Pagi tadi, sebelum Eden berangkat kerja, dia menghantar Helena ke rumah kedua-dua orang tuanya atas permintaan Helena sendiri.
Katanya dia bosan duduk di rumah dan sudah lama tak berbual dengan Puan Marissa.
Selepas itu, Helena minta kebenaran untuk bertemu dengan sahabatnya.
Eden tak banyak soal kerana dia tahu Rai adalah orang yang dimaksudkan isterinya.
Lagi 5 minit saya sampai. - Eden
Okey. Nanti dah sampai bagi tahu saya. - Helena
Helena ada menitip pesan tadi supaya mengambilnya di sebuah kafe selepas dia pulang dari kerja nanti.
Sewaktu memandu, Eden teringat pesan Hanz.
"Mungkin Allah bagi kau peluang ni untuk tebus kesalahan kau. Helena hilang ingatan, kan? Ambil peluang ni, tukar kenangan pahit tu jadi manis."
Dia hanya menceritakan sebahagian saja. Sebahagian lagi, disimpan rapi. Biarlah aib yang terjadi sebelum ini, hanya dia dan Helena yang tahu.
Dia cuba membenci Helena, tapi hati kecilnya tak boleh membohongi diri.
Perasaan yang sudah lama terkubur, kembali mekar melawan benci dan dendam yang cuba menguasai diri.
Helena kembali menghidupkan rasa cinta di dalam hatinya yang sudah lama mati.
Setibanya di hadapan sebuah kafe, Eden menghantar mesej kepada Helena untuk memaklumkan keberadaanya.
Sewaktu sedang menunggu, Eden melihat Helena keluar bersama seorang jejaka tinggi lampai.
Dia kecilkan matanya. Haider?
Eden tercari-cari susuk lain pula. Mencari bayang Rai di belakang meraka, namun hampa.
Ponnn! Eden sengaja bunyikan hon kerana Helena dan Haider masih berbual. Langsung tak mengendahkannya yang sudah menunggu.
Helena dan Haider berpaling ke arah bunyi bising itu.
"Tu kereta suami you ke?" soal Haider.
"Haah. Ada kereta kut dekat belakang dia?" Helena buat andaian.
"I balik dululah. Thanks, Haider" tambah Helena lagi.
"Anything call je I," balas Haider. Dia hanya mahu membantu Helena untuk kembalikan memorinya sewaktu mereka bekerjasama sebelum ini.
Ponnn! Kereta yang dipandu Eden berbunyi sekali lagi.
"Okey. Bye, Haider," ucap Helena yang tergesa-gesa berpamitan.
Haider hanya melihat bayang Helena yang perlahan-lahan hilang masuk ke dalam perut kereta.
Helena hempas pintu.
Eden yang baru saja menekan pedal minyak, dipandang lama.
"Tak boleh sabar ke?" luah Helena yang geram.
"Kenapa awak tak bagi tahu awak keluar dengan Haider?" Eden langsung tak menoleh ke sisi. Panas hatinya teringat mereka berdua yang berbalas senyuman tadi.
"Saya dah tanya awak tadi. Lepas tu, awak cakap pergilah." Pandangan masih melekat pada wajah kacak suaminya yang tiba-tiba ketat.
"Awak tak bagi tahu pun, awak nak keluar dengan Haider. Saya ingatkan awak keluar dengan Rai."
"Dah awak tak tanya. Takkan tiba-tiba saya nak sebut nama dia?" Helena pertahankan diri.
Eden diam membisu.
Kalau dia tahu jadi seperti ini, dia tak akan sesekali belikan telefon bimbit untuk Helena. Biarlah Helena berdangdut dengan Siti di rumah.
YOU ARE READING
Cinta Berakhir Bahagia
RomanceAgency Series (3) Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan di...