BAB 8

3K 218 5
                                    

Eden bersalaman dengan orang-orang yang berbaris panjang di hadapannya. Dia menghadiri majlis makan tengahari bersama rakyat Malaysia di Luxembourg.

Kedutaan Malaysia di Luxembourg, diselia oleh kedutaan Malaysia yang berada di Brussels.

Majlis itu dihadiri oleh pelajar dan orang-orang Malaysia yang menetap di Luxembourg.

"Eh? Nina?" tegur Zaf yang berada di belakang Eden.

Eden yang sedang bersalaman dengan seseorang, teringat kemalangan kecil yang berlaku beberapa hari lalu.

"Macam mana dengan kereta?" soal Eden.

"Dah settle. Terima kasih, Encik Eden," ujar Nina. Zaf ada menghubunginya dan memberi alamat bengkel kereta yang boleh dipercayai, memandangkan Nina adalah rakyat Malaysia.

"Sama-sama. Kerja dekat sini ke?" tanya Eden.

Nina mengangguk.

Zaf berdehem perlahan kerana Eden berhenti di hadapan Nina agak lama. Walhal, barisan di hadapan mereka panjang lagi.

Eden teruskan langkah yang terhenti. Selesai bersalaman dengan orang yang terakhir, dia menghela nafas.

Eden melihat orang ramai yang berpusu-pusu mengambil hidangan yang sudah disediakan.

"Pergilah makan. Aku nak keluar kejap." Eden memberi arahan kepada Zaf yang mengekorinya daripada tadi.

Zaf mengangguk seraya memberi arahan kepada beberapa orang pegawai, di belakang mereka.

Eden keluar dari ruangan yang dipenuhi rakyat Malaysia dan duduk di sebuah bangku. Matanya tertancap kepada seorang wanita yang leka bermain telefon bimbit, tak jauh darinya.

Dia perhati Nina yang mengerutkan dahi. Tak lama kemudian, wajahnya bertukar serius dan tiba-tiba tersenyum sendirian.

Eden hanya menggelengkan kepala. Terhibur melihat reaksi wanita itu.

Nina yang saling membalas pesan dengan adiknya, gerakkan kepala kerana rasa aura seseorang di sekitarnya. Dia terus berdiri tegak seperti patung, terkejut melihat Eden di situ. Telefon pintar yang dipegang, terlepas dari pegangan.

Dia tertunduk, mengutip semula objek itu. Apabila badan ditegakkan semula, giliran airpods yang melekat di cuping telinga pula yang terjatuh di atas rumput.

Waktu macam nilah, semua benda nak jatuh! Gumam Nina di dalam hati. Dia tundukkan badan sekali lagi.

Eden tersenyum sambil menggelengkan kepala, melihat sikap Nina yang cemerkap itu. Daripada awal pertemuan mereka, sehingga ke hari ini, ada saja kejadian yang tak diingini berlaku.

"Saya tak perasan pula Encik Eden ada dekat sini." Nina melihat kiri dan kanan Eden. Lelaki itu keseorangan, tanpa ditemani sesiapa.

"Okey ke?" tanya Eden.

"Saya okey je," jawab Nina sambil menaruh kembali airpods di telinga, untuk berhubungan dengan ejen Natalia.

"Bukan. Telefon tu, okey ke?" Eden betulkan soalan sambil menahan tawa.

Nina melihat telefon bimbit yang berada dalam genggaman tangan dan hamburkan tawa.

"Baru pindah sini ke?" Eden berbasa-basi.

Nina angguk. Dia berada di luar kerana adiknya tiba-tiba menghubunginya, siapa sangka Eden juga turut melangkah ke tempat itu.

Mereka berbual seketika sebelum Zaf munculkan diri. Perbualan yang sedang rancak, mati dek kehadiran lelaki itu.

"Tuan, semua orang tengah tunggu dekat dalam." Zaf melihat Nina sekilas.

Eden angkat punggung dan hadiahkan satu senyuman kepada Nina yang sedang memandangnya.

