Eden masuk bilik yang dihuni Helena. Dia melihat Helena yang sedang memeluk kaki di sudut, t-shirt yang dipakai kelihatan sudah koyak.
Helena langsung tak angkat muka, apabila mendengar suara seseorang yang ketawa. Siapa lagi kalau bukan Eden.
Eden duduk mencangkung di hadapannya. Rambut Helena yang kelihatan tak terurus, diselit di tepi telinga.
Helena angkat muka, matanya kelihatan seperti bola api. Dia rasa apa yang berlaku beberapa jam lalu, seperti satu mimpi ngeri.
"Kenapa tengok aku macam tu? Kau patutnya jijik dengan diri sendiri! Kalau bukan sebab Zaf, mesti sekarang ni Botak tengah berseronok," bibir Eden mengukir senyum. Gembira melihat Helena yang ketakutan.
Helena membalas dengan jelingan maut.
"Botak!" Eden sengaja melaungkan nama itu, padahal dia tahu Botak sedang menghantar Nina pulang.
Nina sudah berada di situ selama beberapa hari. Dia yang paksa Nina supaya menghubungi Helena dan mengumpannya keluar berseorangan.
"Eden..." Helena menggeleng.
"I minta maaf." Helena kembali menunduk.
Eden yang mendengarnya, merasakan perkataan itu begitu mudah diucapkan Helena. Sedangkan dia? Dia harus berhadapan dengan aib yang telah disebarkan Helena. Eden yang berang, mula mencengkam leher Helena.
"Minta maaf? Huh?!"
Helena terkapai-kapai mencari oksigen. Tangannya cuba meleraikan cengkaman itu, namun langsung tak membuahkan hasil.
"Ed," panggil Helena perlahan.
Semakin kuat cengkaman Eden apabila mendengar namanya meniti di bibir wanita itu. Dia benci mendengarnya.
"Tuan!" tegur Zaf daripada belakang, seraya melepaskan tangan Eden daripada terus menjerut leher Helena.
Helena terbatuk-batuk beberapa kali, selepas lehernya dilepaskan.
"Kau..."
"Flight ibu tuan, lagi dua jam." Zaf menyebut penerbangan Puan Nafisah ke Brussels.
Eden meraup wajah. Hampir terlupa tentang ibunya.
"Call Botak. Suruh dia patah balik." Eden beri arahan, sebelum keluar meninggalkan Helena yang tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.
Langkah terhenti sewaktu berada di pintu.
"Zaf, kau tahukan kerja kau?" Eden pandang Zaf. Soalannya itu adalah amaran kepada Zaf, supaya tak lepaskan Helena pergi.
Zaf pandang Helena dan mengangguk.
Mereka berdua tinggalkan Helena seorang diri dan pintu dikunci rapat. Helena tertanya-tanya sekarang jam berapa, bimbang keluarganya panik.
"Zaf?" Helena tahu Zaf sedang berjaga di depan pintu.
Zaf diam membisu, tak menyahut.
"Boleh lepaskan I, tak? I janji, I takkan bagi tahu sesiapa pasal ni." Helena cuba memujuk.
Lama dia menunggu, namun Zaf masih tidak menjawab.
"You nak duit ke? You nak berapa, Zaf? I boleh bagi, tapi tolong lepaskan I." Helena masih mencuba nasib.
Zaf buat-buat tak dengar.
"Zaf?" Helena memanggil.
Zaf mengeluh, dia tak akan terpedaya dengan semua tawaran itu. "Tuan Eden garang, saya nasihatkan cik jangan cuba nak pancing saya."
Helena kembali bersandar pada dinding kerana cubaannya tak berjaya.
Eden tarik nafas lega, Nina sudah menjelaskan perkara sebenar kepada ibunya sebelum Puan Nafisah berlepas ke Belgium. Dia juga harus pulang segera, kerana sudah banyak kerja yang tertangguh.
Pada awalnya, Puan Nafisah sukar menerima penerangan Nina. Sehingga Nina terpaksa tunjuk bukti transaksi di akaunnya.
Puan Nafisah juga sudah meneliti gambar yang ada di dalam telefon bimbitnya dan bentuk muka Nina.
