"Arghhhhhhh!!"Terdengar nyaring suara perempuan menjerit membuatkan rumah banglo mewah tersebut bergema.
"Ya Rabbi, kus semengat budak ni kan" terangkat bahu Puan Elvina akibat terkejut mendengar suara jeritan anak daranya, sambil tangan mengurut perlahan dadanya itu
Langkah kaki diatur menuju ke arah suara yang nyaring tadi, apabila dia membuka pintu mata tua nya disapa dengan susuk tubuh anak daranya yang sangat cantik mengenakan dress putih.
"Wahai puteri katak mengapakah tadi kamu menjerit semacam ahli sihir?" Tanya Puan Evelynn lalu mengambil tempat di hujung katil.
"Wahai bondaku si ikan kaloi, hamba agak terkejut dan terkesima apabila melihat seseorang. Seseorang yang belum pernah hamba melihat kecantiknya sedemikan rupa" ujarnya sambil melirik ke arah pantulan cermin.
Puan Elvina hanya mencebik tanda menyampah, tahu sangat perangai anaknya itu over nauu kalau bab angkat bakul sambil matanya memandang ke arah gadis yang sedari tadi asyik berpusing dihadapan cermin.
Tapi dia tidak menafikan kecantikan anakya itu, well like mader like doter lah. flip hair sikit.
"Mumy jom lahh Lynn dah lapar nih, kang lambat habis pulak makanan tu nanti tinggal yang tak sedap je" ujarnya sambil membayangkan makanan yang sedap sedap pada majlis itu nanti.Tak payah pelik sebab last makan bersama malaun tadi pukol lima petang, sekarang dah lapan empat puluh lima malam memang lapar laa jawabnya gais.
Puan Elvina hanya mengelengkan kepala anaknya itu membela saka agaknya kemain makan banyak tapi tu laa badan maintain aje tak gemok sangat tak kurus sangat, just nice.
"yelahh mohler kite" sambil menarik lengan anaknya itu lalu melangkah keluar dari bilik,
☁️☁️☁️
Setibanya mereka di ballrooms tersebut, anak mata Yara Evelynn terus melilau memerhati sekeliling mencari sesuatu, dan seketika matanya terhenti di satu sudut yang terletak tidak jauh darinya.
Tidak semena bibirnya mengukirkan senyuman lalu kaki mengatur langkah mendekati sesuatu yang tidak lepas dari pandangannya. Belum dua langkah dia berjalan satu tangan menghalang dia dari terus melangkah.
Yara Evelynn panggung kepala ke arah gerangan tersebut. Mendapat jelingan dari Puan Elevina dia terus tersengih tanpa bersalah.
"Hei kalau yer lapor jumpa laa tuan rumah dulu, nanti you melahap ler sampai kenyang" Ujar Puan Elvina. Tahu sangat dengan perangai tak semegah anak tunggalnya itu, Teman pun sebab nak makan!
Yara Evelynn hanya tersenyum lalu mengikuti jejak langkah mumy nya menghampiri sepasang suami istri yang separuh baya, dapat dilihat disisi mereka seorang gadis yang mengenakan dress labuh berwarna hitam.
"Hye Mr. and Mrs Adam" Sapa Puan Elvina sambil tersenyum. "You jangan nak Mrs sgt eah vina, mengada tau" Balas Puan Nysaa.
Puan Elvina tergelak kecil mendengar balasan dari kawan baiknya itu. "Halah bukan selalu lagipun dah lama tak jumpa you kan" jawabnya.
Puan Nysaa hanya tersenyum "haa ni lupa nak kenalkan ni anak dara i Aria Natalia, baru je habis stdy dekat overseas dengan abang abang dia" Ujarnya memperkenal kan gadis yang berada disisinya itu.
"Haah kan i lupa you ada anak kembar lelaki, cantik sangat orangnya sesuai dengan nama" memang cantik nampak sopan aje orangnya. "mane abang kembar dia? mesti hensem jugak kan dah kalau adiknya kemain cantik" sambung Puan Elvina lagi.
Amboi mumy kemain eak puji anak orang, anakmu ini lagi cantik tau. "Ehem" ujar nya perlahan, tengok anak orang lupa anak sendiri ke apa.
