan lelaki tersebut hairan. Biasanya kalau orang yang kena culik akan mengamuk meminta untuk dilepaskan. Tapi gadis ini ternyata agak lain.

Gadis yang selalu dalam pemantauannya sejak dari dulu.


☁️☁️☁️


'Hm not bad jugak taste penculik ni. Nasib semua pakaian ni lawo, kalau tau memang aku mintak belikan balik semuanya' Getus hati Yara Evelynn dengan tangan yang masih lagi membelek pakaian yang terdapat didalam almari tersebut.

Jeans bootcut serta crop top hitam berlengan panjang menjadi pilihan. Kena kurung kan, pakai ala kadar jelah. Mata melilau mencari iphone, jangan cakap iphone dia pun kena sorok.

'Eah apa daa, rumah punya lah besar. Handphone murah macam tu nak ambil ke.' Bebel Yara Evelynn sorang diri apabila tidak menemui telefon pintar nya.

𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵Where stories live. Discover now