Helena tarik nafas seketika, sebelum sambung melangkah yang. Otot pahanya sakit kerana semalam dia aktiviti senaman dimulakan semula, setelah berbulan-bulan ditinggalkan.
Haider yang perasan langkah wanita di sisinya tampak berbeza, terus menghulurkan lengan. "You okey ke?"
Helena menarik segaris senyuman sambil mengangguk. Lengan Haider dirangkul kerana banyak mata yang sedang memerhati.
Dia memandang ke hadapan semula dan melihat beberapa orang wartawan sedang menghampiri. Helena melepaskan pegangan di lengan Haider.
"Dia orang nak interview you tu. I tunggu dekat bawah tau." Helena ambil beberapa beg kertas yang dipegang Haider.
"Tak payahlah..." ayatnya dibiarkan tergantung kerana Helena sudah terlebih dahulu melangkah pergi. Haider hanya mampu menggeleng.
"Baru ingat nak interview you dengan Helena," seorang wartawan melihat bayang Helena hilang disebalik tiang.
"Dia sibuk sikit," jawab Haider bersama senyuman.
"Dengar cerita... Sekarang ni tengah bercinta dengan Helena, betul ke?" seorang lagi wartawan menghulur mikrofon kepadanya.
Haider tidak menjawab dan masih tetap tersenyum.
"Sejak-sejak dah ada pasangan ni, bukan main lagi. Semua tempat, fashion show, produk, ada muka korang dua," kata wartawan itu lagi.
"Alhamdulillah, rezeki datang melimpah ruah," jawab Haider. Dia tak nafikan kenyataan itu kerana sejak mereka digosipkan bersama, banyak jenama besar yang berebut-rebut mahu jadikan mereka sebagai duta.
Jenama pakaian, produk muka, telefon pintar dan banyak lagi. Jadi, jadual mereka sentiasa padat.
Haider yang baru saja selesai menjawab semua soalan, bergegas turun. Mereka berada di sebuah butik mewah tiga tingkat, kerana mahu mengambil pakaian yang akan dipakai sewaktu menghadiri fashion show esok hari.
"Jom," tegur Haider daripada belakang. Beg kertas yang dipegang Helena, diambil satu per satu, lalu mereka keluar daripada butik.
Helena masuk ke dalam kereta dengan kaki yang terhincut-hincut.
"Kenapa kaki tu?" Haider yang baru selesai menyimpan beg kertas ke tempat duduk belakang, terkejut melihat Helena yang menahan sakit.
"Tadi tergelincir, tak perasan pula ada orang tengah mop lantai," jawab Helena sambil ketawa, teringat dirinya yang jatuh seperti nangka busuk.
Haider menggeleng, pintu tempat duduk penumpang dibuka dan buat isyarat supaya wanita itu duduk.
Helena hanya mengikut arahan. Baru saja melabuhkan punggung, Haider terus mencapai pergelangan kakinya.
"Hari ni, I tengok you jalan macam lain. Kenapa paksa diri pakai heels?" Haider duduk melutut dan lepaskan tali yang terlilit di pergelangan kaki Helena.
"Dah lama tak exercise, biasalah." Helena tersengih sambil perhati Haider yang sedang menggerakkan kakinya ke kiri dan kanan.
"Kita pergi hospital, nak?" Haider mendongak.
Helena geleng.
"Kalau macam tu... Besok you kena pakai kasut, tak boleh pakai heels." Haider mengingatkan.
"Tapi, tak kena dengan baju..."
"Kaki you bengkak ni, jangan degil!" Haider sengaja tekan pergelangan kaki Helena yang sudah berubah warna dan Helena mendesis.
"Haider!" panggil Helena geram.
Bibir Haider mengukir senyum, seronok melihat Helena naik angin.
Helena sempat menjeling beberapa wartawan yang mengintip daripada dalam butik. Dia pasti gambar itu akan tersebar.
"Dia orang tanya pasal you tadi, nak interview. Tapi, you dah lari." Haider pandu kereta dan tinggalkan kawasan itu.
"Malaslah nak jumpa dia orang. Nanti entah apa yang dia orang tulis." Helena mengeluh.
