Bab 41

512 32 4
                                    




"Thank you Ros sudi tolong i. I sebenarnya tak tahu nak mintak tolong siapa. Lagipun i tak nak my family tahu keadaan i macam ni" Ucap Yara Evelynn, nasib saja ada kawan yang sudi membantunya.

"No hal lah, lagipun i happy at least you masih ingat i" Balas Roslan sambil menatap wajah cantik gadis yang berada dihadapannya ini.

"Thanks again bagi i tumpang rumah you buat sementara waktu, tapi nanti you nak stay mana?" Soal Yara Evelynn, risau kalau dia telah menyusahkan lelaki tersebut.

"Don't worry, i boleh stay rumah kawan i. Tak jauh pun dari sini. Btw petang nanti i datang hantarkan barang basah tau. You tak nak keluar beli barang ke?" Soal Roslan pula. Yelah gadis itu datang sehelai sepinggang.

"I ingat nak beli online je, lagipun badan i penat sangat sekarang ni" Balas Yara Evelynn. Mana tak nya dia drive tanpa berhenti dari kl ke Terengganu.

Kenapa Terengganu? Ntah dia sendiri pun tak tahu. Main drive je tahu tahu dah sampai ke pantai timur dia membawa diri..

Dia bernasib baik terserempak dengan Roslan ketika berhenti mengisi minyak. Itu pun Roslan yang menegur nya terlebih dahulu. Kalau tak, mungkin dah sampai ke Thailand agaknya dia drive.

"Baiklah kalau macam tu, petang sikit i datang hantar barang basah. Atas meja tu i ada tinggalkan laptop, Kot you nak guna ke apa. And i ada masak makaroni goreng dekat dapur, nanti you makan lah eah. I pergi dulu tau Assalamualaikum" Senyuman manis diberikan pada Yara Evelynn, gadis itu mengangguk dengan mulut menjawab salam.

Keluarga Roslan berjiran dengan grandpa dan grandma di kelantan. Setahun sebelum grandma meninggal dunia, keluarga Roslan telah berpindah ke Terengganu atas sebab kerja.

Pintu ditutup dan dikunci, kaki dengan malas menuju ke dalam bilik. Badan dibaringkan diatas tilam, lengan kanan diletakkan diatas dahi dengan mata yang sudahpun tertutup. Penat, 6jam drive tanpa berhenti.



☁️☁️☁️



Matanya dibuka dengan perlahan. Kalau ikutkan hati mahu saja dia meneruskan lenanya. Namun mengingatkan yang Roslan akan datang untuk menghantar barang membuatkan dia terpaksa untuk bangun.

5:40 petang. 2 jam dia tidur. Boleh lah buat ghaso ghaso. Malam nanti ganti balik. Sementara menunggu kedatangan Roslan, Yara Evelynn duduk pada sofa. Laptop yang berada diatas meja diambil. Mahu menghantar email kepada Mikayla.

Hanya email Mikayla saja yang tahu keberadaan dia buat masa ini. Ini pun dia risau kalau orang orang Ian Zafran dapat menjejaknya.

Tok! Tok! Tok!
"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam, kejab.." Laptop diletakkan kembali di atas meja lalu bangun untuk membuka pintu, pasti Roslan yang datang.

"You tengah rehat ke? Maaf lah kalau i ganggu" Ucap Roslan sopan. Lelaki ni dari dulu hingga sekarang memang tak berubah. 'Seorang yang soft spoken, bertuah isteri dia nanti kan', getus hati Yara Evelynn. Suka melihat peribadi Roslan.

"Eah tak apa, lagipun i memang tengah tunggu you datang. Masuk lah dulu," Yara Evelynn melangkah keluar dari rumah, mempersilakan Roslan masuk untuk meletakkan barang.

"Barang basah tu i dah siap basuh tau, you tinggal simpan dalam peti je. Sayur pun sama i dah siap cuci" Ujar Roslan yang sedang melangkah keluar dari rumah tersebut.

𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵Where stories live. Discover now