Helena tarik nafas lega apabila hidangan makan tengahari sudah siap terhidang di atas meja. Dia putuskan membeli juadah tersebut kerana sudah tiada bahan mentah yang dibazirkan.
Dia jeling jam dinding, hampir 2:00 petang. Helena melihat ke tingkat atas, berperang dengan perasaan sendiri kerana masih teringat amaran Eden.
Anak tangga dipanjat satu per satu sambil bersoal jawab dengan dirinya sendiri. Sewaktu sudah berada di anak tangga terakhir, kakinya kaku. CCTV yang berada di satu sudut, ditenung lama.
Jangan cari pasal Helena! Hatinya memberi amaran. Helena kembali turun ke tingkat bawah.
Ting! Telefon bimbitnya berbunyi.
Tuan Eden dalam perjalanan balik Brussels. - Zaf
Bibir Helena mengukir senyum tanpa sedar. Dia tidak perlu sebumbung dengan lelaki itu lagi. Lamunan terhenti apabila telefon bimbit berbunyi, Helena melihat nama yang tertera.
Sudah banyak kali Rai menghubunginya, namun langsung tak diendahkan. Helena hanya menghantar pesan, dia mahu berehat buat sementara waktu.
"ELLL!!!" jerit Rai apabila panggilan bersambung.
Helena menjauhkan sedikit telefon pintar daripada gegendang telinga. Terkejut kerana disapa dengan suara yang begitu lantang.
"Kau pergi mana? Kau tahu tak aku..."
"Aku boleh terangkan semua," potong Helena yang sudah dapat meneka berapa panjang bebelan Rai.
"Kau dekat mana? Aku pergi sana sekarang!" turun naik nafas Rai, menahan marah. Jadual Helena terpaksa ditangguh selama beberapa hari, penat dia bersoal jawab dengan pihak atasan.
"Madden Residences," jawab Helena.
"Sejak bila kau duduk situ?" Rai kerutkan dahi.
"Nanti aku cerita. Kalau kau dah sampai nanti, bagi tahu," kata Helena. Pintu keluar masuk dan lif memerlukan kad akses, jadi dia perlu menjemput Rai di bawah.
Rai bersetuju tanpa banyak soal dan mencapai kunci kereta.
Helena melihat juadah yang terhidang, rasa menyesal mula menyelimuti diri kerana pesan terlalu banyak hidangan.
Helena hulur sebiji cawan kepada Rai yang sedang menikmati pemandangan daripada balkoni.
"View waktu malam mesti lagi cantik, kan?" Rai masih tak dapat alihkan pandangan, rasa tenang melihat kereta yang kelihatan seperti semut daripada atas.
Helena hanya mengangguk.
"Masuklah, kita sembang dekat dalam. Luar ni panas," ajak Helena yang sudah duduk di sebuah sofa.
Rai berjalan melihat sekeliling ruangan itu, dari balkoni, ruang tamu, dapur dan kakinya berhenti di hadapan sebuah pintu.
"Rai..." panggil Helena dan Rai pantas menoleh, kaki dihayun ke arah Helena dan dia duduk bertentangan dengannya.
"Dah berapa lama kau tak pergi kelas pilates?" Rai peluk tubuh. Pandangan melekat kepada Helena yang memakai t-shirt lengan panjang.
Helena diam seketika kerana sedang berfikir, dia angkat tiga jari. Sibuk merancang pelan untuk pastikan Eden jatuh hati kepada Nina, namun semuanya berantakan disebabkan berita majlis pertunangan Eden. Oleh kerana itu, Helena terpaksa tukar rancangan.
"Coach kau call aku, dia suruh ingatkan kau pasal kelas dia. Dah bayar yuran untuk setahun, tapi tak pergi." Rai menggeleng lalu Helena dipandang atas bawah.
YOU ARE READING
Cinta Berakhir Bahagia
RomanceAgency Series (3) Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan di...