BAB 52

1K 222 15
                                    

Sewaktu kaki berada di anak tangga terakhir, dia terkejut kerana ruang makan hanya diterangi satu lampu kecil.

"Helen, duduk." Eden tarik satu kerusi untuknya.

Helena pandang meja makan yang diterangi lilin. Apabila diperhatikan suasana, dia sudah boleh meneka yang ia adalah candle light dinner.

Dia dekatkan bibir pada lilin, lalu menghembus satu nafas yang agak kuat. Perbuatannya itu menyebabkan api lilin yang marak tadi, terpadam.

Helena ulang perbuatannya sehingga semua api lilin di atas meja padam. Suis lampu dihidupkan dan cahaya putih mula menerangi ruangan yang suram tadi.

Eden yang terkedu, kematian ayat.

Helena duduk di sebuah kerusi, selang satu kerusi daripada Eden. Dia tak mahu dekat dengan suaminya.

"Oh. Awak tak suka makan dalam gelap. Lagipun takut aktifkan smoke detector, kan?" Eden buat andaian sendiri.

Dia berdiri kerana mahu meletakkan nasi ke atas pinggan Helena. Dek jelingan isterinya, niatnya terus terbantut.

Eden kembali duduk.

Rasa takut pula apabila anak mata Helena berubah tajam seperti burung helang yang menunggu masa untuk patuk si pemangsa.

"Tadi... Abang Am tanya, kenapa saya tak bawa bekal."

Helena hanya fokus pada pinggannya.

"Lepas tu, awak tahu dia cakap apa? Abang Am cakap, awak dah tak sayang saya. Sebab tu awak dah tak nak sediakan bekal untuk saya," terang Eden tanpa dipinta.

Helena masih membisu. Dia mula menyuap makanan ke dalam mulut. Baru dua kali mengunyah, bunyi batuknya memenuhi ruang.

Rasa pedas yang datang dari lauk yang diambil tadi, membuat lidahnya terasa pijar.

Eden mendekati Helena bersama segelas air. Ia dihulur kepada Helena yang ragu-ragu mahu menyambutnya. Tapi, disebabkan rasa yang mencucuk-cucuk di lidahnya yang begitu kuat, Helena terus merampas gelas yang di hulur Eden.

Eden melabuhkan punggung di sebelah Helena sambil menepuk-nepuk belakang badan isterinya.

Terima kasih, Kak Siti. Ucap Eden dalam hati.

Sebenarnya, dia yang buat permintaan itu tadi. Dia sengaja minta Siti untuk masak beberapa juadah dengan menggunakan kuantiti cili yang banyak.

Hanya terdapat satu lauk sahaja yang tak pedas dan ia diletakkan di hadapannya. Manakala juadah yang pedas pula, sengaja diletak dekat dengan Helena.

Eden sembunyikan senyuman.

"Tulah awak, gelojoh sangat," tangan Eden masih mengusap belakang badan Helena yang sudah berpeluh-peluh kerana rasa tersebut.

"Kak Siti!!!" laung Helena yang sudah palingkan leher ke arah dapur.

"Dia keluar pergi beli barang," jawab Eden sambil menarik nafas lega.

Dia sudah menjangkakan hal ini, jadi dia suruh Siti keluar untuk beli barang-barang dapur.

Helena menoleh ke sisi. Dia merenung wajah Eden yang kelihatan santai.

Takkan Kak Siti keluar pergi beli barang waktu malam? Helena rasa curiga kerana aktiviti itu biasanya dilakukan di waktu pagi atau tengah hari.

Eden yang mengerti dengan pandangan itu, menarik pinggan Helena dan digantikan dengan pinggannya.

"Nasi awak dah terkena kuah. Awak makan saya punyalah." Eden letak sudu ke celahan jari Helena.

Nasi di dalam pinggan isterinya, di kaup sedikit dan di masukkan ke dalam mulut.

Uhuk! Uhuk! Eden yang terkejut dengan rasa pedas itu, terbatuk-batuk beberapa kali sehingga kulit wajah berubah warna. Rancangan yang diatur memakan diri.

Helena tolak gelas yang di hulur Eden tadi kepada si pemberi.

"Allah tak tidur. Dia nampak apa yang awak buat," ucap Helena sebelum mengangkat punggung.

Eden terpanar. Helena tahu pelannya?

Tak apa, Eden! Pelan A tak jadi, kau ada pelan B. Eden sudah menyiapkan beberapa rancangan untuk Helena.


Helena jeling jam dinding, 9.00 pagi. Namun, Eden masih berselubung di bawah gebar. Dia tertanya-tanya kenapa suaminya tak kerja hari ini.

Nak berlakon sakit depan akulah tu, getus hati Helena.

Sewaktu Eden sudah terjaga dan mahu ke kamar mandi, Helena potong jejaka tersebut.

Pintu ditutup kasar, tepat di depan muka Eden.

Eden sentuh hidungnya yang hampir di tampar pintu bilik mandi.

Tak sampai dua minit menunggu, Helena keluar dan beri laluan kepada Eden untuk masuk.

Helena berdiri tak jauh dari situ, sambil perhatikan jam dinding. Bibirnya membuat pengiraan.

Tiga... Dua... Satu...

"Helen!!!" jerit Eden dari dalam.

Terkejut apabila suhu air panas yang kebiasaannya sama, sekarang rasa seperti dituang dari cerek.

Air panas yang dirasakan seperti baru dijerang itu ditutup laju.

Helena ketawa kecil mendengar laungan tersebut. Puas hati kerana dapat membalas perbuatan Eden.

Dia melihat Eden keluar dengan asap yang berkepul-kepul dari bilik air.

"Seriously, Helen? Are you trying to kill me?" Eden bercekak pinggang.

Terus mati senyuman Helena apabila melihat Eden yang hanya mengenakan sehelai tuala di pinggangnya.

"Seriously, Eden? Are you trying to blind me?" Helena pulangkan semula ayat jejaka itu.

"Awak sengaja buat macam tu, kan?" tanya Eden yang masih bercekak pinggang. Renungan maut isterinya tak dihiraukan.

"Buat apa?" Helena berpura-pura tak mengerti.

"Allah tak tidur. Dia nampak apa yang awak buat." Eden pulangkan ayat yang dituturkan Helena semalam.

"Buat apa?" Helena angkat sebelah kening.

Eden tarik tangan Helena dan dilekapkan ke kulitnya yang kelihatan seperti udang bakar.

"Ni apa?" Sudahlah dia tak berapa sihat hari ini kerana suhu badan yang tiba-tiba saja panas. Mahu berpura-pura sakit, namun Allah makbulkan permintaannya dengan sepantas kilat.

Helena tarik tangan yang menyentuh kulit Eden yang basah, lalu dilap pada baju. "Apa pegang-pegang tangan orang ni? Nak saya repot sexual harassment ke?"

Rasa marah yang baru saja mahu berputik, hilang seperti magis.

Eden tersenyum apabila tersedar yang Helena sudah mula berbicara dan perbualan mereka lebih panjang berbanding semalam.

Helena yang perasan senyuman Eden, baru tersedar akan kesilapan yang telah dilakukannya. Dia sepatutnya berada dalam mod merajuk.

Bagi Helena, suaminya harus diberi pengajaran supaya perkara tersebut tak berulang lagi.

"Nak pergi mana tu, lief?" tanya Eden apabila Helena membuka pintu kamar tidur.

Helena balas dengan jelingan, lalu pintu ditutup agak kasar.

Eden tercengang. Tak sampai seminit angin isterinya berubah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: a day ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now