Haider kerling Helena yang berada di sisi, entah untuk kali yang ke berapa. Gadis itu kelihatan seperti tak selesa.
"Rai bagi tahu I, you tak sihat. Betul ke?" tanya Haider kepada Helena yang mengenakan kaca mata hitam.
Semalaman dia tak dapat melelapkan mata kerana ketakutan. Helena menggeleng.
"You demam ke?" belum sempat Haider lekapkan tangan di dahi wanita itu, Helena sudah terlebih dahulu mengelak.
Helena tidak mahu sesiapa melihat Haider menyentuhnya, tak mahu kejadian semalam berulang lagi.
"Okay je. Cuma I mengantuk," jawab Helena seraya menarik segaris senyuman.
Helena melihat skrin telefon bimbit yang ada dalam pegangan. Mahu bertanyakan keberadaan Eden kepada Zaf, tapi sehingga kini dia masih mengumpul kekuatan untuk tanya soalan itu.
"Kita orang balik dulu, jumpa nanti." Rai dan Helena berpamitan.
Haider mengeyakan. Pandangan melekat kepada Helena yang lebih banyak mendiamkan diri daripada berbual dengannya. Tak seperti biasa, kerana Helena suka bercerita tentang sesuatu.
Sepanjang pemanduan, Rai asyik melihat belakang. Helena seperti berada di dalam dunianya sendiri. Setiap kali dia bertanyakan sesuatu, mesti dijawab dengan sepatah perkataan sahaja.
Setibanya di Madden Residency, Rai keluarkan beg bagasi Helena. Ia diserahkan kepada Helena yang kelihatan seperti cacing kepanasan.
"Kau kenapa?" Rai kerutkan dahi.
Helena balas dengan senyuman.
"Kau tak nak naik ke? Kita borak..."
"Tak naklah, aku nak rehat. Lagipun, banyak baju nak kena basuh hari ni," potong Rai sebelum masuk ke dalam kereta semula.
Helena masih tercengat di situ, kaki terasa berat untuk diangkat. Dia rasa seperti tidak mahu pulang ke rumah itu.
"Pergilah naik cepat." Rai beri arahan apabila Helena masih berada di situ. Sebagai orang yang ditugaskan untuk menjaganya, dia perlu melihat wanita itu masuk ke dalam bangunan sebelum meninggalkan kawasan itu.
Helena mengeluh, bagasi ditarik perlahan-lahan dan mula mengorak langkah.
Dia berpusing seketika dan melihat kereta Rai sudah hilang daripada pandangan. Helena masuk ke dalam perut lif kurung.
Diakan sibuk, mesti dah balik Belgium. Helena cuba sedapkan hati.
Ting! Pintu lif terbuka dan Helena hanya merenung kosong pintu rumahnya. Berkira-kira sama ada mahu menginap di hotel atau tidak.
Memandangkan kunci kereta tidak ada bersamanya, jadi dia batalkan niat. Bagasi ditarik dengan begitu malas dan kad akses dilekap kepada sebuah objek.
Sewaktu pintu dibuka, dia melihat ruang tamu yang kosong. Helena tarik nafas lega. Dia masuk ke dalam rumah dan menjeling kamera litar tertutup yang berada di luar.
Disebabkan objek tersebut, rambutnya hampir digunting semalam.
Nasib tak jadi. Kalau tak? Tak pasal-pasal dia botak! Helena menggeleng beberapa kali, tak bayangkan wajahnya tanpa rambut.
Sewaktu menarik beg bagasi mendekati kamar, pandangan melekat kepada satu susuk tubuh yang berada di dapur.
Patutlah tak nampak! Bisik hati kecil Helena, dapur mereka agak tersorok dan dia perlu berada di dalam rumah untuk melihat ruangan itu.
Mereka saling bertatapan untuk seketika. Pandangan Helena jatuh kepada kuali leper yang dipegang Eden.
Kerana tidak mahu mengganggu lelaki itu, Helena menyambung langkah yang terhenti.
YOU ARE READING
Cinta Berakhir Bahagia
RomanceAgency Series (3) Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan di...