Helena menoleh ke arah jejaka yang sentiasa berada di sisinya. Sejak kakinya terseliuh, sehingga ke hari ini, Haider akan pastikan Helena tidak menggunakan kasut tumit tinggi. Bimbang keadaan kaki Helena bertambah serius.
"Helena, you can't fall in love." Haider mengingatkan kontrak mereka, bukannya dia tak perasan pandangan gadis itu.
Helena menghamburkan tawa. Dia sedar kedudukannya sebagai seorang isteri dan tidak akan sesekali melebihi batas di antara mereka berdua.
Semua yang berada di studio, memandang mereka berdua apabila terdengar suara gelak tawa. Helena pantas menutup mulut dengan tangan.
Haider hanya menggeleng dengan telatah 'teman wanitanya', wajah Helena langsung tak lokek dengan senyuman.
"Mana boleh jatuh cinta, kitakan profesional," balas Helena sambil melihat beberapa orang yang sedang menyusun prop.
Haider mengangguk, bersetuju dengan kenyataan itu.
"Kenapa you tolak offer photoshoot dekat Bali?" Haider tiba-tiba teringat tentang hal ini. Bukannya mudah untuk dapat tawaran daripada seorang jurukamera yang popular dalam industri.
Senyuman Helena perlahan-lahan pudar daripada bibir, semuanya disebabkan Eden yang sudah mengambil passportnya.
"Oh, yang tu sebab..."
"El, Haider, dah boleh start." Rai muncul dari satu arah, perbualan mereka terhenti di situ.
Helena tarik nafas lega. Sebelum ini, dia beri alasan kepada Rai yang dia tidak mahu menerima sebarang tawaran kerja jika dia perlu keluar dari Malaysia.
"Kenapa kau tak bagi tahu aku Eva shoot sekali?" Helena berbisik, dia kerling seorang wanita yang menjeling ke arahnya.
Eva adalah seorang model juga dan berkawan baik dengan Helena. Namun, disebabkan Luxe, hubungan mereka menjadi renggang.
"Kau marah dekat dia lagi ke?" tanya Rai yang sudah faham sangat dengan Helena.
Helena diam membisu, soalan itu dibiar tak dijawab.
"Yang salah Luxe, bukan dia. Sampai bila korang nak gaduh? Industri ni kecil je, El. Mestilah kau selalu terserempak dengan dia." Rai cuba memujuk Helena.
"Dah rezeki dia dapat job daripada Luxe. Mungkin lepas ni rezeki kau pula?" Rai masih tak berputus asa.
"Mungkin sebab aku ni jahat sangat dulu, tu yang macam-macam masalah aku dapat sekarang." Helena terkenang masalah yang diciptanya sendiri.
"Masalah a..."
"El, tahniah." Eva mendekati Helena dan secara tak langsung ayat Rai terhenti.
Helena terkejut mendengar ucapan itu.
"Tah... Tahniah untuk?" Rai menyampuk.
"Perkahwinan kau." Eva berbisik sebelum berlalu pergi.
Rai tutup mulut yang sudah menganga. Tertanya-tanya macam mana berita ini boleh tersebar, sedangkan Ammar sudah pastikan tiada wartawan yang boleh menghidunya.
Helena pandang Eva yang masih tersenyum sinis ke arahnya.
"Macam mana dia boleh tahu?" soal Rai.
"Abang Am kawan dengan abang dia, rasanya dia tahu daripada sini." Helena buat andaian. Ammar memang berkawan baik dengan abang kepada Eva, jadi tak mustahil kalau berita perkahwinannya sampai ke telinga mereka.
Dira pandang sepupunya yang kelihatan berseri-seri. Helena seperti sedang berada dalam fasa bahagia, mungkin dengan lelaki yang sedang digosipkan dengannya.
YOU ARE READING
Cinta Berakhir Bahagia
RomanceAgency Series (3) Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan di...