Bab 51

1.7K 56 6
                                        




"Love?"

"You dah sedar, love?" Soal Ian Zafran dengan cemas. Mana tak nya, kebelakangan ini Yara Evelynn kerap jatuh sakit. Nasib dia ada diwaktu isterinya sakit.

Yara Evelynn kembali memejamkan mata, mengantuk. Dia pun tak tahu kenapa sejak akhir ini, dia suka tidur. Dia punya nikmat tidur sampaikan malas hendak bangun pergi kerja. Sedangkan selama ini mana pernah dia sebegitu.

Penat dengan kerja, mungkin.

"Love?"

"Bising lah i nak tidur" Balas Yara Evelynn dengan perlahan. Orang nak tidur dia sebok nak panggil panggil pulak.

"Ok sorry my love. Rehat lah, i ada temankan you dekat sini" Puncak kepala Yara Evelynn diusap lembut. Sedikit pun tak terasa dengan percakapan isterinya. Malah dia bersyukur kerana keadaan Yara Evelynn baik baik saja.

Yara Evelynn bukan nak tidur sangat pun, even mata rasa mengantuk namun ntah kenapa dia tak boleh lena. Mungkin kerana dia sedar yang Ian Zafran ada bersamanya sekarang.

Mata dipejam berpura pura mahu tidur, namun hakikatnya itu hanyalah alasan semata mata kerana tak mahu menatap wajah suaminya itu. Bayangan kemesraan Ian Zafran ketika di hotel tempoh hari masih segar di ingatannya.

Walaupun dia tahu itu bukan sepenuhnya salah Ian Zafran namun hati tetap mahu menyalahkan suaminya.

"Maaf andai you tak bahagia sepanjang kita menjadi suami isteri. Maaf juga sebab memaksa you untuk menjadi milik i dengan cara yang sebegitu. Jujurnya i tak mahu kehilangan you love. I.. tak sanggup kehilangan you buat kali kedua. I lagi rela hadap kebencian you daripada berpisah jasad dan juga hati."

Kali ini biarlah dia meluahkan segala yang terpendam, walaupun Yara Evelynn tidak mendengar. Dia sudah tidak sanggup menerima layanan dingin dari isterinya. Walaupun baru saja sebentar tadi dia mengatakan bahawa dia rela dan sanggup menghadap kebencian si isteri.

Ketahui lah, ia hanya rela dan sanggup pada butir bicara sahaja tapi tidak pada hati. Biarlah hatinya terseksa sekalipun asalkan dia tidak berjauhan dengan Yara Evelynn. Wanita yang paling dia cinta dan kasih.

"Untuk apa yang you lihat tempoh hari bukan seperti yang you fikirkan love. I takkan pernah terniat untuk mengkhianati you. I tak tahu kenapa.. tiba tiba.. dia boleh duduk atas riba i. Sum-pah love, i hanya cintakan you sorang.."


Yara Evelynn mencelikkan matanya takkla mendengar suara sebak dari Ian Zafran. Lelaki itu sedang menahan tangis, mungkin sedang mengawal suara agar tidak membuatkan dia terjaga.

Ya. Dia tahu apa yang berlaku sebenarnya. Hanya saja dirinya ego.

"Hubby"

Terkejut dengan sapaan itu, kepala yang menunduk tadi diangkat. Dengan laju tangan mengesat air mata. "Yes my love. Kenapa you bangun? Sorry love i ganggu you tidur yer?"

Tanpa membalas persoalan, Yara Evelynn menarik kemeja yang dipakai oleh Ian Zafran lalu dipeluk erat batang tubuh tersebuh. Tak sanggup lagi dia menjunjung ego yang kian menipis.

Tangisan kerinduan kedengaran. Dia rindukan layanan manja Ian Zafran kepadanya. Lelaki itu tetap melayannya sama seperti dulu malah makin melayan apabila mereka sudah menjadi suami isteri. Hanya saja dikeraskan hati.

"Shh.. jangan nangis, you ada sakit mana mana ke? Nak i panggilkan docter?" Ditolak sedikit badan Yara Evelynn, mahu melihat kalau isterinya itu sedang mengalami kesakitan. Namun Yara Evelynn mengeraskn tubuhnya, tidak mahu lepaskan dari memeluk Ian Zafran.

𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵Where stories live. Discover now