Bunyi bising dari telefon itu tidak sekali menganggu lena Yara Evelynn. Ntah apa yang dibuat semalam membuatkan rasa kantuk menguasi diri. Lagipun hari ni weekend, jadi boleh lah dia tidur sepuasnya."Love"
Yara Evelynn mendengus tak suka. "Ishh si galah ni, time cuti macam ni pun still dengar suara kasar dia tu. Tolong lah kasi lah aku tidur dengan aman, ini tak tengah syok tidur pun boleh pulak dengar suara dia"
"Love, wake up. It's 9:00 am already"
"Haaaaa!!" Kaki nya dihentak kasar ke atas tilam, geram pulak dia rasa. Makin dihalau makin berbunyi pulak suara si galah tu. "Eiii dasar galah bengong! aku nak tidur lah setan!!"
"Sampai hati you panggil i macam tu Love. Tersentap jiwa raga i tau"
"Ian?"
"Bie!" Meluas mata Yara Evelynn takkala melihat Ian Zafran yang selamba duduk diatas kerusi dengan tangan diletakkan di arm rest.
"You buat apa dekat sini? Jab, macam mana you boleh masuk? Are you kidding me bie? Ni nak kena jampi kot baru hilang.."
Seketika Yara Evelynn berdehem beberapa kali "Hai mambang tanah mambang air mambang api mambang langit, mambang berasal dari gunung si mambang, berdamping lah dengan ku wahai si mambang, eah silap.. Berdamping lah dikau dengan 'dia' wahai si mambang, hanya itu pesanku wahai si mambang" Perkataan 'dia' ditekankan sambil mengerling ke arah Ian Zafran.
"Puhh, puhh.."
"Puhh, puhh.."
Kaki diturunkan pada lantai, lalu menuju ke arah Ian Zafran "Puhhhhhh.."
Terpejam mata Ian Zafran menerima semburan dari gadis itu "Seriously love? you samakan i dengan mambang?"
"Mak!! Mambang galah ni tak makan saman!" lalu berlari anak menuju ke dalam bilik air. Sebenarnya dia saja mahu kenakan lelaki itu. Padah suka masuk bilik anak dara orang.
☁️☁️☁️
Yara Evelynn mengerling ke arah Ian Zafran yang sedang focus memandu itu. Tergelak kecil Yara Evelynn melihat wajah beku lelaki itu. Merajuk sebab kena sembur ke? Tapi dia sembur tak tempias pun, bunyi je yang lebih..
Eleh shikit shikit nak merajuk, macam perempuan.
Kita takpa, sebab memang kita perempuan, jadi dibenarkan untuk merajuk.
"Bie, asal you senyap je ni.. Tak nak kawan dengan i dah ke" Baju yang dipakai Ian Zafran ditarik beberapa kali ingin menarik perhatian.
Diam.
"Betul ni tak nak kawan dengan i?"
Diam.
"Ok, kalau macam tu tak nak kawan sudah. I nak call Alvian, lama tak bergossip." Iphone yang berkemera tiga butir itu dikeluarkan dari beg tangan. Mencari no Alvian, merajuk lah kau..
Baru saja jari nak menyentuh button call, tiba tiba iphone nya dirampas oleh Ian Zafran. "Ishh bak lah sini balik"
"No, tengah spent time dengan i pun you still nak on call dengan lelaki lain?"
"Eleh, bukan orang lain pun sepupu i jugak. Lagipun you tu hah yang tak nak kawan dengan i. Orang bercakap dia palau, sepak karang apa pun tak dapat" Balas Yara Evelynn jengkel.
YOU ARE READING
𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵
Romance✿ 2nd story ✿ ____________ Ian Zafran. Jejaka yang dulu seorang periang bertukar menjadi dingin disebabkan kesalahan yang dia sendiri lakukan. Pertemuan semula dengan gadis itu membuatkan dia nekad untuk mendapatkan balik haknya, hak yang pernah...