Dia tahu para wartawan hanya mahu panaskan keadaan dan nanti turut menyebut nama Neowood. Padahal, Neowood tiada kena mengena dalam kariernya.
Haider bawa beg kertas dengan menggunakan tangan kiri. Manakala sebelah tangan lagi, sedang memapah Helena.
Helena sentuh sekeping kad dan lif naik ke tingkat atas. Baru hari ini Haider naik ke atas, kerana kebiasaannya hanya Rai seorang yang dibenarkan naik.
Ting! Sewaktu sampai di depan rumah, Helena lekapkan kad akses pada objek hitam dan ia terbuka. Mereka berdua masuk ke dalam rumah, pintu dibiarkan terbuka.
"Thanks, Haider," ucap Helena.
"You duduk sini dengan siapa?" Haider letak beg kertas ke sebuah sofa.
"Rai!" jawab Helena tanpa berfikir panjang.
Haider mencangkung, melihat keadaan kaki Helena sekali lagi. Mereka perlu menghadiri pelbagai acara, jadual yang padat akan menyebabkan kaki Helena bertambah teruk.
"Betul ni tak nak pergi..."
"Tak payah risau, esok lusa okeylah ni." Helena jauhkan kakinya sedikit daripada Haider.
Haider kembali berdiri, wajah Helena direnung.
"Lain kali hati-hati. Kalau apa-apa jadi dekat you nanti, macam mana I nak terangkan dekat Rai?" dengan membayangkan mulut Rai yang tak henti membebel itu, sudah cukup buat kepalanya sakit.
Bibir Helena menarik senyum.
"Oh, ya! Guna kad ni nak turun nanti, esok baru bagi I balik." Helena serahkan kad akses.
Haider terima huluran seraya minta diri untuk pulang. Dia pandang sekali lagi ke arah Helena yang masih berada di posisi yang sama dan pintu ditutup rapat.
Dia tertanya-tanya, di mana sikap negatif yang selalu katakan orang-orang disebalik tabir, kerana Helena tak seperti yang diwar-warkan.
Eden berjalan beriringan dengan Tengku Adam. Tamatlah sudah lawatan rasmi tiga hari yang telah dijadualkan untuk pemangku raja itu.
"Terima kasih, Eden," ucap Tengku Adam.
"Sama-sama, Tengku." mereka berdiri di hadapan sebuah jet peribadi.
"Saya lupa nak tanya, awak dah ada someone special ke?" tanya Tengku Adam ingin tahu.
Eden kerutkan dahi apabila mendengar soalan itu.
"Ada orang suruh tanyakan, bukan saya." Tengku Adam ketawa sambil cuba menutup rasa janggal kerana tiba-tiba bertanyakan soalan peribadi.
Eden turut tertawa dan mengangguk perlahan.
"Tahun ni, tahun terakhir saya ada dekat sini," jawab Eden tanpa berselindung. Sudah hampir tiga tahun dia jadi diplomat di negara ini.
"Nak kahwin ke? Tahniah, jangan lupa jemput saya." Tengku Adam rasa senang mendengar jawapan itu.
Kalau Eden masih belum berpunya, dia mahu perkenalkan seseorang kerana nama Eden selalu meniti di bibir sepupunya.
Mereka bersalaman dan Tengku Adam mula mendaki anak tangga, masuk ke dalam perut jet peribadi.
Telefon bimbit yang bergetar, dikeluarkan daripada kocek sut. Eden terima satu notifikasi daripada CCTV yang berada di luar rumah, ia menandakan terdapat pergerakan.
Skrin layar disentuh dan video mula dimainkan. Eden ketap bibir, apabila melihat perilaku Helena bersama seorang lelaki.
Isterinya sudah berani bawa lelaki lain ke kediaman yang disediakannya sewaktu dia tiada.
Eden buat isyarat dan Zaf berlari ke arahnya.
"Ya, tuan?" Zaf berdiri di sebelah Eden.
"Aku nak tahu, siapa dia ni." Eden hulur telefon bimbitnya.
Zaf mengangguk.
YOU ARE READING
Cinta Berakhir Bahagia
RomanceAgency Series (3) Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan di...