BAB 13

2.6K 190 16
                                    

Rai melihat cermin pandang belakang. Terdapat sebuah kereta yang asyik mengekori mereka sejak kebelakangan ini.

"El, aku rasa kereta tu ikut kita." Rai buka mulut. Sebelum ini, dia mdiamkan diri kerana bimbang Helena panik.

Helena pusingkan leher ke belakang.

"Kereta warna hitam tu," kata Rai lagi.

Pandangan Helena melekat pada sebuah kereta yang betul-betul berada di belakang kereta mereka. Seolah-olah sengaja mahu memberitahu yang keretanya diekori.

"Reporter kut?" jawab Helena tenang. Dia kembali sandarkan badan.

"Kaya betul syarikat tu, provide Range Rover," kata Rai yang masih mengerling, melihat kereta tersebut.

"Tak pun peminat Haider? Kau pun tahu, peminat dia tu fanatik sikit." Helena bermain dengan telefon bimbitnya.

Tiada apa yang perlu ditakutkan. Dia tak akan teragak-agak sebarkan aib lelaki itu kepada media, kalau Eden mengupah orang untuk menakut-nakutkannya.

"El?" Rai panggil Helena yang sudah termenung jauh.

"Hm," jawab Helena bersahaja.

"Abang Am call aku hari tu." Rai melihat Helena melalui cermin pandang belakang.

"Sejak bila Luxe buat workshop dekat Luxembourg?" Rai cuba membaca raut Helena yang berubah.

Helena tersengih.

"Kalau nak tipu abang Am, bagi tahu aku dulu. Nasib aku ni pandai, kalau tak?" Rai hanya menggeleng.

"Sorry, Rai. Aku tak tahu dia call kau betul-betul." Helena sangkakan Ammar tak akan menghubungi Rai, namun telahannya salah.

"Kau buat apa, sampai abang Am call aku?" Ammar jarang menghubunginya, jadi dia tertanya-tanya apa yang sudah dilakukan oleh Helena.

"Biasalah, overspending," jawab Helena bersahaja.

Rai hanya mengangguk. Tidak mahu ikut campur dalam masalah keluarga Helena kerana dia orang luar.

Helena menatap skrin telefon bimbit yang berbunyi. Panggilan daripada nombor yang tak dikenali, jadi dia biarkan.

Apabila melihat tiga panggilan tak berjawab daripada nombor yang sama, akhirnya Helena putuskan untuk menjawab.

"El!!!" jerit Nina di hujung talian.

Helena menjauhkkan objek tersebut daripada gegendang telinga. Terkejut kerana disapa dengan suara jeritan.

"Awak tipu saya, El!" kata Nina yang berang.

Helena kerutkan dahi. Tak mengerti apa yang sedang berlaku.

"Ni..." hampir saja bibirnya menyebut nama wanita itu di hadapan Rai. Nasib sempat ditahan.

"Okey, tarik nafas dulu. Tipu apa ni?" Helena cuba tenangkan Nina.

Turun naik dada Nina, menahan marah.

"Kenapa call? I dah cakap sebelum ni, semuanya kena melalui e-mel!" hambur Helena apabila tersedar sesuatu.

Nina mendengus kasar.

"Adik saya cakap, ibu tak ada dekat wad. Dia pergi mana? Kenapa awak pindahkan dia sesuka hati?!" Nina terkejut apabila diberitahu adiknya.

"Tak ada? Maksudnya?" Helena garu kepala.

Kali terakhir dia melawat ibu Nina, adalah sebelum kejadian yang menimpa keluarga Dira. Selepas itu, dia sibuk di set penggambaran.

"Ibu hilang!" suara Nina naik satu oktaf.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now