Tangan meraba tilam disebelah, mencari susuk yang menemani pada setiap malam. Apabila dirasakan tempat itu kosong segera matanya dibuka. Kaki diturunkan dari katil, ingin mencari kelibat si suami.
Tiba tiba deria hidung nya terbau sesuatu yang agak menarik perhatiannya. Bau makanan!
"Morning hubby" Sapanya setelah melihat susuk tegap tersebut sedang membelakanginya.
"Morning my love, hubby ada buatkan breakfast khas untuk mommy babby" Pinggan yang berisi dua mangkuk sambal itu diletakkan dihadapan Yara Evelynn.
Sekarang mereka sudah berada di rumah, apabila Yara Evelynn dibenarkan pulang pada petang semalam. Kesihatan dirinya juga semakin membaik.
"Hubby tak tahu love nak makan nasi lemak dengan lauk apa, jadi hubby masakkan dua jenis lauk terus. Sambal paru dengan ayam masak merah. Paru goreng pun ada" Ujar Ian Zafran sambil menghidangkan nasi lemak buat si isteri.
Tahu sangat yang Yara Evelynn gemar akan nasi lemak. Nak masak nasi berlauk versi kelantan tak pandai, jadi dia masak nasi lemak aje lah. Dua tu adalah hidangan kesukaan Yara Evelynn untuk breakfast. Makan hari hari pun tak jemu kalau dah nama Yara Evelynn.
Yara Evelynn melihat wajah Ian Zafran dengan perasaan yang bercampur baur. Tak lama air matanya bertakung, "Hubby!.."
"Eahh kenapa nak nangis pulak mommy baby ni?, Hubby masak untuk kesayangan hubby pun salah ke?" Air mata yang mengalir itu disapu lembut.
"Yara terharu lah! Hubby suka ganggu emosi Yara kan" Hinggus yang mahu mengalir itu disedut kuat sehingga menghasilkan bunyi.
Ian Zafran menggeleng kecil, faham akan perubahan emosi ibu mengandung. Sebelum tidur semalam sempat dia mencari ilmu tentang ibu mengandung. Nampaknya dia kena berhati hari dari sekarang, tersilap langkah nanti tak pasal kena tibai.
"Iyer lah love. Sekarang baca doa lepastu makan"
•••
Sedang ralit Yara Evelynn melihat television dia perasan akan kelibat suami yang mula menuruni anak tangga dengan terges gesa. Kening berkerut hairan. "Hubby nak pergi mana kelam kabut je Yara tengok?"
Ian Zafran tersenyum mendengar soalan dari isterinya. "Hubby ada hal kejab. Love ok ke duduk sorang dekat rumah? Ke nak ikut hubby?"
Risau juga dia nak tinggalkan isteri kesayangan sorang sorang di rumah.
Yara Evelynn menggeleng dengan perlahan "Hubby nak pergi mana? kejab je kan? Tak apa lah, Yara duduk rumah jelah. Lagipun perut Yara kenyang sangat ni jadi tak larat nak berjalan"
"Orang kanan hubby, si Simon tu ajak jumpa kejab. Katanya ada hal penting nak bagitahu. Love pasti ok duduk sorang dekat rumah?" Soal Ian Zafran lagi ingin kan kepastian.
"Iyer hubby sayang. Yara ok lah. Dah pergi cepat, nanti boleh cepat balik" Ujar Yara Evelynn sambil menolak badan Ian Zafran dengan perlahan.
"Amboi halau suami nampak. Ok hubby pergi dulu, janji pergi kejab je. i love you sayang" Puncak kepala Yara Evelynn dikucup sekilas sebelum beredar.
Namun belum sempat Ian Zafran memakai kasut dia balikkan tubuh ke arah belakang, berjalan menghampiri si isteri yang terkebil kebil menatapnya dengan riak wajah yang pelik.
Badan Yara Evelynn dipeluk kemas. "Ishh love.. You tak balas pun apa yang i cakap tadi"
Yara Evelynn tergelak kecik. "Oh perasan eah? Yara ingat hubby tak perasan yang Yara tak balas"
YOU ARE READING
𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵
Romance✿ 2nd story ✿ ____________ Ian Zafran. Jejaka yang dulu seorang periang bertukar menjadi dingin disebabkan kesalahan yang dia sendiri lakukan. Pertemuan semula dengan gadis itu membuatkan dia nekad untuk mendapatkan semula haknya, hak yang pernah...