"Tuan, jangan macam-macam. Kesian Cik Dira." Zaf mengingatkan Eden tentang wanita yang setia menunggunya di Malaysia.

"Jangan sibuk jaga tepi kain orang." Eden turut mengingatkan orang kanannya itu.

Mereka bersama-sama melangkah ke ruangan yang ditinggalkan tadi. Bibir Eden tak henti tersenyum kepada beberapa orang yang melihat ke arahnya.


Ammar pandang Helena yang duduk menyilang kaki, di hadapannya. Dia keluarkan beberapa keping helaian kertas dan diletakkan di atas meja.

"Apa ni?" Ammar bertanya.

Helena betulkan posisi duduk apabila mendengar suara abangnya yang tegas. Dia tegakkan badan dan mencapai kertas di atas meja.

Kertas itu diteliti sebelum diletakkan semula di atas meja. "El bayarkan bil hospital untuk salah seorang model yang El kenal."

"Yang ni?" Ammar menarik sekeping kertas. Ia diletakkan di atas kertas-kertas yang lain.

Helena gigit bibir. Penyata bank!

"El buat apa keluarkan duit banyak macam ni?" Ammar memandang Helena yang terkulat-kalit.

Helena mula tak senang duduk. Dia kerah otaknya untuk mencari jawapan.

"El?!" bentak Ammar sedikit kuat. Amaun yang dikeluarkan itu bukanlah satu masalah, tapi yang menjadi masalah sekarang, dia dapat rasa ada sesuatu yang dilakukan Helena di belakangnya.

"El buat investment," jawab Helena takut-takut.

Ammar terdiam seketika dan melempar pandangan ke tempat lain.

"Syarikat apa?" Ammar cuba mengorek.

"Biasa-biasa je. Kawan El punya." Helena masih berbohong.

"Ni, apa pula?" sekeping kertas dikeluarkan daripada timbunan kertas di atas meja.

Helena jatuhkan pandangan. Bil kad kredit yang digunakan bagi membeli tiket kapal terbang dan bayar rumah sewa Nina di Luxembourg untuk tiga bulan.

"Sejak bila El jadi pusat charity? Setahu abang Am, El tak pernah ambil tahu pasal orang lain. Orang tu mati, susah, atau tak cukup duit. El tak pernah kisah!" Ammar bertambah curiga.

Helena mula salahkan diri, dia terlupa abangnya yang sentiasa peka dengan tindak-tanduknya.

"El saja nak tolong orang-orang yang ada dekat sekeliling El. Siapa tahu kalau El tolong nanti, dia orang dapat bersihkan nama El," jawab Helena sambil paksa bibirnya tersenyum.

"Helena yang abang Am kenal, tak pernah ambil tahu apa yang orang cakap. Kenapa tiba-tiba..."

"Sebab Luxe. El nak clearkan gosip yang ada, sebab El nak jadi model Luxe," potong Helena.

Ammar menggaru pelipis. Dia kenal jenama mewah yang selalu meniti di bibir adiknya.

"Apa kena mengena dengan Luxembourg?" Ammar kembali ke topik asal.

"Sebab..." Helena rasa seperti mahu menangis kerana tak dapat jawab soalan itu, di saat getir seperti ini.

"Sebab?" Ammar angkat sebelah kening.

"El hantar orang untuk jadi wakil. Bekas model Luxe ada buat workshop dekat sana. Takkan El nak pergi sana tiga bulan, tu yang El hantar wakil." Helena menggoreng sekali lagi sambil berdoa jawapannya itu diterima.

Lama Ammar mendiamkan diri.

"Kalau abang Am tak percaya, boleh tanya Rai." Helena sengaja menyebut nama sahabatnya yang langsung tak tahu tentang perkara ini. Ini kerana Ammar meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada rai, jadi hanya Rai yang boleh jadi penyelamat.

Helena pandang Ammar yang sudah berdiri di hadapannya.

"Jangan cuba-cuba buat perkara yang boleh jatuhkan nama keluarga kita." Ammar mengingatkan sebelum berlalu pergi.

Helena tarik nafas lega.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now