Bab 50

2.3K 298 31
                                    

Sewaktu pulang tadi, dia sempat singgah ke sebuah kedai bunga. Dia tertanya-tanya sama ada isterinya terasa hati dengan sikapnya atau Helena terlupa mahu selitkan nota di dalam beg makanan yang selalu dibawanya.

Setiap kali dia makan bekal yang dibawa, dia tak sabar mahu membaca nota yang ditulis Helena.

Tapi, hari ini nota tersebut tiada. Dia sudah selongkar beg biru tersebut beberapa kali, namun masih tak menemuinya.

Telefon bimbit yang berdering, dilekapkan ke telinga.

"Awak dekat mana sekarang?" soal Helena yang terdengar seperti tergesa-gesa.

"Dalam lif, kenapa..."

Tettt. Panggilan diputuskan begitu saja.

Eden melihat skrin telefon bimbit yang sudah gelap. Dia dapat menghidu ada sesuatu yang tak kena dengan isterinya.

Takkan Helena sudah berani mengajak Haider masuk ke dalam rumah? Akalnya sudah mula buat andaian negatif.

Sewaktu sudah sampai di depan pintu, belum sempat tangannya menyentuh tombol pintu, ia sudah terlebih dahulu terbuka dari dalam.

Helena yang melihat Eden memegang sejambak bunga, kaku.

Eden yang turut terkejut apabila sebiji kek disua kepadanya, hanya kelipkan mata beberapa kali.

Masing-masing terkejut dengan kejutan yang diterima.

"Happy birthday, Eden," ucap Helena yang kembali ke dunia nyata.

Nasib dia ternampak satu e-mel yang mengucapkan selamat hari jadi, sewaktu sedang menggunakan iPad Eden semalam.

Jadi, hari ini dia kelam-kabut membuat persiapan untuk meraikan hari lahir suaminya.

"Cepat tiup lilin tu," tegur Helena apabila Eden tak bergerak daripada tadi.

Melihat lilin yang semakin pendek, Eden terus meniupnya. Kek diambil dengan tangan kiri, tangan kanan pula menghulur bunga yang dipegang.

"Untuk saya ke?" Helena menerima huluran. Lalu, dia dekatkan hidungnya untuk menghidu bunga tersebut.

"Takkan untuk Kak Siti pula?" Eden sangkut tangan ke atas bahu Helena dan mereka berdua masuk ke dalam rumah.

"Hari ni hari jadi awak. Tapi, kenapa saya pula yang dapat hadiah?" Helena masih perhatikan bunga yang berada dalam pelukannya.

"Saja. Nak buat surprise untuk awak. Tapi, saya pula yang dapat surprise," balas Eden yang rasa senang dengan senyuman Helena yang tak lekang di bibir.

Helena yang teringatkan sesuatu, menarik tangan Eden ke meja makan.

"Banyaknya makanan." Eden melihat satu per satu hidangan di atas meja.

"Saya sediakan semua ni dari pagi. Kak Siti nak tolong, tapi saya tak bagi," terang Helena yang rasa bangga dengan dirinya kerana dapat menyiapkan semua juadah tersebut tanpa bantuan sesiapa.

Kek yang dipegang daripada tadi, diletak ke atas meja. Tangan Helena diraih dan Eden mula meneliti jari isterinya, mencari sesuatu.

"Awak cari apa?" Helena turut melihat jarinya.

"Luka."

Sepatah perkataan yang membuat senyuman Helena semakin lebar.

"Saya dah pro bab masak." Tangan dijatuhkan ke sisi.

"Yalah tu. Entah-entah Kak Siti tolong awak." Eden tarik sebuah kerusi untuk Helena, lalu dia turut melabuhkan punggung.

"Hari ni, Kak Siti cuti." Helena sengaja suruh Siti pulang hari ini kerana dia mahu menyiapkan kejutan ini tanpa bantuan sesiapa.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now