Helena tercungap-cungap, badannya yang kecil tak dapat menampung berat Eden yang dirasakan seperti batu.
Dengan kudrat yang ada, dia papah tubuh lelaki itu sedikit demi sedikit sehingga mereka berada di hadapan sebuah pintu.
Kad disentuh pada pintu dan ia terbuka. Dia mengheret tubuh lelaki itu dengan saki baki tenaga.
Tubuh sasa milik Eden, dihempas ke atas tilam. Tangannya menyeka peluh yang membasahi dahi.
Nina muncul apabila melihat pintu yang terbuka.
"Saya rasa, kita kena call Zaf." Nina memberi cadangan.
Helena tidak menjawab dan hanya menutup daun pintu. Botol air mineral dicapai dan diteguk kasar.
"Ni your last job," kata Helena selepas menghilangkan rasa haus.
Nina melihat Helena yang menggunakan sisa tenaga dan membetulkan posisi Eden yang terbaring.
"Kerja saya dah selesai. Saya boleh balik, kan?" Nina berpamitan sebelum terdengar suara Helena yang memanggilnya.
"Belum lagi, Nina. Lepas ni, baru habis kerja you."
Nina kerutkan dahi apabila melihat Helena yang membuka kancing baju kemeja Eden satu demi satu.
"El! Awak buat apa?" tegur Nina yang terkejut.
Jari Helena yang berada di butang terakhir, terhenti. Dia pandang Nina yang kelihatan cemas.
"Tak buat apa pun. Saja nak takutkan dia," jawab Helena yang tersenyum. Dia sambung membuka kancing dan baju lelaki itu dilempar ke tepi.
Nina menelan liur. Tubuhnya kaku seperti patung, tak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang.
"Saya... Saya tak naklah masuk campur," peluh dingin di dahi dirasakan sudah cukup untuk menyedarkannya.
Bola mata Nina mengikut Helena yang sedang menarik selimut untuk menutup separuh badan Eden.
"Mana boleh, I dah bayar you. You lupa ke?" Helena menoleh kepada Nina yang pucat lesi.
Nina menggeleng beberapa kali, tak bersetuju dengan kenyataan itu. Eden bukan orang biasa sepertinya. Tak dapat dibayangkan apa yang berlaku kepadanya, serta ahli keluarganya kalau dia masih ikut serta dalam permainan ini.
Manakala, Helena pula daripada keturunan orang yang berduit. Semestinya dia lepaskan diri begitu saja. Apa pula nasib dirinya nanti?
Nina teringat ibunya yang terlantar di hospital.
"El, saya tak nak..."
"Nanti you tak dapat duit. Macam mana dengan ibu you?" Helena angkat kening. Tangan kanan pegang kamera yang tersimpan di bilik itu, sejak pagi tadi.
Nina gigit bibir. Dia terdesak kerana dia perlukan duit untuk menampung kos rawatan ibunya.
"Tak buat apa pun, Nina. You baring sebelah dia je. Lepas I tangkap gambar dua tiga keping, you boleh balik," ujar Helena bersahaja.
Nina yang mendengarnya, rasa mahu pitam. Arahan yang keluar daripada mulut Helena tidak mungkin dituruti.
"Saya tak nak!" Nina masih dengan pendiriannya.
Ni yang aku tak suka orang macam ni. Bukannya aku suruh tidur dengan dia pun! Marah Helena di fikiran.
"Nak berapa? I tambah 10 ribu, nak?" Helena membuat tawaran.
Nina menggeleng.
"20 ribu?" Helena menambah amaun.
Nina masih tetap menggeleng.
YOU ARE READING
Cinta Berakhir Bahagia
RomanceAgency Series (3) Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan di...