BAB 18

2.3K 189 8
                                    

Zaf masih terkejut apabila Eden tiba-tiba keluarkan arahan supaya dia menguruskan majlis pernikahan secepat mungkin.

"Semua dah settle, tuan." Zaf melihat Eden melalui cermin pandang belakang.

Eden angguk.

"Tapi..." Zaf cuba menyusun ayat.

Eden yang sedang betulkan kedudukan jam tangan, terhenti. Dia beri tumpuan kepada Zaf yang berada di tempat duduk pemandu.

"Nak saya bagi tahu ibu tuan ke?" Zaf takut-takut mahu bertanyakan soalan ini.

"Jangan! Ibu tak patut tahu apa-apa." Eden sudah buat keputusan, dia mahu menyembunyikan perkara ini daripada Puan Nafisah.

Zaf angguk.

Eden kembali teringat wajah Helena, hidung dan mata gadis itu yang merah menyala akibat asyik menangis.

Helena mendekati Eden, dia duduk melutut di hadapan lelaki itu.

"Eden, I minta maaf. Tapi, untuk kali ni, tolong I," suara Helena kedengaran seperti merayu.

"Tolong terangkan perkara sebenar, kita..."

"Sayang! You cakap apa ni? Lepas apa yang jadi, takkan you masih tak nak mengaku?" potong Eden.

Helena yang melihat lakonan lelaki itu, semakin kuat bunyi tangisnya.

"Eden! Cukup!" kata Helena dengan suara yang nyaring.

"Untuk kali ni, I merayu. Tolong terangkan dekat keluarga I." Helena terdesak.

Eden duduk mencangkung, dia raih tangan wanita itu.

"I tak nak kita bergelumang dengan dosa. Kita kahwin, hm?" Eden memujuk.

Helena menggeleng sekali lagi, tidak bersetuju.

Ammar buat isyarat kepada isterinya supaya membawa Helena naik ke bilik, untuk berehat.

"El, kita naik atas dulu ya. El rehat, nanti kita bincang balik." Irha memujuk seraya memeluk bahu Helena naik ke tingkat atas.

"El tak nak, kak! El kena terangkan perkara sebenar." Helena cuba tepis pegangan tangan kakak iparnya, namun wanita itu masih tetap di sisinya.

"Shhh, El rehat dulu." Irha paksa tubuh Helena untuk mendaki anak tangga.

Eden kembali berdiri, tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Saya akan uruskan semua, jangan risau. Terima kasih sebab sudi terima saya sebagai menantu." Eden hulur tangan kepada Ammar, namun tak bersambut. Jadi, dia tarik tangannya kembali.

"Saya balik dulu," ucap Eden sebelum keluar daripada ruangan itu.

Ammar terduduk di atas sofa, masih cuba menghadam apa yang sedang berlaku kepada keluarganya.


Puan Marissa pandang suaminya, masih berdoa Encik Syed tukar fikiran. Mereka semua berada di ruang tamu, Helena pula berada di kamarnya ditemani Irha.

"Saya tak boleh terima keputusan abang! Abang buat keputusan tak bincang dengan kami dulu." Puan Marissa peluk tubuh.

"Habis tu, awak nak saya buat apa? Helena tu dah conteng arang dekat muka kita, dia buat perkara yang tak senonoh dan awak masih nak menangkan dia?" kata Encik Syed yang tak sangka isterinya masih berpihak kepada Helena.

"Tak ada orang tahu, bang. Kita bagi je duit dekat Eden untuk tutup mulut," ujar Puan Marissa.

"Mama, bukan semua perkara boleh diselesaikan dengan duit." Ammar menyelit.

"Habis tu, ingat dengan kahwinkan dia orang berdua tu boleh selesaikan masalah?" sindir Puan Marissa.

"Ini soal maruah, ma. Sepatutnya, Helena yang kena beriya-iya ajak dia kahwin. Bukannya Eden yang merayu dekat kita," balas Ammar. Helena yang perlu dipersalahkan dan bukannya orang luar.

