Bab 26

421 20 0
                                    



Genap seminggu hubungan diantara Ian Zafran dan Yara Evelynn terjalin dek kerana perjanjian contract tersebut. Dan sejak seminggu itu lah Ian Zafran seringkali mengunjungi office Yara Evelynn untuk mengajak gadis itu keluar makan.

Tanpa menyapa Azfar, Ian Zafran terus meluru masuk ke dalam office Yara Evelynn. "Holla my love"

Yara Evelynn yang sedang menyemak file tersebut panggung kepala ke arah Ian Zafran setelah mendengar suara lelaki tersebut. "Awal you datang harini bie?"


"Sengaja i datang awal sebab i rindu sangat dekat buah hati pengarang jagung i ni" Hidung mancung Yara Evelynn dicuim sekilas.


"Jantung lah, jagung tu makanan Ian Zafran. Btw alang alang you dah sebut ni kan, tiba tiba i rasa nak makan jagung manis pulak. Jom bie kita pergi cari nak?" Ajak Yara Evelynn dengan teruja.


Tergelak Ian Zafran melihat perangai Yara Evelynn yang dirasakan sangat comel baginya. Dia sememangnya sedia maklum akan makanan kegemaran gadis itu.


"Eii jom lah.. I bukan suruh you senyum macam tu, tahu lah hensem tapi senyum lain kali jelah. Sekarang ni jom pergi cari jagung manis then baru kita cari makan untuk lunch" Putus Yara Evelynn. Tangan besar milik Ian Zafran ditarik supaya mengikutinya.


Pandangan dari para staff tidak dihiraukan. Mereka sedia maklum akan kemesraan kedua ceo muda tersebut. Malah ada yang bersetuju dengan hubungan pasangan yang sama cantik sama padan itu.


"Tapi kan i tak tahu nak pergi cari dekat mana laa.. Biasa dekat mall ada kan bie?" Adu Yara Evelynn. Lama sangat tak makan sampai tak tahu mana nak cari.



"Haah ada, jom i bawak you pergi sana"



☁️☁️☁️


Tersenyum nipis Ian Zafran takkala melihat Yara Evelynn yang sedang makan jagung manis dengan penuh berselera. Dah la order 3 cup, tak cukup katanya kalau order satu. Dia layankan aje asalkan gadis cantik itu gembira.

Tangan naik mengelus puncak kepala Yara Evelynn, hidung mancung itu dicium sekilas. "Ishh, i nak makan lah bie.. Sebok aje nak kiss orang bagai" Orang nak makan pun tak senang lah si galah ni.

Terjungkit keningnya mendengar rungutan Yara Evelynn "Amboi, dah dapat apa yang dia nak terus jadi garang dengan i eah. Sepatutnya you kena bagi upah tau sebab i dah belanja ni"

Yara Evelynn mengecilkan matanya memandang ke arah Ian Zafran. "Tak ikhlas eak, nak upah apa? singgit ke dua hinggit? ke dua singgit?"

"Apa yang dua singgit nya sayang.. Cepat habis kan, i dah lapar ni tengok you makan. Sebelum i ngap you baik you habiskan cepat" Ugut Ian Zafran.

Yara Evelynn yang mendengar terus menyuap jagung manis itu dengan laju. Ghisau kalau si galah ni buat betul betul, nak lagi kalau bab tu.

"Zafran?"

Serentak kedua mereka berpaling ke arah sang pemanggil. Terlihat seorang wanita yang cantik berpakaian menutup aurat menengur lelaki tersebut. "Betul lah awaK Zafran. Saya risau takut tersalah orang pulak, nanti tak pasal pasal malu" Ujar wanita tersebut bersama gelakan halus.

Yara Evelynn melihat jengkel ke arah wanita yang menegur Ian Zafran tersebut. Ntah dia rasa macam susss sangat wanita ni.

𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵Where stories live. Discover now