BAB 4

3.4K 273 13
                                    

Helena berbual dengan jurugambar tentang sesi fotografi yang akan dijalankan pada hari ini, sambil melihat beberapa baju sukan keluaran terbaru yang akan dipakai nanti.

"El, tukar baju," tegur Rai daripada belakang.

Helena mengangguk dan menamatkan perbualan dengan jurugambar. Dia masuk ke satu ruangan untuk tukar pakaian.

Seorang wanita masuk bersama kotak yang tersusun tinggi, ke ruangannya. Helena berpeluk tubuh sambil melihat koleksi itu.

"Tak ada warna lain ke? I tak suka warna ni!" Helena silang kaki sambil melihat wanita di hadapannya atas bawah.

"Ni semua warna yang Cik Rai dah setuju, jadi kami tak sediakan warna lain," jawab wanita itu.

Helena menggeleng, tanda tidak setuju. "Tukar warna lain atau..."

"Takpe, awak keluar dulu," potong Rai apabila melihat Helena yang seperti naik angin.

Wanita itu mengangguk lalu keluar, pintu ditutup rapat.

Rai bercekak pinggang di hadapan Helena. Disebabkan sikap wanita itu yang dikatakan seperti diva, banyak syarikat tidak mahu bekerjasama dengannya. Tambahan lagi, khabar angin seperti ini cepat tersebar.

"Hari tu aku dah tunjuk, kau kata okey. Hari ni, tiba-tiba tak okey pula. Apa ni El?" Rai pandang Helena, minta penjelasan.

"Tu hari tu, hari ni aku tak nak," jawab Helena selamba.

Rai mengeluh. Dia duduk di samping Helena yang masih berpeluk tubuh.

"Kalau perangai kau masih ni, susahlah aku nak cari job untuk kau. Ni kau dapat pun, disebabkan si Haider tu!" kalau tak disebabkan gosip yang berlaku di antara mereka berdua, pasti Helena tidak berada di situ sekarang.

Rai merenung sahabatnya yang tidak menjawab.

"Sejak kebelakangan ni, macam ada sesuatu yang tak kena. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?" Rai menyerkap jarang.

"Ada apa-apa, apa? Kau jangan fikir yang bukan-bukan." Helena bangun daripada duduknya.

"Aku bagi kau warning, El. Jangan buat apa-apa yang boleh burukkan nama kau. Tak kesiankan aku ke? Hari-hari stress bila buka media sosial?" Rai seakan-akan trauma mahu menggunakan aplikasi itu, bimbang berita tentang sahabatnya terpampang di sana sini.

"Ya Allah, Rai! Aku nak buat apa? Macamlah kau tak tahu, abang Am tu macam mana. Belum sempat aku buat hal, dia dah terlebih dahulu bagi amaran," jawab Helena. Siapa tak kenal sikap abangnya yang tegas itu.

Rai tarik nafas lega. Lega kerana wanita itu masih memiliki rasa takut dengan abang kandungnya.

"Kau jangan fikir yang bukan-bukan!" Helena mengingatkan sebelum menghilang dengan membawa satu set pakaian sukan ke ruangan lain.

Rai kembali duduk. Telefon bimbit yang berada di dalam genggaman, direnung.


Helena pandang abangnya yang segak mengenakan sut. Dia dipaksa menghadiri satu majlis, menggantikan Irha yang tak dapat hadir.

"Jangan buat muka macam tu. Nanti orang ingat abang Am yang paksa El datang." Ammar mengemaskan kedudukan jam tangan.

Helena memaksa bibirnya menarik senyum.

"El duduk sini kejap. Abang Am nak pergi jumpa orang," pesan Ammar sebelum meninggalkan adiknya sendirian.

Helena mengangguk. Pandangan dihala ke arah abangnya yang mendekati seorang wanita.

"I didn't expect to meet you here, Cik Talia," ucap Ammar.

"Sorry, puan." Ammar betulkan panggilan.

"Hai, Encik Syed. Irha sihat? Dia tak ikut ke?" Natalia melilau, melihat sekitar Ammar.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now