Eden mengambil masa yang lama untuk tenangkan ibunya. Nasib Nina hanya menerima tamparan dan tak lebih daripada itu.
"Zaf!" Eden panggil Zaf yang berada entah di mana.
Terkocoh-kocoh Zaf masuk ke ruangan itu.
"Dia buat apa?" Eden menjeling jam, sudah hampir 2 pagi.
"Tidur. Tuan nak saya kejutkan dia ke?" Zaf sangat mengenali Eden dan majikannya itu tak akan sesekali bertindak kasar seperti tadi.
Dia tahu Helena sudah melampaui batas, Eden pula naik angin apabila asyik diprovokasi. Nasib dia sempat halang Eden daripada buat sesuatu, tanpa dia sedar. Kalau sesuatu berlaku nanti, dia dikira bersubahat.
"Kau suka dia ke?" soal Eden, tanpa berselindung.
Zaf menggeleng laju.
"Habis tu, kenapa tolong dia?"
"Saya tahu tuan marah, tapi bukan ni caranya. Mungkin tuan boleh ajar dia dengan cara lain?" kata Zaf.
"Dah pandai nak mengajar aku sekarang?" Eden peluk tubuh.
Zaf menggeleng lagi.
"Fail?" Eden menghulur tangan dan Zaf menghulur fail berwarna hitam.
Eden baca maklumat yang diselidik Zaf dengan teliti.
"Ni video yang tuan nak," iPad diletakkan di atas meja dan sebuah video mula dimainkan.
Eden angguk lalu bangun daripada duduknya. iPad turut dibawa keluar.
"Pastikan perempuan tu tak lari!" Eden beri peringatan sekali lagi.
"Tuan..." Zaf memanggil, dia teringatkan sesuatu.
Eden menghentikan langkah dan berpusing.
"Dia tak makan lagi. Takpe ke?" Zaf kedengaran bimbang.
"Tak mati pun kalau tak makan sehari," jawab Eden yang kembali melangkah.
"Tuan!" panggil Zaf, sekali lagi dan dia dapat dengar dengan jelas suara Eden yang mendengus. Berang kerana asyik dipanggil.
"Apa?! Apa lagi yang kau nak, Zaf? Kau nak suruh aku bawa dia balik ke?" tempelak Eden, geram.
Zaf tayang sebaris gigi yang tersusun rapi.
"Baju dia koyak. Boleh tak kalau saya..."
"Kenapa? Kau terliur tengok dia?" potong Eden.
"Bukan macam tu, saya okey je. Tapi tu hah, Botak tu. Asyik kehulu-hilir depan pintu bilik dia." Zaf menjuihkan bibir kepada Botak yang berdiri tidak jauh daripada mereka.
Eden mengeluh. Botak dipanggil dan Eden memberi arahan kepadanya untuk pulang. Hanya Zaf seorang yang akan berjaga di situ.
"Ada apa-apa lagi yang kau nak? Kalau kau suka sangat dengan dia, pergilah ajak dia kahwin," sindir Eden.
Zaf hanya tersengih.
"Tuan, satu lagi..."
"Apa lagi Zaf?!" Eden menghela nafas panjang. Dia tahu Zaf sengaja mahu mengukur tahap kesabarannya.
"Esok tuan bawakan dia baju, boleh? Kesian saya tengok dia, asyik pegang baju dia macam tu." Zaf kembali teringat Helena yang tak selesa setiap kali dia dan botak lalu di hadapan ruangannya.
Eden melangkah pergi, tanpa berkata apa-apa. Cukup untuk hari ini dan dia tidak mahu menambah beban di fikiran.
Kaki Eden terhenti, badan masih tetap di posisi yang sama. "Aku ada bawa selimut, ada dalam kereta. Nanti bagi dia."
Zaf melihat Eden yang sudah menghilang masuk ke sebuah ruangan. Dia tersenyum sendirian.
Ini adalah majikan yang dikenalinya. Eden bukan seorang lelaki yang suka ambil kesempatan.
YOU ARE READING
Cinta Berakhir Bahagia
RomanceAgency Series (3) Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan di...