Bab 43

2.2K 266 26
                                    

Sewaktu sedang sibuk menaip, telefon pejabat di atas meja berbunyi. Eden berhenti menaip dan butang pembesar suara diaktifkan.

"Helena bawakan bekal ke hari ni?" soal Ammar di hujung talian.

"Macam biasa," jawab Eden bersahaja.

"Kalau macam tu, bawa bilik aku." Selesai menuturkan ayat itu, talian diputuskan tanpa menunggu sebarang jawapan daripada Eden.

Eden melihat objek tersebut sambil garu belakang kepala. Tak pernah-pernah Ammar mengajaknya makan tengah hari bersama, tiba-tiba hari ini dia disuruh ke biliknya bersama bekal tersebut.

Meja dikemas dan dia membawa beg makanan bewarna biru naik ke tingkat atas. Dia ketuk sebuah bilik.

"Masuk, Eden," arah Ammar apabila terdengar bunyi ketukan di pintu.

Eden yang rasa kekok, melangkah dengan perasaan berat. Kebiasannya dia hanya bersembang dengan Ammar melalui chat.

"Duduklah dulu. Aku nak kemas meja kejap," tangan Ammar lincah mengumpul kepingan kertas yang berterabur menjadi satu.

Eden hanya mengikut arahan. Beg kecil yang dibawa tadi, diletakkan ke atas meja.

Tak lama kemudian, dia melihat satu beg berwarna kelabu yang diletakkan berhadapan dengannya.

Eden angkat kepala. "Bawa bekal juga?"

"Lepas isteri aku tahu yang El siapkan lunch box untuk kau setiap hari, dia terus buatkan untuk aku juga. Dia tak nak adik ipar dia ni makan sorang-sorang," terang Ammar panjang lebar.

Irha tak mahu Eden rasa keseorangan kerana banyak menghabiskan masa seorang diri. Jadi, dia putuskan untuk memaksa Ammar makan bersama Eden.

"Kesian kau, tak pasal-pasal kena bawa bekal juga." Eden kerling bekas makanan milik Ammar yang sudah dibuka di atas meja.

"Aku okey je. Dapat jimatkan masa daripada kena turun bawah."

Eden buka zip beg yang dibawa. Dia tercengang apabila melihat bekas makanan yang tersimpan di dalam begnya.

Ammar yang melihat Eden sudah bertukar menjadi patung, melirik ke arah tersebut dan menghamburkan tawa.

"Patutlah kau suka bawa bekal dari rumah," perli Ammar apabila melihat bekas makanan berwarna merah jambu dan ada gambar kartun di atasnya.

Eden mengetap bibir.

Sebelum ini, Helena menggunakan bekas makanan biasa dan tiada gambar kartun. Tetapi, hari ini dia sengaja menukarnya. Ada saja idea nakal Helena yang mahu kenakannya.

Dengan langkah berat, Eden keluarkan bekas tersebut dan diletak ke atas meja.

Ammar menjeling isi kandungan bekas tersebut. Ayam masak merah dan tiga ketul nasi putih yang dikepal dan dihias dengan kepingan seaweed menjadi bentuk kucing. Terdapat juga beberapa biji buah anggur hijau yang dicucuk dengan garpu kecil yang comel.

"Tak tahu pula yang kau suka makanan macam ni," ujar Ammar lagi.

Eden hanya mampu menarik senyum. Entah macam mana isterinya tiba-tiba rajin menyediakan juadah ini, tak seperti kebiasaannya. Semuanya berlaku seperti satu kebetulan pula?

"El yang buat semua ni?" soal Ammar lagi. Hairan.

"Kalau bukan dia, takkan Kak Siti pula?" Eden merenung makanan di hadapannya.

Tiba-tiba terdapat satu garpu yang mengambil seketul ayam masak merah miliknya. Eden pandang Ammar yang sudah menganga.

"Jangan." Eden tahan tangan abang iparnya daripada membawa ketulan tersebut ke dalam mulut. Takut Ammar terkejut dengan rasa air tangan Helena.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now