BAB 34

2.7K 243 12
                                    

Helena teringat kejadian yang berlaku minggu lepas, selepas pulang dari rumah ibu mentuanya.

Sejak kejadian itu, batang hidung Eden sudah tak kelihatan. Dia tak tahu ke mana hilangnya lelaki itu, mustahil Eden pulang ke rumah keluarganya kerana ibu mentuanya pasti akan tertanya-tanya nanti.

Baru selangkah masuk ke dalam rumah, lengannya menjadi mangsa lelaki yang berada di belakangnya.

Helena menoleh, memberi amaran supaya Eden melepaskan lengannya.

"Kau sedar tak apa yang kau dah buat?" Eden bersuara.

Helena mengeluh sambil buat muka bosan. Sudah jemu dengan Eden yang selalu naik angin.

"It's a gift for you," tutur Helena yang tersenyum lebar.

"This is not a gift, this is a problem." Eden cengkam lengan wanita itu dengan lebih kuat. Helena yang dulunya sentiasa takut dengannya, sudah perlahan-lahan berubah.

Helena ketawa mengejek.

"Masalah you, bukan I," jawab Helena bersahaja. Dia rentap lengannya dan ia terlepas daripada pegangan Eden.

Helena kembali mengorak langkah. Baru beberapa langkah dia berjalan, badannya kembali terdorong ke belakang semula.

Helena dihempas ke dinding. dia melihat Eden berjalan seperti harimau lapar ke arahnya, menelan liur.

Sudah terlambat mahu rasa takut kerana dia yang mencari pasal daripada awal.

"Kau ingat aku tak tahu rancangan kau?" Eden berdiri di hadapan Helena, dia tenung anak mata Helena.

Helena berpeluk tubuh, dia turut menatap Eden tanda tidak gentar dengan pandangannya. Apa yang dia pasti, dia tak akan mengalah kali ini.

"Mungkin you dah berjaya kucar-kacirkan kehidupan I. Buat keluarga I bencikan I, buat I takde tempat bergantung. Tapi, you silap, Eden. I akan pastikan, you tak boleh hancurkan hidup I!" Helena menjeling.

Eden hamburkan tawa, dia tahu Helena mahu bermain perang psikologi.

"Mesti kau tak tahu, keluarga kau lebih pentingkan Neowood daripada kau, kan?" Eden melihat isterinya yang sedang memikirkan sesuatu.

"Babah kesayangan kau tu, tak pernah kisah pasal kau. Asalkan Neowood kekal jadi syarikat yang tersohor," dahi Helena ditunjal.

"Kau tahu... dia cakap apa waktu aku kata nak kahwin dengan kau dulu?" Eden angkat sebelah kening.

Helena angkat wajah, menunggu jawapan.

"Dia tak kisah, asalkan takde orang tahu pasal berita ni. Sebab apa? Sebab dia risau saham syarikat dia jatuh menjunam. Dia takut pemegang saham hilang kepercayaan, sebab anak sendiri pun dia tak boleh nak jaga, apalagi syarikat besar," ucap Eden yang melihat Helena gigit bibir.

Babah takkan cakap macam tu, dia sayangkan aku. Helena cuba pujuk diri sendiri.

"Dia lebih rela korbankan anak dia, daripada tengok Neowood jatuh." Eden tersenyum melihat Helena yang diam seribu bahasa.

"Kau ni tak penting pun untuk dia, nak tahu sebab apa? Sebab dia dah ada Ammar, dia dah tak perlukan kau," tambah Eden lagi yang sengaja mahu Helena berperang dengan akalnya.

Helena melihat Eden yang kelihatan menjengkelkan, lama.

"Kalau babah tak perlukan I, you takkan beria-ia nak kahwin dengan I, Eden," hujung bibir Helena ternaik sedikit.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now