Seraya mendengar deheman itu, semua panggung kepala ke arah suara itu, "Eah lupa pulak nak kenal kan dengan puteri katak i yang sorang nih" gurau Puan Elvina,
Yara Evelynn hanya mencebik, kemain eah menganjing lepasni tak dah teman pergi mane mane event even makanan diorang semua sedap, huh!
Semua hanya tergelak mendengar gurauan dari Puan Elvina itu. "Ni my only one puteri katak, Yara Evelynn" katanya kepada mereka.
Yara Evelynn tunduk menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan kawan baik mumy nya itu tidak lupa juga dengan gadis yang bernama Aria itu.
"Puteri katak pun boleh laa mumy janji boleh makan dengan kenyang kejab lagi" ujarnya sambil tersenyum manis.
"Kalau nak makan Aria boleh temankan" ujar gadis itu yang sedari tadi hanya berdiam diri. "boleh ke? jom" jawab Yara Evelynn sambil memegang lengan gadis kecil molek itu.
"Bagus jugak ada anak dara you tu vina, at least boleh berkawan dengan Aria. Anak i tu sejenis yang tak nak bergaul, itu yang tak ramai kawan" Luahnya.
Bukan tak nak bergaul sebenarnya tapi lebih kepada trauma, sebab dulu semasa di highschool anak perempuannya itu teruk dibuli sehinggakan mengalami kemurungan diri.
Disebabkan hal itu lah dia suami isteri memutuskan untuk menghantar anaknya menyambung pelajaran di overseas yang kebetulan anak lelakinya juga berada disana.
☁️☁️☁️
"So disebabkan you baru habis study apa plan you?" tanya Yara Evelynn sambil menyuakan egg tart ke dalam mulutnya. sedak dooh! boleh masuk dalam list fav food.
"I ingat nak kerja dekat company papa i, lagipun dah seminggu i rehat dekat rumah" Ujarnya perlahan. Terasa selesa bila berbual dengan gadis cantik itu.
Yara Evelynn hanya mengangguk tanda mengerti. "Kalau i rehat sebulan pun belum tentu cukup tau" jawabnya sambil tergelak kecil.
Ariq Natalia hanya tersenyum, dia pun kalau boleh nak rehat lama jugak tapi bosan pulak tak ada kawan yang nak ajak melepak. Nak harapkan abang kembar dia tu memang idok lerr busy je memanjang dah laa single. eahh kau pun single Aria!
"Hye baby" sapa dua suara dengan serentak, dengan itu mereka berpaling melihat dua lelaki yang segak memakai black suit yang didalam nya baju kemeja berwarna putih.
Aria Natalia mengulingkan bola matanya ke atas, menyampah dengan kerenah nakal abang kembarnya itu.
Yara Evelynn yang memandang hanya terdiam macam kenal tapi dimana yer. Dia ni susah sikit nak cam dengan orang yang baru kenal nak nak lelaki sebab hensem sangat itu yang susah nak lekat dalam otak.
Kedua lelaki tersebut yang perasan terdapat gadis lain selain adik nya itu terus panggung kepala. Dan sesaat salah seorang daripada tersenyum manis. Aiseyman memang jodoh ke macam mane nih.
"Hye sayang, tak sangka kan jumpa you kan sini" sapa nya perlahan.
Yara Evelynn hanya mengerutkan keningnya dah kenapa mamat ni macam tiber aje, tolong eah harini je dah dua drama dia shooting dekat mall tak kan dekat sini pun nak jugak. Susah betholl jadi jadi cantik ni, huh!
Aria Natalia dan seorang lagi lelaki hanya mendiamkan diri tiada niat untuk bersuara. Pelik bila abang sulungnya yang anti dengan perempuan itu menegur gadis cantik tersebut.
Berbeza pula dengan abang ngah nya seorang player yang berjaya semasa study. Tetapi tidak la melebih sampai ke ranjang mahu kena sula dengan Puan Nysaa kalau berani buat benda terkutuk tersebut.
tbc.
YOU ARE READING
𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵
Romance✿ 2nd story ✿ ____________ Ian Zafran. Jejaka yang dulu seorang periang bertukar menjadi dingin disebabkan kesalahan yang dia sendiri lakukan. Pertemuan semula dengan gadis itu membuatkan dia nekad untuk mendapatkan balik haknya, hak yang pernah...