Bab 6

532 24 0
                                    




Sedang dia mencuci tangan pada sinki tiba tiba lengannya ditarik dengan kuat, dengan itu belakang badannya menghempap dinding dan mulutnya ditutup dengan tapak tangan yang lebih besar darinya.

Terpejam matanya bila terasa sakit pada belakang badannya itu. Main kasar kau mat. Bila dia membuka mata pandangan dia disapa oleh susuk tubuh seorang lelaki yang tersangat lah dia kenali.

Tidak semena mata mereka bertembung untuk beberapa saat, perasan keadaan mereka yang begitu rapat itu Yara Evelynn terus berpaling ke tepi sambil bergelut untuk melepaskan diri.

Semakin kuat dia meronta apabila terasa ada tangan lain yang memegang sisi pinggangnya itu.

Melihat Yara Evelynn yang semakin tidak terkawal itu, dia terus berkata, " nak terus meronta atau nak i rogol you dekat sini? pilih" ujarnya dengan tenang.

Yara Evelynn terus membulatkan mata sambil kepalanya mengeleng laju, Terasa hangat pada birai mata nya ketika ini. Jantan ni dah gila ke apa,

Bila terasa keadaan semakin tenang dengan perlahan dia melepaskan tapak tangannya dari mulut gadis itu, tapi tidak pegangan pada pinggang malah semakin erat  hingga tiada ruang diantara mereka.

Terkejut dengan tindakan itu dia terus menolak dengan kuat badan lelaki tersebut. Melampau betul jantan ni siap peluk bagai. Dulu kemain soleh lagi nak pegang tangan pun tak boleh, sekarang ni dah kenapa terbalik pulak.


Lelaki itu menghiraukan rontaan tersebut. Tangannya naik mengelus perlahan kepala gadis itu, dia menghidu rambut wangi itu dengan mata yang terpejam. Dia sangat rindukan bau gadis ini. "shh diam, i really miss you love" ujarnya perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Yara Evelynn.

Terus mengeras badan Yara Evelynn, tidak semena air mata nya mengalir. Sekali lagi dia mencuba nasib menolak kuat badan lelaki itu, apabila terlepas dia terus melarikan diri melangkah keluar dari tempat tersebut.

Lelaki itu terus meraup muka, niatnya hanya ingin bergurau dengan gadis itu tetapi tidak sangka pula tindakannya itu hanya membuatkan gadis itu menangis.

"shit" gumamnya perlahan.


☁️☁️☁️


Sampai sahaja didalam perut kereta dia terus menghamburkan tangisnya. Kenapa selepas 5 tahun, kenapa perlu sekarang disaat dia sudah melupakan lelaki itu.

Cukup lah dulu dia dipermalukan didepan orang ramai, rasa macam bodoh sangat sebab boleh jatuh cinta terhadap lelaki itu.

"Hello mumy, lynn tunggu mumy dekat kereta tau tiba tiba rasa macam tak sehat pulak" sedaya upaya dia mengawal suaranya agar oleh Puan Elvina tidak mengesyaki apa apa terhadapnya. "ok mumy don't worry,bye" sambung nya lagi lalu mematikan talian tersebut.

Dia mengeluh kecik dan memejam kejab mata lalu tangan naik mengurut pelipis sisi kepala. Dia hanya mengendahkan apabila mendengar pintu kereta dibuka, cepat betul mumy sampai .

Terasa tanganya diambil dan diusap oleh tangan kasar terus matanya dibuka, "what's wrong with you?!" jeritnya. Jantan ni kenapa hah tak cukup dekat tandas, dalam kereta pun still nak ganggu dia ke?.

"i miss you love," ujarnya dengan ayat sama. "otak you la tiba je nak miss you bagai" jawab Yara Evelynn dengan sedikit kasar. Memang tak lah nak berlembut dengan apa yang dah lelaki ni lakukan padanya dulu.

"Love, kenapa you dah berubah? kenapa you berkasar dengan i? selama ni you tak pernah macam ni tau?" soal Ian Zafran

Yara Evelynn berdecit kecil, jantan ni pernah accident jatuh gaung ke apa sampai lupa apa yang dia pernah buat dulu? ke ada split personality sampai perangai jauh beza dengan dulu. "i tak kenal you so berambus dari kereta i" ujarnya dengan nada tegas.

𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵Where stories live. Discover now