"Keputusan babah muktamad," ucap Encik Syed tenang.

"Abang!" Puan Marissa pandang suaminya tak puas hati.

"Awak nak saya buat apa? Eden tu ada jawatan tau. Macam mana kalau gambar atau video tu tersebar? Macam mana dengan nama baik keluarga kita? Neowood? Orang pandang rendah dekat kita nanti, cakap kita tak pandai didik anak!" dengan hanya bayangkan perkara itu, fikirannya sudah bercelaru.

Puan Marissa mengetap bibir. Mika yang berada di sampingnya, mengusap lengan Puan Marissa supaya bertenang.

Sekarang, dia turut terkena tempias kerana tak dibenarkan ke mana-mana tanpa ditemani mama atau babah.

"Sekarang ni, macam mana saya nak berdepan dengan keluarga Dira?" perkara ini bermain-main di fikirannya kerana ia melibatkan keluarga adiknya.

Encik Syed mengeluh.

"Am rasa, kita rahsiakan dulu benda ni. Jangan ada yang pandai-pandai terlepas cakap depan mak ngah." Ammar memberi cadangan.

"Kita buat majlis yang wajib dulu. Bila tiba masanya, baru kita bagi tahu Dira dengan keluarga dia." Encik Syed turut bersetuju.

Keluarga Dira masih lagi terkejut dengan gambar tak senonoh sebelum ini, kini harus mendengar khabar seperti ini pula. Pasti ada yang tumbang nanti.

"Ikut suka hati abanglah!" Puan Marissa berlalu pergi.

"Kak El macam mana?" Encik Syed pandang Mika.

"Masih sama, asyik nangis," jawab Mika.

Encik Syed sandarkan kepala pada sofa, terlalu banyak yang bermain di fikirannya.

"Babah jangan risau. Am akan pastikan shareholder kita tak tahu pasal ni." Neowood adalah hasil titik peluh turun-temurun keluarganya. Dia tak akan sesekali biarkan perkara ini menjejaskan syarikat.

Encik Syed tarik nafas lega apabila mendengarnya.

"Mika, kalau terjumpa apa-apa artikel, bagi tahu abang Am." Ammar beri tugas itu kepada adik perempuannya yang suka baca gosip di media sosial.

Mika mengangguk. Dia melihat wajah abang dan babahnya bersilih ganti. Mereka kelihatan susah hati.


Sudah beberapa hari berlalu, Helena yang sepatutnya menghadiri beberapa majlis pelancaran produk, terpaksa menarik diri di saat akhir.

Mentalnya berada di paras yang paling rendah sekarang. Selera makannya juga sudah hilang sejak kejadian yang menimpa dirinya.

"El, akak letak baju ni dalam bilik tau." Irha membawa sehelai baju berwarna putih.

Helena yang melihat baju itu mengerti, keputusan babah masih tetap diteruskan.

Matanya tertancap kepada Puan Marissa yang lalu di ruang tamu, Puan Marissa langsung tak buka mulut mahupun menyapa dirinya sehingga ke hari ini.

"Mama..." Helena memanggil.

Langkah Puan Marissa terhenti di satu sudut, matanya melekat pada bingkai gambar yang banyak diletakkan di situ.

Sebuah bingkai dicapai dan dihempas ke lantai. Bunyi kaca yang berderai menjadi kepingan kecil, menyebabkan pembantu rumah terkocoh-kocoh keluar daripada dapur.

"Siti, nanti bersihkan sampah ni!" arah Puan Marissa kepada seorang wanita sebelum kembali mengorak langkah.

Kak Siti melihat gambar Helena yang sedang memegang skrol, gambar sewaktu hari graduasi.

Kemudian, dia lempar pandangan ke arah Helena. Sayu hatinya apabila melihat Helena yang mengerti ia adalah gambarnya.

Helena telan liur yang dirasakan begitu perit untuk ditelan. Dia sudah menjadi orang yang paling dibenci mamanya.

Air mata yang berada di tubir mata, dikesat laju. Terasa hati dengan kelakuan Puan Marissa itu.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now