Eden sudah buat keputusan muktamat. Dia tak mahu mensia-siakan peluang ini. Helena adalah isterinya yang sah, jadi tiada masalah kalau dia mahu perbaiki hubungan mereka supaya jadi lebih rapat.
Apa yang berlaku sebelum ini, biarlah ia terkubur di masa lalu.
"Helen... Sini kejap." Eden panggil Helena yang sedang sibuk bermain game di telefon bimbitnya.
"Hmm," jawab Helena, ringkas.
"I think it would be good for us to catch up on a few things," terang Eden.
Helena masih tak bergerak dari posisinya. "Cakap jelah. Saya dengar."
Eden perhatikan isterinya yang begitu leka dengan telefon pintar di tangan. Sudah kelihatan seperti anak kecil yang ketagih dengan gajet.
"Sharifah Helena!"
Helena yang mendengar nama penuhnya disebut, telengkan kepala ke tepi.
"Saya ada buat salah ke?" Seingatnya, dia tak ke mana-mana hari ini dan langsung tak mengganggu Eden.
Telefon bimbit diletak tepi. Dia berjalan mendekati Eden yang sedang duduk di sebuah sofa.
"Awak nak cakap pasal apa?"
"Kita," jawab Eden sepatah.
"Kenapa dengan kita?" Helena beri tumpuan sepenuhnya kepada Eden. Rasa takut pula apabila wajah suaminya langsung tak dihiasi dengan secalit senyuman.
"Kita mula dari awal, nak?" Eden sengetkan badan ke arah Helena.
"Maksudnya?"
"Kita kenal dari awal. Kan awak tak ingat apa-apa pasal saya. Tak adillah untuk saya yang ingat semua benda pasal awak," terang Eden yang sudah mengatur strategi.
Helena anggukan kepala. Bersetuju dengan cadangan itu.
Eden mula menceritakan tentang hobinya, perkara yang digemari dan makanan kesukaannya.
Dia juga turut selitkan beberapa perkara yang selalu dilakukan isterinya sebelum ini.
"Selalunya kalau awak cuti, kita pergi mana?"
Eden terdiam. Tiada jawapan bagi soalan tersebut.
"Kita tak pergi mana-mana sebab saya sibuk ke?" Helena cuba meneka berdasarkan air muka Eden yang hanya membisu apabila diajukan soalan tadi.
Eden merenung wajah Helena. Serba salah mahu terus berbohong kerana sudah banyak penipuan yang dilakukannya sejak Helena hilang ingatan.
Orang tua-tua selalu cakap yang diam tanda setuju. Jadi, Helena buat andaian yang selama mereka menikah, dia terlalu sibuk dengan karier sebagai seorang model dan selalu mengabaikan Eden.
"Teruknya saya. Mesti awak selalu mengalah dengan saya, kan? Saya minta maaf sebab sibuk dengan kerja. Tapi, sekarang ni saya dah tak ada kerja. Bolehlah saya habiskan masa dengan awak."
Eden yang tak mengerti apa-apa, hanya mengangguk.
"Saya tak ada kawan selain Rai dengan Haider?" Helena rasa aneh apabila cuma dua orang manusia ini saja yang menemuinya sehingga ke hari ini.
"Rai je. Haider tu bukan kawan awak. Awak kenal dia sebab kerja." Haider betulkan ayat wanita di sebelahnya.
"Tapi, dia cakap dekat saya yang kita orang dua rapat?" Cara Haider bercerita sewaktu di kafe sebelum ini, menunjukkan yang jejaka itu tahu banyak perkara tentangnya.
"Awak percayakan saya atau dia?" Eden mula berpeluk tubuh.
Helena menarik senyum. "Mestilah awak."
"Sebelum ni, saya isteri yang macam mana?" Helena ingin tahu sikapnya sebelum dia hilang ingatan.
YOU ARE READING
Cinta Berakhir Bahagia
RomanceAgency Series (3) Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan di...