BAB 16

2.7K 213 16
                                    

Eden masuk ke ruangan yang ditinggalkan semalam. Dia melihat air mata Helena yang sudah kering.

Baju yang dipegang, dilempar ke satu arah. Ia mendarat di atas kepala Helena yang masih memeluk kaki.

Helena angkat muka. Raut lelaki yang pernah jadi memori indah sewaktu di zaman persekolahannya, direnung.

Eden duduk mencangkung. Rambut Helena diselak tepi dan kedengaran suara gadis itu yang mendengus.

Air muka Helena penuh dengan kebencian, seakan-akan jijik melihat dirinya di situ.

"Helen..." panggil Eden bersama satu senyum manis.

Helena mengetap bibir. Nama panggilan yang digunakan sewaktu mereka bercinta dulu. Tapi, sekarang ia kedengaran begitu asing di gegendang telinganya.

"Kau nak tukar baju sendiri atau nak aku panggil Botak tolong kau?" rambut Helena yang tak terurus, dibetulkan sedikit.

Helena masih tak bergerak dan hanya menjawab dengan jelingan.

"Bo..."

"Eden!" Akhirnya, Helena bersuara.

"Keluarlah. Macam mana I nak tukar baju, kalau you ada dekat sini?" Helena buang pandang ke arah pintu.

Eden menggaru belakang leher sebelum menggeleng.

"Kau kan model. Dah biasa tayang badan dekat orang, kenapa tiba-tiba malu?" Eden yang tak sengaja melihat perut Helena yang terdedah, terus berdiri.

Helena yang perasan pandangan lelaki itu, terus tutup bahagian yang terdedah dengan tangan. Fikirannya mengucap perkataan sabar berulang kali. Dia harus pastikan lelaki di hadapannya itu kekal tenang.

Tak mahu apa yang berlaku semalam, berulang lagi. Kerana Zaf tak semestinya selalu dapat menyelamatkannya.

"I minta maaf," ucap Helena sambil menunduk.

"Kau ingat dengan minta maaf, semuanya kembali asal? Kau ingat dengan perkataan maaf, cukup untuk buat hidup aku jadi macam sebelumnya?" Eden menutup mata seketika.

"Ya, I tahu..."

"Kalau perkataan maaf boleh selesaikan semua perkara, apa guna undang-undang? Polis? Mahkamah?!" suara Eden naik satu oktaf. Dia tundukkan badan sedikit, supaya mata selaras dengan pandangan wanita itu.

"Kau dah hancurkan semuanya, Helana. Daripada dulu, sampailah sekarang! Aku tak tahu apa dosa aku, dipertemukan dengan orang macam kau!" jari telunjuk Eden menunjal kepala Helena.

Helena tidak menepis. Dia hanya berdiam diri kerana tidak mahu bangkitkan kemarahan Eden.

"Kenapa diam? Takut?!" kini, giliran kedua pipi Helena pula yang dicengkam.

Helena mendesis. Rahangnya sakit kerana dipaksa untuk mendongak ke atas.

"Ed... Sakit," kata Helena kerana cengkaman lelaki itu semakin kuat.

"Tahu sakit?! Tapi, kau tak fikir pula perasaan aku, bila kau buat rancangan bodoh kau tu?!" badan Helena ditolak kasar.

Helena hanya tertundu, menahan tangis.

"Pergi mandi, aku hantar kau balik," kata Eden sebelum menghilang.

Helena capai sepasang persalinan yang dilempar kepadanya tadi. Dia melihat Zaf yang berdiri di muka pintu, bersedia mahu menunjuk arah ke kamar mandi.


Helena melihat rumah yang tersergam di depan mata, dia alikan pandangan kepada Eden yang melihat ke luar tingkap sejak daripada tadi.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now