Bab 53

1K 41 4
                                        




Selepas menemui surat misteri di bilik tidurnya, Yara tidak dapat menenangkan diri. Fikirannya penuh dengan persoalan, siapa yang meninggalkan surat itu? Bagaimana mereka boleh menyelinap masuk ke rumahnya yang dikawal ketat?

Dia tahu dia tidak boleh berdiam diri dan memendam perasaan ini seorang diri. Lalu, dia mengambil keputusan untuk keluar dan bertemu dengan Ayla di sebuah kafe yang kepunyaan Ayla sendiri.

Kafe itu tidak begitu ramai pelanggan pada waktu petang. Cahaya jingga dari matahari yang semakin tenggelam menembusi dinding kaca, mewujudkan suasana yang tenang.

Yara melangkah masuk, matanya segera menangkap kelibat Ayla yang sedang duduk di sudut kafe sambil menghirup minuman dari cawan.

Ayla yang perasan kehadiran Yara terus mengangkat tangan, memberi isyarat agar wanita itu datang ke mejanya. Senyuman nipis terukir di bibir Ayla.

Yara menarik nafas perlahan sebelum melangkah ke arah Ayla. Sebaik sahaja dia melabuhkan duduk, Ayla meletakkan cawannya ke meja dengan bunyi perlahan.

"Kau sehat? Lama aku tak nampak kau keluar rumah," Ayla memulakan perbualan, matanya memerhati wajah Yara dengan teliti.

Yara menghela nafas, jari-jarinya bermain di permukaan meja kayu. "Aku sehat, cuma... sibuk. Banyak benda nak difikirkan." Suaranya kedengaran perlahan, hampir seperti bisikan.

Ayla menyandarkan tubuhnya ke kerusi, memerhati rakannya dengan teliti. "Kau okay, kan? Atau ada sesuatu yang kau nak beritahu aku?"

Yara tersentak sedikit sebelum mengukir senyuman kelat. "Aku okay... lebih kurang." Dia menjeling ke luar tingkap, seolah-olah memerhati seseorang.

Ayla mengangkat kening. "Lebih kurang? Yara, kau tak pandai menipu, kau tahu?"

Yara akhirnya menghembuskan nafas berat. Jari-jarinya meramas kain tudungnya sebelum dia bersuara perlahan. "Aku rasa aku diperhatikan, Ayla. Aku tak tahu oleh siapa, tapi... ada benda yang buat aku tak selesa."

Ayla berkerut dahi, tubuhnya sedikit condong ke hadapan. "Diperhatikan? Kau maksudkan ada orang ikut kau?"

Yara menggeleng perlahan. "Aku tak pasti... tapi aku jumpa sesuatu di rumah aku. Surat."

Ayla memejam mata seketika sebelum membukanya kembali. "Kau dah beritahu Ian?"

Yara mengangguk lemah. "Dah, dan dia tengah buat sesuatu tentang ni. Tapi aku masih rasa gelisah."

Ayla mencapai tangan Yara dan menggenggamnya erat. "Kalau kau rasa tak selamat, kau boleh tinggal dengan aku buat sementara waktu."

Yara tersenyum kecil, namun jelas kegelisahan masih terpahat di wajahnya. "Terima kasih, Ayla. Tapi aku tak boleh lari. Aku kena hadap benda ni."

Yara menggenggam cawan kopi yang mulai sejuk di tangannya, memerhati permukaan cecair hitam pekat itu tanpa berkata apa-apa. Sesekali, dia mengusap jari-jarinya di sepanjang bibir cawan, seperti cuba menenangkan diri.

Ayla tidak berganjak dari tempat duduknya. Matanya masih terpaku pada wajah Yara, cuba menafsir apa yang terbuku dalam hati sahabatnya itu.

"Kau pasti nak hadap benda ni sendiri?" suara Ayla perlahan tetapi cukup tajam menusuk pendengaran Yara.

Yara mengangkat kepala, menatap wajah Ayla sebelum mengukir senyuman hambar. "Aku dah penat lari, Ayla." Dia menghela nafas panjang, seolah-olah cuba membebaskan sesuatu yang menghimpit dadanya. "Aku tak nak hidup dalam ketakutan lagi."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵Where stories live. Discover now