"Pihak lelaki nak cepatkan akad nikah, dua minggu dari sekarang""What?!!" Nyaring suara Yara Evelynn bergema diseluruh rumah agam Encik Charisan. Tak sampai setengah jam dia pulang dari kelantan, baru saja mahu lelapkan mata. Eah alih alih, Alvian call kata grandpa nak jumpa.
Encik Charisan sudah terbiasa dengan suara Yara Evelynn hanya memaparkan riaksi biasa.
"No way grandpa, Yara tak nak. Lagipun Yara dah putuskan hubungan kitorang semalam, jadi tak ada sebab pihak lelaki nak cepatkan akad nikah. Cincin tunang pun Yara dah bagi balik dekat pihak sana" Terang Yara Evelynn dengan cemas. Ini bukan seperti yang dia mahukan.
"Kalau dah putus, kenapa Tengku Ian Zamri call grandpa bagitahu yang Zafran nak cepatkan tarikh akad nikah" Balas Encik Charisan hairan. Pelik pelik aja lah budak zaman sekarang.
"Mana lah Yara tahu. Ni mesti si jantan tu tak bagitahu Tengku yang kitorang dah putus tunang. Dasar jantan tak guna" Geram betul dia dengan Ian Zafran.
"Apa yang tak guna nya? Tunang kamu tu ke?"
"Yelah. Grandpa tahu tak? Seminggu lepas bertunang haritu, dia langsung tak call atau chat Yara. Jumpa pun tak. Last last Yara dapat tahu dia sebok kehulu kehilir dengan betina lain dalam masa seminggu tu. Eah geram pulak kalau ingat balik. Dasar jantan tak guna, sebelum dapat kemain terkejar kejar. Dah dapat dia buat macam sampah" Sempat lagi dia membebel.
"Zafran Curang?" Soal Encik Charisan dengan terkejut.
"Yelah siapa lagi" Jawab Yara Evelynn
"Tengku Ian Zafran Bin Tengku Ian Zamri? Curang? Kamu ni biar betul" Soal Encik Charisan lagi inginkan kepastian.
"Yelah, grandpa ingat Yara ni saja nak buat drama ke apa? Yara nampak dengan mata Yara sendiri grandpa, diorang tu keluar makan siap bersuap bagai. Melebih lebih, padahal dengan Yara tak ada pun macam tu" Dengus Yara Evelynn dengan kuat.
"Kamu jeles kan? Alelelee" Usik Encik Charisan bersama riak wajah yang mengejek.
"Ish! Grandpa! Orang serious dia memain pulak. Yara tak kira, Yara tetap nak putus tunang. Nanti grandpa bagitahu bfforevehh grandpa tu yang korang tak jadi berbesan" Ujar Yara Evelynn lalu keluar dari ruangan kerja Encik Charisan. Pintu dihempas kuat tanda protes.
☁️☁️☁️
Masuk sahaja didalam bilik, beg tangan dilempar kasar pada sofa yang terdapat dihujung bilik. Rambutnya dikusutkan perlahan, serabut bila memikirkan Ian Zafran.
Dia sendiri pun tak faham dengan lelaki tu, mulut cakap sayang tapi perbuatan sebaliknya. Mungkin lelaki itu masih lagi tidak berubah agaknya. Yelah kalau dulu boleh buat, sekarang pun boleh buat. Masa yang akan datang nanti mesti dia akan buat lagi kan?
"Dasar cowok gila. Katanya sayang tapi curang sama cewek sok solehah kayak setan gitu. Gue sekali liat aja udah tahu si Aisahh itu ada udang disebalik batu. Emangnya belajar sampai overseas tapi tetap aja goblok yah? Ciss" Bebel Yara Evelynn. Terpengaruh teruk dengan sinetron dari negara seberang.
Mesti sekarang Ian Zafran tengah merancang sesuatu kan? Yelah lelaki tu bukan boleh duk diam, tengok lah apa yang jadi sekarang? Sudah diberi kata putus tapi masih mahu percepatkan majlis.
Jari telunjuk mengetuk dagu dengan perlahan, kening berkerut seribu. Cuba memikirkan helah apa yang bakal ditunjukkan oleh Ian Zafran padanya nanti. Mungkin dia perlu bersedia dari sekarang.
YOU ARE READING
𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵
Romance✿ 2nd story ✿ ____________ Ian Zafran. Jejaka yang dulu seorang periang bertukar menjadi dingin disebabkan kesalahan yang dia sendiri lakukan. Pertemuan semula dengan gadis itu membuatkan dia nekad untuk mendapatkan balik haknya, hak yang pernah...