Helena yang rasa lapar, mula tak senang duduk. Mahu keluar, tapi takut terserempak dengan suaminya.
Dia berjalan menghampiri pintu, telinga dilekapkan untuk mendengar keadaan di luar. Namun, tiada apa yang kedengaran.
"Nak keluar ke tak nak? Tapi, lapar." Helena mengusap perut yang asyik berbunyi daripada tadi.
Helena mengeluh kasar. Biarlah apa pun yang berlaku, dia harus utamakan perutnya yang minta diisi.
Lehernya dipalingkan ke kiri dan kanan. Bayang Eden langsung tak kelihatan. Jadi, dia putuskan keluar daripada kamar. Langkahnya diatur dengan berhati-hati, tak mahu menghasilkan bunyi.
Sewaktu melalui meja makan, mata tertancap pada sesuatu. Dahinya berkerut apabila melihat sekeping nota.
No more online transaction from now on!
Nota kecil itu dibelek beberapa kali. Helena melihat objek yang berada di bawah kertas kecil tersebut.
Kenapa dia tiba-tiba tinggalkan telefon ni? Helena mula tertanya-tanya dan tak lama kemudian, apabila tersedar sesuatu. Helena berlari ke arah tas tangan yang berada di atas beg bagasi, di hadapan kamarnya.
Dia mula mencari sesuatu dan apabila tidak menemui objek tersebut, Helena terbalikkan tas tangan ke atas meja. Semua isi kandungan yang ada di dalam tas, keluar.
Memang seperti yang disangka, telefon bimbitnya hilang! Helena ketawa seorang diri. Dia baru bercadang mahu pindah ke rumah lain dan kini, pelan itu terpaksa dibatalkan.
Tak cukup dengan kad bank yang diambil tempoh hari, kini giliran telefon bimbitnya pula. Jadi, dia kehilangan sumber utama untuk keluar daripada rumah ini dan perlu bergantung sepenuhnya kepada Eden.
Helena menghenyakkan punggung ke atas kerusi. Dia mengeluh sambil mengenangkan nasib.
Sudah berkira-kira mahu meminjam wang daripada Rai, namun takut diajukan pelbagai soalan pula nanti.
Telefon bimbit yang ada di hadapannya, tiba-tiba berbunyi. Helena melihat nama yang tertera, dengan rasa malas dia lekapkan pada telinga.
"How miserable is it to live as a beggar?" Eden senyum sendirian sambil melihat skrin iPad. Wajah isterinya seperti ayam berak kapur.
"Kalau you ingat, dengan cara ni boleh buat I tunduk dekat you. You silap, Eden," balas Helena. Walau apa pun yang berlaku, dia tidak akan menyerah kalah.
"Tapi, takpe. Teruskan! Senang I nak failkan cerai," sambung Helena lagi yang merujuk kepada nafkah.
Dia dapat dengar dengan jelas, suara Eden yang tertawa seperti mengejeknya di hujung talian.
"Tuan, flight kita dah nak berlepas," tegur Zaf yang berada berdiri di hadapannya.
Eden mengangguk, dia perlu tamatkan perbualan.
"Mulai dari hari ni, Botak ikut kau. Aku tak nak tengok jantan tu jejakkan kaki dekat rumah aku lagi! Kalau kau nak tengok dia masuk emergency, cubalah." Eden beri peringatan. Suaranya berbisik, namun kedengaran tegas.
Helena menelan liur. Belum sempat dia membalas, panggilan sudah diputuskan.
Telefon bimbit dicampak kasar ke atas meja. Dia bersandar pada kerusi dan fikiran melayang kepada ayat yang diucapkan Eden tadi.
Aku tak nak tengok jantan tu jejakkan kaki dekat rumah aku lagi. Ayat ini berulang kali dimainkan, di mindanya seperti kaset.
"Macam mana dia tahu, Botak bagi tahu ke? Tapi, dia baru bagi tahu yang Botak ikut aku hari ni. Maksudnya, sebelum ni Botak tak ikut aku?" Helena buat andaian. Dia mengangguk, bersetuju dengan kesimpulannya sendiri.
YOU ARE READING
Cinta Berakhir Bahagia
RomanceAgency Series (3) Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan di...