BAB 12

2.5K 197 10
                                    

Eden yang sedang bersandar pada kerusi sambil memikirkan sesuatu, terganggu apabila pintu dibuka daripada luar.

"Kau dah jumpa perempuan tu?" soal Eden. Rasa marah yang menyelubungi diri, tak akan padam selagi belum bertemu wanita itu.

Zaf menggeleng.

"Tak dapat kesan, tuan. Saya dah check telefon dia, tapi lokasi yang terakhir dekat hotel tu juga," jawab Zaf. Tertanya-tanya apa yang berlaku, sehingga orang atasannya itu memburu Nina.

"Imigresen?"

"Dah. Tapi, tak ada apa-apa maklumat. Jalan tikus pun saya dah check, tetap tak ada." Zaf pasti wanita itu masih berada dalam negara.

Eden angguk. Berpuas hati mendengar jawapan itu. Tiada yang perlu dirisaukan kerana wanita itu masih berada dalam Malaysia. Lambat-laun, orang-orangnnya akan menemui Nina.

"Keluarga?" Eden mengancing butang baju di pergelangan tangan.

"Ayah dia dah takde, mak dekat hospital dan adik dia masih belajar." Zaf hanya perhati Eden yang sedang memikirkan sesuatu.

"Aku nak maklumat pasal adik dia. Mak dia kenapa?" Eden pandang Zaf.

"Sakit. Bila saya buat siasatan, saya rasa ada sesuatu yang pelik." Zaf keluarkan beberapa helaian kertas.

Eden menerima huluran sambil mengerutkan dahi.

"Bil hospital mak dia, selalu tertunggak sebab Nina ada masalah kewangan. Tapi, sejak tiga bulan lepas, dia takde masalah bil dan mak dipindahkan ke wad persendirian," terang Zaf.

Eden meneliti kertas yang diterimanya tadi. Matanya melekat pada satu nama, nama yang buat bayaran selama tiga bulan berturut-turut. Kertas itu direnyuk lalu dilempar ke dinding.

"Aku nak kau pindahkan mak dia masuk hospital lain. Pastikan tak ada mana-mana staf hospital, buka mulut pasal hal ni." Eden keluarkan arahan.

Zaf hanya mengangguk. Tak mahu bersoal jawab apabila melihat mata Eden yang penuh dengan kebencian itu.

"Macam mana dengan adik dia?" soal Zaf.

Eden terdiam seketika.

"Perhatikan dia." Eden tahu, satu hari nanti pasti Nina keluar daripada tempat persembunyiannya, untuk bertemu adik dan maknya yang terlantar di hospital.

Zaf mengangguk sekali lagi dan membuka langkah untuk keluar, sebelum terdengar namanya dipanggil.

"Sharifah Helena binti Syed Mokhtar, siasat dia." Eden memberi arahan.

"Baik, tuan." Zaf keluar daripada ruangan itu sambil mengulang nama yang disebut Eden tadi. Dia cuba mengingati sesuatu dan tak lama kemudian, dia teringat wajah seorang model yang sedang hangat jadi topik perbualan.

Jadi, selama ini Helena menggunakan Nina untuk mendekati dirinya? Apabila dia rasa selesa dan rasakan Nina bukan satu ancaman untuknya, Helena mula menyusun strategi. Hujung bibir Eden ternaik sedikit.

Tak sabar mahu melihat rancangan yang diatur bekas teman wanitanya itu. Tapi, apa yang buat dia tak senang duduk, apabila teringat dirinya yang tak bepakaian di bilik hotel tempoh hari.

Entah apa yang berlaku sewaktu dia pengsan. Eden mengurut pelipis sambil menepis fikiran negatif yang mula menguasai mindanya.


Helena melihat Puan Marissa yang terkocoh-kocoh keluar rumah. Seperti ada sesuatu yang berlaku.

"Mama nak pergi mana?" tegur Helena.

"Rumah mak ngah!" jawab Puan Marissa yang membuka langkah besar.

Helena hanya mengangguk sebelum lengannya ditarik Encik Syed masuk ke dalam kereta. Dia terkebil-kebil melihat Encik Syed dan Puan Marissa bersilih ganti.

"Kenapa abang bawa dia?" Puan Marissa pandang suaminya yang sedang tarik tali pinggang keselamatan.

"Dia rapat dengan Dira. Siapa tahu, dia boleh pujuk Dira nanti?" kata Encik Syed.

