Bab 10

938 27 0
                                    


Lelaki itu mengetap rahangnya dengan kuat, sedari tadi dia hanya memerhati kelakuan gadis itu. Hatinya sakit melihat senyuman serta gelak ketawa gadis itu bersama dengan lelaki lain.

"Abang zaf"

Ian Zafran terus panggung kepala ke arah wanita itu lalu dia berdecit perlahan. sumpah rimas dengan adik sepupunya itu.

"Pergi balik abang ada hal" ujarnya lalu meninggalkan wanita itu. Pandai pandai lah kau nak balik macam mana siapa suruh gedik nak mengikut nya.

Wanita itu menghentakkan heelsnya beberapa kali tanda geram. Benci betul lah dia dengan abang zaf, jual mahal sangat! dah orang suka terima aje lah, bukannya aku tak cantik pun. Model kot! hmm!


☁️☁️☁️

Ian zafran menghirup sedikit air kopinya yang panas itu sambil melihat ikan yang berada di dalam kolam rumah orang tuanya itu.

Puan Alina mendekati anak terunanya yang sedari tadi hanya termenung. "Zaf ok ke? ke ada masalah dekat office?" soalnya

"Zaf ok je ma, kenapa? nampak macam tak ok ke?" balasnya sambil tunduk melihat dirinya, kot terpakai baju terbalik ke apa.

"No lah, ni mama nak tanya kenapa tinggalkan Rina sorang sorang dekat mall tu. Kesian dia nangis nangis call mama bagitahu" soal Puan Alina,

Terkejut juga mendengar Zarina, anak suadaranya itu menangis gara gara ditinggalkan oleh Ian Zafran.

"Serius lah ma dia menangis? mengada betul" ujar Ian Zafran, mama dia ni manjakan sangat sepupunya itu. "Tak baik zaf cakap macam tu, dia tu adik sepupu kamu tau so kena jaga dia elok elok"

Ian Zafran mendengus tak suka bila mamanya melebihkan wanita munafik itu. Bukan dia tak tahu kehidupan liar sepupu nya itu, tengah malam masuk club then keluar dengan jantan lain esoknya dengan jantan lain.

Dia tahu sebab dia ada menyuruh anak buahnya untuk memerhati dan mengambil gambar di setiap aktiviti wanita itu kot berguna di masa akan datang, siapa yang tahu kannn.

"Dia bukan adik Zaf pun sampai nak kena jaga dia bagai, dia ada life dia sendiri maa. And one more thing dia bukan isteri or sesiapa yang penting untuk zaf" ujarnya panjang lebar

"Kalau macamtu zaf kahwin lah dengan Rina sekaligus dia dah jadi orang yang penting untuk zaf" Ujar Puan Alina dengan gembira, tak salahkan lagipun sepupu boleh kahwin apa.

Ian Zafran mengeluh kuat di hadapan Puan Alina "Mama please lah tolong jangan sesekali mama nak aturkan life zaf, dengan siapa yang patut zaf kahwin dengan siapa yang patut zaf jaga and siapa yang terpenting untuk zaf itu adalah keputusan zaf sendiri"

"Zaf tak nak disebabkan hal ni hubangan mama dengan Zaf renggang, mama ingat lagi tak apa yang Zaf tanya mama sebelum Zaf pergi sambung study? Zaf tanya mama, mama ok ke kalau Zaf ada girlfriend"

Puan Alina hanya diam mendengar tanpa niat untuk mencelah, membiarkan anaknya meluahkan segala yang terpendam.

"Sebenarnya masa tu Zaf dah ada girlfriend, dia junior Zaf and Zaf sayang sangat sangat dekat dia ma. Tapi bila mama cakap macam tu Zaf putuskan hubungan kitorang. Zaf malukan dia Zaf patahkan hati dia" ujarnya dengan sebak, rasa bersalah sebab telah menyakitkan hati gadisnya itu.

Puan Alina tergamam seketika bila perasan akan suara sebak anaknya itu, lalu tangannya naik mengosok belakang badan tersebut.

"Please maa, kalau mama paksa jugak Zaf kawin or jaga budak tu, zaf akan pindah overseas dan jangan harap mama akan jumpa zaf lagi." ujarnya sambil berdiri ingin beredar

𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵Where stories live. Discover now