BAB 27

2.8K 234 15
                                    

Helena keluar daripada kamar mandi sambil keringkan rambut dengan sehelai tuala. Dia melihat Rai yang sedang bersiap.

"Kau nak pergi mana malam-malam macam ni?" tanya Helena sambil mencapai pengering rambut yang berada di bagasi.

"Nak pergi jalan-jalan tepi pantailah. Waktu-waktu malam macam ni, mat saleh suka ambil angin." Rai sembur minyak wangi pada tubuhnya.

Helena hanya mampu menggelengkan kepala. Dia masuk semula ke kamar mandi untuk keringkan rambut.

"Kau tak nak ikut?" laung Rai.

"Tak naklah. Takut ada yang nampak nanti, lepas tu cakap aku pergi parti liar." Helena sudah dapat bayangkan tajuk berita yang bakal terpapar di portal hiburan.

Rai hamburkan tawa. Memang dia selalu melarang Helena daripada terlibat dengan perkara-perkara yang bakal mengundang gosip negatif.

"Kau belum makan, kan? Nak aku belikan apa-apa tak?" Rai terpancul di muka pintu kamar mandi.

Helena menggeleng.

"Kalau aku lapar nanti, aku oder room service," jawab Helena dan Rai mengangguk.

Rai mula membuka langkah, keluar daripada ruangan itu sebelum kembali memandang Helena semula.

"Kau tak keluar dating dengan Haider ke?" Rai tersengih.

"Dia ada ajak aku dinner tadi, tapi aku cakap aku dah janji dengan kau." Helena tidak mahu sebarang perasaan timbul sewaktu mereka bekerjasama.

Helena mengerling Rai daripada pantulan cermin. Wanita itu sedang mengangguk beberapa kali.

"Berapa lama lagi kau nak berdiri dekat sini? Tadi beria-ia sangat nak jumpa mat saleh," sindir Helena.

Rai menayang sebaris gigi lalu melangkah keluar.

Helena kembali keringkan rambut. Hampir seharian berada di bawah terik matahari, kulitnya merah seperti terbakar.

Setelah hampir 10 minit berlalu, loceng berbunyi. Helena yang sedang menyelak helaian buku menu, terhenti.

"Rai ni suka sangat tertinggal barang," bebel Helena sambil berjalan ke pintu. Sewaktu melalui meja mekap, dia mengerling telefon bimbit Rai yang berada di atas meja.

"Mesti kau tertinggal..." ayatnya dibiar tergantung apabila melihat jejaka yang berdiri di muka pintu.

Jantung yang sedang mengepam darah, dirasakan seperti tidak berfungsi. Silapnya kerana tak mengintip daripada celahan lubang kecil, sebelum buka pintu tadi.

Pintu yang ditahan dengan tangan, terbuka luas dek tolakan lelaki tersebut. Eden masuk ke dalam ruangan, tanpa mengendahkan Helena yang kelihatan terkejut.

Sewaktu bayang lelaki itu sudah berada di kamarnya, Helena melihat Botak yang setia berada di tepi pintu dan langsung tak berganjak daripada posisinya.

Helena melihat kiri dan kanan sebelum laju menutup pintu. Bimbang ada mata yang perhatikannya.

Dia mendekati Eden yang duduk di atas sebuah sofa sambil silangkan kaki. "You buat apa dekat sini?"

"Kenapa? Terkejut?" Eden jawab soalan dengan soalan.

Setelah dua bulan berlalu, tiba-tiba lelaki itu muncul. Bukan di kondonya, tapi di sebuah pusat peranginan yang berada jauh dari kondo lelaki itu.

"I tak rasa you patut ada dekat sini sekarang. I takut Rai balik," suara Helena hampir tak kedengaran.

Eden bangun daripada posisinya dan mendekati Helena. Dia pulang ke Malaysia atas urusan rasmi di Wisma Putra. Selain itu, dia merasmikan kafe keduanya yang dibuka di pusat peranginan ini.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now