Helena akhirnya mengerti situasi yang dihadapi mereka. Dia pasti rumah mak ngahnya sekarang seperti dilanda badai. Bibirnya mengulum senyum.

Sewaktu tiba di rumah Dira, Helena membuntuti Puan Marissa yang terburu-buru masuk ke dalam rumah.

Dari jauh lagi, Helena terdengar suara Dira yang menangis seperti ada kematian. Helena hanya mampu menggeleng kerana mengasihani wanita itu.

"Kenapa? Apa jadi ni?" tanya Puan Marissa, risau melihat Dira yang masih menangis.

Puan Duha bangun dan tarik tangan Puan Marissa ke satu ruangan. Puan Duha mula menceritakan apa yang berlaku.

Helena mengambil posisi yang ditinggalkan Puan Duha, dia peluk bahu Dira yang masih terenjut-enjut menangis.

"Dira, kau okey?" Helena berbasa-basi.

Semakin kuat tangisan wanita itu apabila mendengar soalan tersebut.

"Shhh, tak apa..."

"El, a... Aku... Ke... cewa! Kenapa dia buat aku macam ni," luah Dira yang masih tersedu-sedan.

"Aku faham, tapi kau janganlah nangis macam ni. Kesian dekat mak ngah dengan pak ngah. Dia orang risaukan kau." Helena memujuk.

Dira tidak menjawab dan hanya menangis. Dia kecewa kerana rasa dikhianati.

Seorang lelaki berteriak daripada luar rumah. Encik Syed dan Encik Adnan keluar bersemuka dengan Eden.

"Dira, awak kena percayakan saya!" laung Eden daripada luar.

"Siapa suruh kau datang sini?!" tempelak Encik Adnan yang berang. Dia sudah beri kata putus sewaktu menghubungi lelaki itu tadi.

"Ayah... Eden tak buat semua tu. Eden kena fitnah," terang Eden, cuba yakinkan Encik Adnan.

"Ni yang kau kata fitnah? Tak cukup ke bukti yang ada ni?" Encik Adnan lempar foto yang dibawa keluar.

"Baliklah Eden. Dah takde apa yang perlu dibincangkan lagi." Puan Duha turut keluar, melihat kekecohan yang sedang berlaku.

"Saya boleh terangkan semua tu, tapi bagi saya jumpa Dira." Eden masih cuba memujuk.

Helena yang pasang telinga daripada tadi, pandang Dira yang menggeleng beberapa kali, tanda tidak mahu.

Helena tinggalkan Dira dan melangkah keluar untuk bersama ahli keluarga yang lain. Bibirnya hampir meletuskan tawa, apabila melihat Eden yang berada diluar pagar.

"Dira tak nak jumpa sesiapa," jawab Helena yang kelihatan tenang.

Eden yang melihat susuk tubuh itu, mengepal tangan. Wanita itu adalah dalang disebalik kejadian hari ini.

"Baliklah. Malu jiran-jiran dengar, kamu terjerit-jerit macam ni," tutur Encik Syed yang menarik lengan Encik Adnan masuk ke dalam rumah.

"Jangan datang rumah ni lagi!" Puan Duha beri peringatan sebelum berlalu masuk, diikuti Puan Marissa.

Helena hanya mampu menggeleng. Dia kutip gambar yang berterabur di atas lantai dan mendekati Eden.

"It's just sooo... Satisfying to see you get a taste of your own medicine," hujung bibir Helena ternaik sedikit. Dia kutip gambar lelaki itu satu per satu.

Eden mengetap bibir. Kalau tak disebabkan jeriji besi yang memisahkan mereka, pasti mulut celupar itu sudah makan penampar.

"It's about time you realized how it feels to be left by someone you love, now you will understand how much you hurt me." Helena berbisik. Dia mahu lelaki itu rasa perasaan ditinggalkan.

"It can be really tough to let go someone you care about. Tak sangka, ada orang masih tergila-gilakan aku walaupun dah 12 tahun," sindir Eden.

"I'm just enjoying the fact that you finally know what it feels like to be in my shoes," selesai menuturkan ayat itu, Helena campak kepingan gambar ke luar pagar. Senyuman lebar masih terukir di bibirnya.

Eden melihat bayang wanita itu yang mula hilang. Siapa sangka wanita sebaik Helena, sanggup melakukan hal terkutuk ini, hanya disebabkan mahu melihatnya hancur.

Aku takkan duduk diam! Aku akan pastikan, kau melutut depan aku, Helena! Eden berjanji kepada dirinya, dia tak akan sekali-kali mendiamkan diri.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now